Selasa, 20 September 2011

Jawapan Ahmad Idham pasal persenda agama : Hantu Bonceng

 

Aku dah tonton filem Hantu Bonceng .. download je.. Nak g tengok wayang , takut tak berbaloi dengan masa serta wang ringgit yang tergadai. Lagi pun apa guna ada UNIFI kan ?

Bestkah ? Ok je bagi aku . Kira boleh layan je la.. Kalau nak tonton balik tu , mungkin 10 minit pertama je menarik.. Selebihnya aku tekan FF je la.. Hehehe.. Teringat zaman video tape dulu..

Bab persenda agama di dalam filem tu , mendapat liputan meluas terutama di kalangan blogger dan juga pengguna internet.. Hurm.. Jadi aku tak perlu beri pendapat aku lagi memandangkan aku rasa yang si hero tu pon telah menunjukkan 'ketinggian akal pemikirannya' .. Serius , aku pernah bersebelahan dengannya sewaktu menonton filem sewaktu dia baru popular dengan rancangan Raja Lawak.. Mmg perangai dia begitu .. Hampeh ! Loklaq orang utara kata..

Kalau seorang yg berfikiran panjang , dari awal dia boleh pertikaikan babak itu . Bukannya tak boleh kan ? Jangan semua disuruh tu kena buat. Kalau tak betul , bawa la berbincang dengan pengarah. Takkan bab mengucap tu satu bahan lawak kan ? Banyak lagi scene boleh dijadikan lawak. Contoh tang hantu terbang tu tetiba jelir lidah . Pastu jatuh. Haa.. Tu contoh je la ..

Seperkara lagi aku kurang setuju dengan dialog dialog bab yang menunjukkan anak remaja kita semakin tidak kisah bab agama ni seolah olah ok saja dengan perbuatan mereka ..

Memang benar apa yang nak disampaikan tapi jgn terlalu direct. Ramai antara kita ni malas nak fikir panjang .. Mereka fikir , ramai buat maka apa salahnya mereka buat kan ?

Mungkin pengarah akan kata ... Sapa suruh tak fikir kan ? Maka pengarah kena fikir bagaimana nak buat mereka berfikir.. Anda lebih sedia maklum ..

Pertanyaan diantara En. Marikh Azahari dan dibalas oleh En.Ahamd Idham .

image

image

Buat pengarah , bila penonton keluarkan pendapat .. maka bagilah jawapan yang bijaksana . Dulu  kata rayat Malaysia  tak support filem tempatan .. Tapi bila dah support , besar kepala la pulak !

Pasni malas nak tengok filem melayu kalau beginilah cara jawapan mereka ! Baru 8 juta dah poyo !! Kalau beratus juta , entah camana la lagaknya..

 

Sumber : SINI

77 komen :

Alya Esprézzo™ berkata... [Reply to comment]

HAHHAHAHAHA...hahh kau kena POYO sebijik!! wakakakakakakakaka..

Niena Pengembara Ilahi berkata... [Reply to comment]

sedih baca..rasa nk menangis tgk jawapan idham tu.. moga dia diberi hidayah

ain1914 berkata... [Reply to comment]

Tak sangka Ahmad Idham jawab macam tu... kenapa nak pertikaikan orang menegur tu layak ke tak bagi teguran tapi patutnya dia kena selidik dulu teguran yang orang bagi. Dan jika benar apa yang dia buat tu betul bagi lah alasan yang munakahat sikit... Tu belum orang tanya pasal lambang setan tu kan...

Nur Najwa berkata... [Reply to comment]

EMM..Ahmad Idham , memang ada pandangan dia sendiri...

Tapi....sepatutnye dia balas pendapat Marikh dengan bahasa yang lebih baik...

Marikh bukannye mencarut..

Lagi satu....!

Janganlah memandai sangat cakap orang cetek ilmu... Tak baik...

Mama Mirza berkata... [Reply to comment]

kenapa nak kena jawab begitu... tak sedarkan diri sendiri turut mempersoalkan orang lain... jadi salahkan bila diri disoal.. huhu.. mundur sungguh kaumku.. :(

HAFIZAL berkata... [Reply to comment]

kira mcm bangsat jugak jawapan ahmad idham tu

Santri T.P.I.N.I berkata... [Reply to comment]

dunia oh dunia...

cikgu isza berkata... [Reply to comment]

sentap baca jawapan dia..

Somad Musa berkata... [Reply to comment]

agak2 sape lah ulama'-ulama' FINAS tu yer? kalau berani tampil la buat press conf utk jawab kenapa babak-babak tersebut diluluskan? 'ulama' atau 'ular dalam semak'? :D

Lydia Miza(Aidyl Azim) berkata... [Reply to comment]

mmg jawapan yg sgt poyo...terkedu dengan jawapan tu.jgn main2 bab agama.

alis :) berkata... [Reply to comment]

begini rupanya pengarah melayu...len kali dwnld cte ompth je la...

AufaZanKi berkata... [Reply to comment]

salam...sy mmg susah nak percaya sesuatu perkara...tp bila en ben yg create entri ni...sy dgn mudahnya percaya,becoz I know u didn't talk about nonsence...terfikir...kenapa ahmad idham boleh jwb mcm tu...kecewa dgn jawapan dia

Ujang9897 berkata... [Reply to comment]

jwpn dia melambangkan dia yang cetek agama...

kerek sgt ayat dia..derm..!!

amik kau kene tepek oleh ben ashaari..hahaha ramai baca wo ahmad idham oi

Diana @ bilakukatacinta berkata... [Reply to comment]

dangkal gila....ooopppsss... taknak jadi seperti dia yg bercakap tak pakai ilmu

eima berkata... [Reply to comment]

boleh blah la ahmad idham ni
die sepatutnya terima kritikan ni ngan hati terbuka ..belajar utk emnjaga sensitiviti umat Islam ... tp bleh plak kate kat org tu cetek ilmu ..die je tinggi ilmu ..boleh blah la

Kalamhati berkata... [Reply to comment]

terkilan sgt..ni ke jawapan yg keluar dari seorang pengarah yg educated..hmm astaghfirullah..sedihh

Rai berkata... [Reply to comment]

teruknya ahmad idham ni.. kecewa aku baca jawapan dia..

kalau LPF tu betul2 pentingkan kemaslahatan islam dah lama filem ahmad idham kena ban..semua filem rosak akhlak..

far_east berkata... [Reply to comment]

ahmad idham bagi jawapan macam tue? isk isk nampak sangat dia pun cetek agama jugakk..

btw saya beru jer lepas tonton HB tapi sampai minit ke 7 sajer..lepas skip saya trosss tekan X.

jehanfrhin berkata... [Reply to comment]

perghhhhhhh!!!!!
sentAp kot ngan jawapan dia.... nampak sangat takleh terima kritikan..
apa salahnya kalau terima je teguran..
sekurang-kurangnya jawablah dengan jawapan yang menyenangkan BUKAN menjatuhkan orang balik!!!
teguran tu pon guna ayat yang berhemah.. ishhh.. dunia..dunia.. =(

Jaedie berkata... [Reply to comment]

dah tengok pun cter tu..klakar memang klakar..tapi dalam klakar2 tu rasanya tak patut si pengarah gunakan ayat2 suci al-Quran untuk dijadikan bahan jenaka. *take note:cter si pengarah memang kebanyakkan sebegitu. :)

BeloG MTT berkata... [Reply to comment]

Mak aihh gitu ke jawapan bagi soalan tuh?

Hmm,tak tengok lagi cerita tu so tak tahu tang mana yang heboh di perkatakan tuh..Apa pon penonton sekarang lebih bijak menilai mana baik mana buruk jadinya apa pon terserah pada kita.. :)

LynN LoLa~~ berkata... [Reply to comment]

salam abg ben :)

kenape perlu jawab macam tuh.. tak perlu dipersoalkan orang tu cetek agama atau tidak. kalau betol ahmad idham adalah seorang yang tinggi ilmu agama, dan orang2 yang jadi ulama penapis filem2 kat malaysia nih, mesti dah takde da babak2 orang belakon tak pakai tudung. or babak2 bersentuhan laki perempuan. babak2 tidur dalam selimut ke ape ke. haih. orang tu menegur secare berhemah. kite tak mahu agama islam ni dipandang rendah oleh umat yang lain.. fikir2kan lah

Bak kata Imam Hasan al-Basri,

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dpt menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan"

wasalam..

FareezVanFillers berkata... [Reply to comment]

tau xpe aku rase memang x berbaloi lah g tengok wat bazir duet je...baek beli cd pirates xpon download je..xyah susah2 g tgok cite yg karot2...dah kering idea kot diorang ni.

Belog Sambal Belacan berkata... [Reply to comment]

kesian tgk cik marikh tu..sepatutnya untuk tegur menegur ini bkn hnya tunggu ustaz atau ahli para ulamak sahaja baru blh menegur.sesiapa sahaja blh menegur klu ada yg silap demi kebaikan...

klu tak silap saya imam hassan al banna,klu tak silap saya la,pernah berkata untuk menegur orang bukan tunggu kita nak jadi ustaz dahulu,tdk cmtu kerana baru blh menegur kerana hnya para nabi sahaja yang bersifat maksum..

so,fikirkanlah...

ameris berkata... [Reply to comment]

x suka tgk filem melayu yg bodo cmnie.
mempersendakan ugama. atleast respek la skit. org dh ng pandangan tp jawab mcm sombong+angkuh jek.

LittleGurl berkata... [Reply to comment]

hmm itulah manusia kalu takleh nak terima teguran yg baik, mula nak putar belitkan dan slhkan org lain. tak kesah la sentap ke tak sentap teguran, yg penting kena cb letakkan ego ditahap yg bawah dan terima setiap teguran/nasihat.

tak patut la idham jawab mcmn. wuu wuu T_T

nourieib punyer ceriter berkata... [Reply to comment]

pon download jugak je cite ni... pon perasan jugak zizan sebut 2kalimah syahadah yang x lengkap.... pe kata korang pon tengok jugak cite ni... rasa2nya lepas sebab ulamak mengambil kira watak zizan dlm ni sebagai mat rempit... ada ke mat rempit yg kuat agama?? jgn kata zizan je...cuba la bergaul dgn budak2 muda skrg... bahasa...wah..bukan main kasar... apa pun, itu cuma komen saya.... sy bukan minat zizan pon ... lain orang lain pendapat... tp bab jawapan Ahmad Idham tu...mmg x wajar dia jwb mcm tu.... x professional langsung...hmmm

Noorsha Muhamad berkata... [Reply to comment]

ada yg btol ada yg slh..biasalah..filem melayu klu nk laku mmg mcm tu lh modalnya..pelakon kene popular, skrip kene terlebih..tapi bagi saya, cerita lawak mcm ni boleh diterima lg tp yg seksi2, dedah tak pakai baju ke, adegan cium ke tu yg tak boleh diterima..tapi betul ke zizan kt luar mcm tu en ben??huhu..harap2 die brubah sbb sy sygkn bakat die..hehe..apepun..dmnta kerjasama karyawan negara supaya berfikir sebelum membuat sesuatu..

Mummy Zara's Cottage at Putrajaya berkata... [Reply to comment]

Bila bnyk sangat makan duit hasil buat filem ni la akibatnya.. hanya Allah yang maha mengetahui :) bila hati menjadi buta.. Nauzubillah.. semoga Allah sentiasa melindungi kita semua AMin Amin Amin

Edy Ramanov berkata... [Reply to comment]

itulah perangai pengarah melayu kat malaysia ni. hampeh!!!

gaung berkata... [Reply to comment]

dah kalau macam tu gaya jawabnya..susah jugak.payah sangat.
saya yang cetek ilmu tak tahu nak bagi kepada jawapan ahmad idham berapa bintang..hehe.korang?

ENTRI TERBARU: 1binatang dan 1tumbuhan sahaja,Jom Blogwalking with LULU, UGUT RM5000 tutup Rahsia Hamil

Yumida berkata... [Reply to comment]

sy respect pd cara abg ben ajukan soalan...to me bijaksana..if nk d compare ngn blogger2 lain yg pompangpompang kuarkan hujah2 berapi...smpai berpeluh2 nk bc..

jwpn pengarah AI kt atas..klo kita kaji blk mmg x professional cara mnjwb persoalan drpd peminat..mungkin jg disbbkn tekanan psl isu2 hot yg mjd bualan skg..ada benarnya hujah dikemukakan ahmad idham..tp cara yg salah..

*kita semua manusia biasa..x lari dr kesalahan..

sesegar berkata... [Reply to comment]

watafak ahmad idham.tak menjawab lansung.takut ke hape.puih!

Clara berkata... [Reply to comment]

terkejut bc blasn surat tuh..

org tu tye elok2 siap mintak maaf lagi.. hurmm....

mommynana berkata... [Reply to comment]

moga di beri petunjuk..

Yumida berkata... [Reply to comment]

p/s*** hujah dimaksudkan filem HB tlh ditapis oleh pihak LPF

bkn psl cetek agama..

evening abg ben...senyum2 yer

Sapora Sipon berkata... [Reply to comment]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Dylla Abas berkata... [Reply to comment]

betul ke kt LPF tu ada para ulama yg jadi lembaga penapisan..?? mcm pelik je.wallhu'alam.tapi,apa pun mmg agak bengang la baca jawapan ahmad idham tu.adesss...terasa rugi lak sy pegi tengok filem tu kt wayang.support pengarah yg berfikiran mcm ni..

eyn @ efujy berkata... [Reply to comment]

masya Allah jawapan dia...bila baca jawapan tu bahagian ni: "ingat:- ALLAH tidak memandang paras rupa dan pakaian seseorang tapi pada hati yg bersih dan suci" tu kan rasa cam nk jwb je dpn muka dia tu...kalau macam tu orang kafir yang hati dia suci dan tak pernah buat salah, maksudnya dia kekal sebagai bukan islam tu Allah pandang ke? terang tang tang lagi salah...kita jangan melihat pada orang yang memberi nasihat tetapi pada nasihat yang di beri...renung-renungkan..

harap cepat-cepat la bertaubat...

Konot berkata... [Reply to comment]

OMG mcm tak percaya dia boleh reply mcm tu? sangat memalukan!

btw i'm yr silent reader..:) nice blog, enjoy reading it!

FAUZIAHAHMAD berkata... [Reply to comment]

sedih bila baca jawapan dari ahmad idham....kesian kat org yg beri pendapat tu....macam x blh nak cakap elok2 je...sekurang2nya x pyhlah nak buruk2kan org tu....dia sekadar memberi pendapat....bukan salah pun....tapi cara ahmad idham ni jawab mcm dia x boleh nak terima pendapat orang jek...eeeeeee....ape daaaa......!!

Tuan Din berkata... [Reply to comment]

huh, tak semestinya yang tinggi ilmu agamanya tidak akan membuat silap... Islam itu tidak boleh dilihat dari satu sudut pandangan 'ulamak' sahaja... sebab itu kita kena ada 'Ijma' Ulamak'...
wallahhuallam...

Chempaka Sari berkata... [Reply to comment]

hampehnya jawapan Ahmad Idham, tak pe berbanggalah sangat dengan 8 juta tu. Tak kemana kalau dah riak sangat macam tu. Betul cakap abg ben, dulumarah kita tak support filem malayu, bila dah tengok dah komen, punyalah berlagak.

Chempaka sari bengang ni sebab tengok filem hantu bonceng kat panggung. Abes 10 hengget.

zakura berkata... [Reply to comment]

inilah bila diri tersa meninggi diatas,orang kat bawah macam tak nampak je ni..

TopiJerami90 berkata... [Reply to comment]

dah terkira batal akidah dah 2

abg ben dah macam blogger amenoworld da cara ulas

~RizaL~ berkata... [Reply to comment]

mcm tak leh nak terima kritikan je dia tu.. =="

jom layan..
10 Jenis Hantu Melayu

Scarlett O'Hara berkata... [Reply to comment]

Betul ke Ahmad idham yang jawab tu?Berlagaknya!Yang menapis filem tu pulak macam penapis air bocor.Yang sampah pun boleh terlepas!

Yastro berkata... [Reply to comment]

antara sebab yg membuatkan aku maleh nak layan pilem melayu nih....

mas saari berkata... [Reply to comment]

memang poyolah jawapan dia!
dah terang2 benda tu salah tapi tak nak mengaku!

macam nilah bila orang dah glamor dan ada kedudukan!

Ms and Mr Red Ribbon berkata... [Reply to comment]

macam xcaya... sedeh...

Mawar MahSury berkata... [Reply to comment]

Salam..
tak baik Ahmad Idham balas msg En. Marikh tu macam tu. Suka-suka dia je cakap orang cetek agama.
nasib baik En. Marikh tu penyabar bila dikata macam tu. Kalau dia jenis orang yang tak penyabar? Mau bergaduh dia dengan Ahmad tu. Manusia2....
Lagi satu, Ahmad Idham kata,
"Allah tidak memandang pada rupa dan pakaian seseorang tapi pada hati yang bersih dan suci". Rasanya takde kaitan dengan komen En. Marikh tu. Huhuhu.. Entah la.. :)

Anif Abdullah| AA berkata... [Reply to comment]

ada ke patut balas macma itu?Buatpengarah sekalian, tanpa penonton siapalah anda.. dah la isi kandungan cerita kurang mantap n tak best,cara balas pon tak best.. Baru 8juta ye dak..adehh...

Izzuddin Fauzi berkata... [Reply to comment]

Poyo ngat la bro ayat dyer~~~~ Ntah sapa la nak nengok filem die pas nie :P

Ummi_R❀salici❀us berkata... [Reply to comment]

tak tgk lg HB sbb tgk the making macam merapu saja baik tunggu download...ujung mggu nih nak tgk..tak sangka ahmad idham yg terpelajar boleh keluarkan kata-kata macam tu...ishh~

MissVanilla berkata... [Reply to comment]

dye cetek ilmu?betul ker ahmad idham? sye xrasa pun.klu betullah mesti dye xpandai menyuarakan pndgnnya.sye rasa anda yg cetek ilmu bukan dye FULL STOP!.

AHMAD AFIQ berkata... [Reply to comment]

xada balas lagi ker. tanda minta maaf ker

Nur Zulaikha berkata... [Reply to comment]

walaupun x tgk lg cerite ni tapi x patot la rasenye wat scene mcm tu..mmg dh tapis tp org yg menapis tu paham ttg agama dn diorg blh fikir..tp mcm mane dgn org lain?yg mls nk fikir n amek terus point tu bulat2..ape yg mereka lihat itulah yg mereka percaya...

Eera Shera berkata... [Reply to comment]

dlm surat kbr pun ahmad idham jwb cm tu..bg die kalo dah lulus boleh tayang tu, maksudnya tak ada pape la yg salah dlm cite tu..ego betoi noh..

vampire and his lady berkata... [Reply to comment]

pui la bagi jawapan macam tu. sah2 orang yang bagi kelulusan tu bangang tak berotak. memang F word la.

Gadis Berkaca Mata berkata... [Reply to comment]

adush..macam ini ke jawapan dari seorang pengarah.. speechless.

ayu zan berkata... [Reply to comment]

dah kena laknat..baru sdr k0t. sbar jela..kalau ramai 0rg marah..cakap bukan2..kan dah jadi d0a..apela pengarah camtu..

Famili Ceria berkata... [Reply to comment]

gile tinggi ego beliau..orang yang dok check tue mesti rendah nak mampus ilmu agama..tu yang terlepas dari tapisan...

Jom terjah sini:
1)Pelik!! Nasi Berlaukkan Kondom di China
2)Menarik!!Video Wartawan Tercirit Dalam Seluar
3) TV3 ONLINE STREAMING

Fara berkata... [Reply to comment]

sy dah tengok aritu, siap purchase kat astro first. tak perasan dialog yg si hero tu ucapkan, sebab tak fokus. tak de lah best mane pun. oh lepas baca komen si pengarah tu, sy pangkah X! kalau dah terlalu 'educated' kate omputeh kan, centu lah jadinye.. berlagak sungguh jwpn.. kire bagus dah penonton bg teguran cara baik.. haih

Acik berkata... [Reply to comment]

erkkk! gitu ke?
memang x patut! apa salahnya kalu jwp ngan lebih sopan, kan!

Sampai Hati Kau

oreocheesecakes berkata... [Reply to comment]

xsngka yer ahmad idham ckp cm2...

cik pulau berkata... [Reply to comment]

kalau mintak ahmad idham sebut nama ulamak bertauliah mana yang tapis filem tu aci tak??

benda macam ni mana boleh buat maen..
jangan hina rasulullah..
jangan hina agama.

Hidayati berkata... [Reply to comment]

Tak pernah minat Ahmad Idham pon & malas nak sokong filem kita pasal lebih banyak kotroversi dari kualiti. So, bila dah begitulah cara dia menjawab teguran peminat.., jangan salahkan orang Malaysia yang tak nak ke panggung & sokong filem tempatan.

mizz pelangi berkata... [Reply to comment]

uish..sopannye bahasa ahmad idham..sangat2 berlagak and nampak sgt egonya tu..xpatot btol..org yg tgur tu siap tapis bahasa dia ,tapi dibalas dgn jawapan yg hampeh n poyo..

mrs redzuan berkata... [Reply to comment]

jawapan menunjukkan kedangkalan.
kita tak perlu tunggu alim ulama' tegur baru nak berubah...bukanke sesama manusia kita kena berpesan2 dengan kebenaran & kesabaran...

Nurul Mazni berkata... [Reply to comment]

tk sangka jawapan dia macam tu.. kalau betul dia tu bagus sangat, kenapa bende macam tu tak diperbetolkan.. tak jadilah nk beli citer tu kat astro first.. wat rugi duit dan mase jer.. baik tak payah tengok..

Jiwa Kamikaze berkata... [Reply to comment]

giler r jawapan ahmad idham,.. memang xsangka r tngok di rupa paras da ok tp ayat xsrupa bikin,.. sepatutnyer ayat dier kener tuju pada diri dia sendiri,.. lgpun adegan tu satu mlaysia tengok! da jelas so kenapa tetiba nk emo ngan pndgn org! aduhai,..

Ejad Fotopoyo berkata... [Reply to comment]

Rasulullah pernah bersabda: "Sampaikan drpdku walaupun hanya 1 ayat".
Takdepun Rasulullah letak syarat perlu jadi alim ulama ke lepasan IPT dlm ijazah Usuluddin ke hape ke.

so Ahmad Idham, anda fikir anda bagus?

yaya_flanella berkata... [Reply to comment]

pedas jawapan ahmad idham.. atleast dia cakap dengan sopan.. mungkin dia rasa kredibiliti tercabar kena tegur dengan orang biasa.. wallahualam..

Tamar berkata... [Reply to comment]

Salam,

Sedih baca jawapan dangkal Ahmad Idham. Patutnya dia lebih berfikiran terbuka dalam menerima pandangan@kritikan orang lain n bagi jawaban secara berhemah bukan hentam balik si penegur...Tambahan pulak yang menegur tu rasanya da menggunakan bahasa yang cukup lembut utk menegur....Hmmm...

meaw berkata... [Reply to comment]

jawapan yang ikutkan nafsu,sangat tak boleh diterima pakai,sekian~

namaakulynn berkata... [Reply to comment]

mmcm tu pulak dia reply..haihhh..memang hilang la respect org pada dia..

namaakulynn berkata... [Reply to comment]

mmcm tu pulak dia reply..haihhh..memang hilang la respect org pada dia..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI