Ahmad Idham kata di MSTAR ...
"Saya pelik mengapa perkara ini dibesar-besarkan kerana jika diperhatikan adegan tersebut tidak langsung mempersendakan kalimah syahadah. Cuma hanya cara lontaran dialog tersebut sahaja yang telah disalah tafsirkan.
"Saya terkilan perkara itu diperbesarkan sehingga ada yang menganggap saya sebagai manusia yang terlalu jahil tentang agama. Pihak-pihak berkenaan sanggup mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya,"
Kalau dia nak ulamak bagi pendapat , maka ada pendapat dari ulamak .. Boleh rujuk kat SINI .. Korang leh g baca kat sana ... Pastu datang sini balik tau ! ..
Ok .. bagi aku la kan .. Isu soal kalimah tu syahadah , Zizan dah pon mintak maaf .. Aku tak rasa salah dia pon.. Bak kata Ustaz Idrus ;
" Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa. Pelakon bukannya (perlu) belajar pondok untuk berlakon filem. Tetapi Penerbit, Penulis skrip dan Pengarah sepatutnya kena rujuk dahulu perkara ini kepada Pejabat Agama atau Jabatan Kuasa Fatwa. Skrip ini boleh jadi untuk mempersendakan Islam dan boleh juga bukan berniat untuk mempersendakan Islam. ".
Bagi aku , apa yang membuatkan 'mereka' marah adalah cara En. Ahmad Idham menjawab soalan dan memperlekehkan orang yang bertanya tersebut .. Tu boleh rujuk kat SINI ..
Bagaimana selepas ini , kami yang tiada ilmu agama seperti ulamak atau pon punya PHD untuk mengeluarkan kritikan terhadap filem tempatan sedangkan KAMI MEMBAYAR UNTUK MENONTONNYA !!! Bukan dapat tiket free okeh ! Lainlah download.. DOWNLOAD pon bayar okeh !! Unifi beratus ringgit sebulan !! Bukan g lepak kat mamak pastu download.. Tu pon kena bayar gak roti canai dan teh o kosong .. Air suam , free mamak tu kata.. Ala , mamak kat Ali Bistro.. Mamak lain kena bayar.. Dia kata muka aku sama cam anak sedara dia kat India .. Tu pasal free..
Ok.. lari tajuk .. Mudah je En. Ahmad Idham .. hormat penonton dan penonton hormat anda .. Terimalah kritikan. Anda cuma pembikin filem di Malaysia.. Belum mampu capai tahap Hollywood.. Bollywood pon jauh lagi .. Okeh ? Semoga maju jaya dalam filem akan datang .. Saya takkan tengok dah ..
Tunggu Mamat Sepah buat filem lak.. Tapi pastikan pakai cermin mata tau masa shooting tu .. Kan salah shoot lak .. hehehe..