Ke Low Yatt semalam dengan menaiki teksi . Terpaksa ! Bukan suka suka tauu.. Aku kena gi dan balik dengan pantasnya. Tak leh jenjalan sama sekali. Terus ke point utama dalam tempoh sejam ! Hurmm.. Anak-anak aku , ayah aku tengokkan.. Sian dia..
Maka naiklah teksi aku ke sana. Dalam teksi , aku perhatikan meter. Seperti biasa.. RM3 pada awalnya. Seketika kemudian dah RM5 ! Wahhh.. terkejut beruk aku ! Destinasi dituju masih jauh tapi meter dah nak cecah RM10 ! Aiyokkk…
Untuk mengelakkan aku sakit hati , aku ajak pemandu teksi berborak mengenai GST. Dia akui GST memberi kesan pada kehidupan dia. Segalanya mahal ! Tang mana murah pon tak tau laa..Termasuk tambang teksi ! Katanya pengguna teksi merungut tambang mahal. Dan ramai tak nak naik teksi jika tidak terdesak. Pastinya ini membantutkan pendapatan hariannya.
Ok , sampai ! Tengok meter , RM10.25 !
“ Bagi RM10 je.. “.Kata pemandu teksi tu. Biasanya tambang dalam RM7-8 jer dan aku bagi RM10 .. Baki simpan tapi kali ni , diorang lak suh simpan selebihnya ! Hahahaha .. Adehhh !
Jam 12 tengahari. Jumpa dah apa aku nak. Jom balikkkk ! Naik teksi lagi. Ada banyak teksi sedang menunggu penumpang..
“ Bang , Cheras ? “. Pemandu teksi tu mengangguk. Teksi mula bergerak ke lokasi yang aku minta.
Beberapa minit kemudian , pemandu teksi yang dah berusia tu mula membuka mulut.. Isu apa korang rasa ? Yesss ! GST laaa ! Apa lagi kan ? Takkan pasal cincin atau badminton kan ?
Katanya GST ni lebih dirasai oleh orang muda sebab orang muda banyak berbelanja. Macam dia , dia tak rasa sangat sebab dia tak guna duit sangat pon. Setakat setiap hari gi lepak kedai kopi je.. Minum kopi.. Tu je perbelanjaan dia ! Tapi macam pemandu teksi tadi , penumpan yang banyak mengeluh pasal tambang yang terlalu .. hurmmm.. mahal ? Dia sendiri kata tak leh nak buat apa !
Aku perhatikan meter. Dah RM10.75 !
“ Bang , berenti sini.. Saya nak gi kedai jap.. “. Jarak tempat aku berhenti ke rumah aku tu ada dalam 800 – 900 meter ! Aku bagi RM20 dan dipulangkan , RM11. Senyum je la..
Lain kali guna LRT jer ??? Kalau semua orang guna LRT , teksi camana nak cari makan ?? Sian gak la kat diorang.Nak tak nak kena tolong jana ekonomi mereka gak la kan ? Hurmm..
Caj tambang teksi selepas GST.. Kononnya ditangguhkan ari tu ?
Harga asal dan harga baru. Harga baru diumumkan pada 19hb Mac 2015 kalau tak silap aku ..
Hurmmm…