Rasa rasa antara 25 blog ni , mana yang blog meletup dalam jangka masa singkat ?? Haaa...
Yearghhh .... nak abis dah .. pasni utk 500 -1000 FOLLOWERS lak ..
Aku terima satu komen dari seorang rakan blogger.. Rasanya dia kecil hati dengan group blogger ,SAHABAT BLOGGER .. katanya ..
"meh nak mengadu sikit.. jenuh gak la promot kat SB tu haa.. tapi blog 'kita' orang jarang masuk gak.. maklumla.. akak dah tua.. (sedor diri), takut depa ni nak cari blog yg tuannya tu muda2 kot.. kalau dah tak masuk macam mana nak tau tentang entri kita tu ok ke tak.. ? apa-apapun terima kasih Mr Ben.. tu ha.. blog saya ada no 16. sorry la adik2 sekalian, akak ter'emo' skit.."
Jangan g marah akak tu pulak .. Dia cuma meluahkan perasaan dia jer .. Itu yang dia rasa ... OKeh ? Kalau boleh , pembaca pembaca muda ni , bagi support skit .. komen kat blog dia.. mungkin ada sesuatu yang boleh korang kongsikan dengan akak tu.. Atau bagi pendapat bagaimana dia boleh majukan lagi blog dia ..
Pendapat aku mudah jer ... Aku dah berusia 35 tahun ( tak cukup lagi sebenarnya ) tapi blog aku dibaca oleh pelbagai golongan ( aku rasa la ) .. Bagaimana aku tackle pembaca aku ? Cerita kita mestilah sesuai dengan semua golongan .. Jangan terlalu kedewasaan sangat.. dan jangan terlalu kebudakkan sangat .. Kita cerita ' tengah tengah ' ... Semua boleh masuk .. Okeh ?
Bab INNITY tu aku sebenarnya bukan nak kasi korang kelabu mata tapi sekadar nak buka mata sebenarnya terlalu banyak sumber kewangan tambahan yang boleh korang buat dengan blog ini .. Bukan sekadar pacak iklan jer .. Aku sendiri ni , baru je deal satu projek ngan satu ..erk.. nak kata apa eh .. haaa.. kira akademi kecantikan ni.. Haa.. dipilih sebab blog aku di baca oleh pelbagai jenis umur .. perempuan la maksud aku ni .. Sbb tu , kita jangan fikir trafik kita adalah untuk hari ini .. Kita kena fikir untuk jangka masa panjang .. Kalau tamak , maka hari ini je kita kaya .. Esok ??
Kenapa aku kata begitu ? Jangan buat blog semata mata untuk letak iklan yang korang nampak tu je.. Cam Innity atau Nuffnang.. Sebenarnya bila blog dah dikenali ramai , secara tidak langsung , $$ akan datang sendiri ..
Jadi apa yang perlu korang lakukan ialah ... pertingkatkan mutu blog dan entri korang .. Dan paling penting ialah promosi agar blog kita berada di mana mana saja ...
Cerita mereka , punya followers lebih 100 tapi kurang 500 ! Haaa... ok tak ?
Nak bawah 100 ? Kan dah buat semalam .. kan kan ?
Tensen dengan blog ? Takde idea ? Mati kutu ? Bengang dengan pengkritik pengkritik tidak bertauliah ?
Aku alami dah semua tu ... Jalan paling mudah yang aku nak buat , shutdown operasi ... Senang cerita .. Layan tv je ari ari .. Senang je gitu.. tak perlu nak sakit hati ..
Takde idea .. jgn paksa otak tu .. tapi paksa mata n hati kita ... Biarkan hati kita je berbicara .. Biar je jari jemari menyusun kata .. Akal mentafsir segala logik entri kita .. Jangan biarkan nafsu menguasai fikiran .. Rosak hari kita nanti ..
Bengang dengan kutukan ? Delete terus .. cam nama dan blog dia ... Pastikan kita berada jauh dari blog tu termasuk juga rakan rakan dia .. Bukan membenci tapi mengelakkan dari hasutan syaitan ..
Bila tensen dengan blog , amik jalan mudah ... lupakan semalaman .. g main guli ke .. konda kondi ke .. mahupun galah panjang ... Kalau dapat main batu seremban pon cantik dah ! Ke main tingting ? Pergh.. Mesti pastu penuh idea ..
Kalau aku .. tidur jela.. tu tandanya otak dah penat ... tak guna nak memaksa diri ... biar je blog kita berehat .. Penat dah dia dok melayan tetamu sejak awal pagi .. kan ?
hurm.. toksah tensen tensen eh .. tak berbaloi ..
Cukup bulan Oktober ni , blog aku dah berusia dua tahun .. Masih lagi mentah dalam arena blogging .. Tiada apa yang boleh dibanggakan sangat...
Tadi aku dapat satu komen di FB .. Kecil hati ? Tak langsung .. Tapi pasti membakar semangat aku untuk membuka mata dia .. Bukan tergila nak popular atau nak kaya tapi sekadar kepuasan diri ! Membuktikan aku boleh juga berjaya !
Hurm.. Komen tu lebih kurang bunyinya begini la.. Dia bangga delete aku di FACEBOOK setelah dua kali aku add dia .. AKU ADD DIA okeh.. Dia dengan bangga delete.. katanya tak minat ! Wah... Bangga siut bagitau kat kawan dia dalam tu .. Bagus bagus .. Aku suka begini .. Sekurangnya aku tau yang ada dalam FB aku ni rakan rakan seperjuangan yang sama sama berusaha untuk bersatu dan naik sama sama ..
Aku dulu ada seorang kawan gitu .. Seringkali mematahkan semangat orang lain yang mana kononnya untuk mencabar agar orang tu berjaya .. Bagi aku , itu bukan caranya .. bukan semua orang mempunyai semangat yang kental dan jitu .. Kena pupuk dan senantiasa bermotivasi diri .. Tak semua orang begitu tapi semua orang boleh jadi begitu jika kita membantu menaikkan semangatnya ..
Aku dan MAT GEBU .. orang tanya kenapa kami ni rapat ? Mat Gebu sering kena serang dek lalat dan meluahkannya pada aku .. Aku menasihati dia .. Bila aku kena pulak , dia beri semangat pada aku .. Tu gunanya kawan .. Bukan hanya nampak pada TRAFIK !
Jadi , beri aku 2 tahun lagi untuk berjaya dalam dunia blog ini .. Aku masih lagi merangkak ... tercari cari arah lagi .. InsyaAllah ...Berkat sokongan korang semua .. aku akan berusah dengan lebih gigih.. Doakan je aku agar kuat semangat dan tak tutup blog ni.. hehe..
Dan cuma menyenangkan berpuluh lagi mata .. Ku tak terdaya ... Kang ku penat.. ku tutup segmen nanti.. haaa... sapa rugi ?? Aku gakkk ..
Haa.... harap sabar no... biasanya yang aku terlepas pandang tu sebab diorng paste url diorng kat mana mana tah .. atau diorg bagi balik url aku ! camana tu ??
Tensen ! Selalu jadi gitu.. haih.. nasib baik boss saja butakan mata.. Dalam hati tak tau la camana .. hahahha ..
Nak dijadikan cerita la kan .. Tengah sedap mengcopy paste tetiba aku terdengar boss keluar dari bilik dia... Jeng jeng jeng .. Apakah yang patut aku lakukan ?
Seperti biasa.. aku terus menekan butang alt + tab di keyboard untuk tukar ke window lain .. hehehhe.. Bukan la nak menipu tapi hormat.. Walaupun bos tau aku berblog tapi jangan la ketara sangat sampai tak respect dia kan ..
Tapi tadi.. haih... dia keluar.. aku cam biasa la ..cepat cepat tekan kekunci tu kat keyboard , tapi yang keluar .. tu diaa.. window YM wife .. aku tekan lagi.. keluar lagi window YM Mat Gebu punya lak.. Aisey.. Aku menyerah salah je la ..
" Bosssss" ... macam kerang busuk je rupa aku ... aisey ...
Sapakah yang terhangat ??? Korang tengok la sendiri..
Jumpa dah ?? Tak ? Ok.. try yang ni ... www.benashaari.com
‘Fitness & Blogging’
Inilah Dunia Saya
Tampan, ‘smart’ dan bergaya! Inilah lambang lelaki moden hari ini. Ben Ashaari, 34, memang bertuah kerana beliau adalah personaliti lelaki pertama yang menghiasi ruangan GAYA HIDUP. Menyusuri kecintaan Ben Ashaari atau lebih mesra disapa sebagai Ben terhadap dunia kecergasan dan blog membuatkan kami sangat kagum dengannya. Percayalah, bukan calang-calang orang boleh menjadi sepertinya. Hanya semangat dan keinginan yang tidak berbelah bahagi sahaja mampu membawa dia ke tahap ini.
Pertemuan RAPI dengan Ben pagi itu diadakan di Bionic Gym, gimnasium pilihannya untuk ‘workout’ sejak 10 tahun yang lalu. Di sinilah Ben mula melibatkan diri dengan aktiviti bina badan selepas kecewa dengan sukan bola sepak yang pernah diminatinya satu ketika dahulu.
Dalam seminggu, Ben akan ‘workout’ pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Rutinnya bermula selepas waktu kerja iaitu dari pukul 5.30 petang hingga 7 malam. Tak cukup dengan itu, Ben turut mempunyai gimnasium sendiri di rumah. “Saya terikat dengan kerjaya di Kementerian Pelancongan. Ada masanya saya tak sempat hendak pergi ke gim kerana hambatan tugas. Oleh itu, saya akan ‘workout’ di rumah saja,” jelas Ben.
Ketika ditanya bagaimana dia bersenam sehingga mampu memiliki badan seperti ini, Ben tersenyum sambil memberitahu yang semuanya kerana komitmen dan usaha yang tidak pernah jemu. “Untuk mendapatkan badan sebegini, saya terpaksa menggemukkannya terlebih dahulu. Kemudian, barulah saya bersenam di gimnasium. Kini, saya hanya perlu meneruskan rutin senaman untuk ‘maintain’.” Untuk pengetahuan pembaca, berat Ben ialah 90 kg dan ketinggiannya pula 179 sm.
Gaya pemakanan Ben juga sangat berbeza dari orang lain. Setiap pagi, isterinya, Norazila Mohd Zain akan menyediakan kacang panggang, air suam dan susu suam. Tengahari pula Ben hanya akan minum oat 3-dalam-1. Untuk makan malam, dia memilih nasi, ayam ,telur dan ulaman. Hanya pada hujung minggu sahaja, Ben dan isteri akan menikmati apa sahaja makanan yang disukai. Tetapi menu untuk Isnin sampai Jumaat, inilah dia.
Menurut Ben lagi, dunia kecergasan mampu memberikan ketenangan jiwa padanya sekaligus menghilangkan tekanan yang sesekali melanda. “Rutin kecergasan saya bukan hanya di gim. Bahkan dalam kehidupan seharian juga saya memang aktif. Saya tidak suka memandu sebaliknya lebih suka berjalan kaki dan menaiki pengangkutan awam. Memanglah orang luar nampak penat tetapi saya tak kisah.” Hmm, tidak hairanlah dia mampu ‘maintain’. Memang sukar tetapi hendak bertubuh segak, kenalah berkorban sedikit, ya?
“Kepada mereka yang sering melepak dan tak tahu nak buat apa, saya syorkan agar anda bersenam sahaja di gimnasium. Namun usah ambil jalan singkat pula kalau hendak membina badan. Jauhi pengambilan steroid kerana ia boleh menyebabkan risiko pada tubuh dalam jangkamasa yang lama. Satu lagi pesan saya, jangan merokok,” terang Ben.
Tempat Curahan Hati dan Ekspresi Diri
Selain aktif dalam dunia kecergasan, Ben juga adalah seorang blogger yang aktif. Blog ini walaupun baru berusia setahun lebih tetapi telah mencatatkan pengikut seramai 7000 lebih dan jumlah pembaca melebihi 100,000 setiap sebulan. Wow! tentu ada sesuatu yang menarik di situ sehingga ramai yang memilih untuk menjadi pengikut dan setia membaca tulisannya.
“Mungkin anda sukar untuk percaya, tetapi menulis adalah jiwa saya. Di sekolah dulu, subjek Bahasa Melayu adalah subjek pilihan. Menulis puisi dan sajak pula memang hobi saya. Kini, minat tersebut saya zahirkan menerusi penulisan blog. Saya menulis bukan untuk mencari populariti. Saya menulis jujur dari hati sekadar melahirkan pendapat, idea dan pengalaman sendiri. Dalam masa yang sama, saya mahu pembaca juga sama-sama mendapat manfaat daripada tulisan saya.”
Kami sempat bertanya, apa agaknya tip yang boleh Ben berikan untuk menjadikan sesebuah blog itu berjaya dan digemari ramai? Jelas Ben “Kita mesti rajin ‘update’ blog. Cerita yang ditulis biarlah ikhlas dan kreatif. Kita juga mesti tahu bagaimana cara yang betul untuk mempromosi dan menyebarkan blog kita.”
Satu yang menarik untuk dikongsi, penglibatan secara aktif dalam blog juga boleh memberikan pendapatan sampingan. “Apabila blog kita dikunjungi ramai, biasanya akan ada pihak yang berminat untuk menyewa blog kita untuk laluan iklan. Alhamdulilah, blog saya juga mencatatkan pendapatan iklan yang sangat memuaskan. InsyaAllah, saya akan terus menulis selagi hayat dikandung badan. Saya berjanji akan sentiasa memberikan manfaat kepada pembaca menerusi tulisan saya,” ungkap Ben sebelum mengakhiri temubual kami hari itu.
Huih.. pe lagi.. g laaa serbuuu ...
Pergh... ramai lagi siutttt
Gulp ... Broframestone call aku .. Biasanya sekali 8 tahun baru dia call aku .. Aku control suara ala ala Jamal Abidillah .. Tapi dapat Jamal Pak Tongko punya suara... Tak kisah la.. janji ada Jamal ..
Dia cakap kat aku .. Heliza jemput aku ke majlis dia sabtu ni .. Aku kurang pendengaran .. Aku dengar 'Elija' ... Elija mana pulak nehhh .. Aku malas nak anggap 'elija' tu HELIZA ... Kang syok sendiri lak aku .. hahaha.. Lagi pun mana la dia kenal aku.. Aku kenal dia ada la..
Pastu dia ulang bicara dia .. Aku nak tangkap sebutir sebutir .. Wah.. betul la.. HELIZA jemput aku .. Aiseyman.. ni nak kena set rambut ni.. Baju ??? Color ?? Kasut ?? Beg tangan ? Mesti sama color semua nih !! Grr... duit lagi nih ..
Aku tanya dia sapa lagi ada ? Dia kata dia ada la .. Cait.. ada je dia .. ahahha.. tak pe... Dan dia kata , sapa sapa yang berminat pon leh pergi tapi kena bayar..Part ni aku serahkan pada Bro.. aku tak tau apa apa .. heheheh..
Cuma persoalannya , boleh ke aku pergi ? Jadual aku penuh ni.. Hari sabtu ni aku dijemput ke reherseal GRAMMY AWARDS kat Sg. Petani , Kedah ... tu je la masalah utama aku ni.. Maklumlah , aku kena cover untuk majlis tu.. Aku pon nak jadikan blog aku neh blog artis gitu.. hehe.. asik dok buat entri SEGMEN jer.. Kali ni lain skit .. SEGMEN BERSAMA ARTIS HOLLYWOOD pnya ..
Aisey.. apa aku merepek daa ... Bro , nanti aku confirm eh.. Ai segan uuu .. auwww... Eh.. wartawan ada ? Leh celah tepi tepi nanti.. hahaha..
Tergoda ? Kalau tak kuat iman bleh tergoda dengan blogger blogger skang ni .. Kacak dan jelita tu.. Aku tak leh tergolong dalam kategori tu dah sbb tua dah.. Yang tinggal untuk aku cumalah macho jer .. Hurm..
OK... 20 lagi blog .. jom kita g berkenalan .. ok ?
BLOG DISENARAIHITAMKAN !
- htpp://yuyutipusaje.belogsepot.ciom