" Nak pm ke tak nak eh ?
Kekadang itu persoalan yang timbul di benak aku bila ternampak ada kawan atau iklan di media sosial. Berdasarkan pengalaman aku , banyak kali la selepas aku bertanya , pastu jawapan sentap diberikan. Aku mampu terkedu dan seterusnya membatalkan niat nak membeli.
Masalah pembeli ni banyak... bukan tak mampu atau berkira tetapi risau... risau sebab produk tu sendiri. Jangan cakap la pasal testimoni sebab testimoni pon ada dah yang palsu... Bila ada pembeli percaya . maka hargailah.
Antara sebab lain ketulenan produk tu... banyak sekarang ni produk tiruan ! Sebab tu pembeli banyak bertanya sebab dia nak beli.. bukan nak curi ! Benar.. rezeki tu luas. Kalau kita tak nak , ramai lagi nak tapi kalau dengan perangai gitu , rasa rasa pelanggan nak kekal ke ? Atau bertambah ?
Antara produk kegemaran beli secara online di www.cosmoderm.com.my
Jangan besar kepala ! Bila kita dah mula dikenali... dah jadi jutawan, tak perlu nak meninggi diri ! Berapa ramai dah jutawan jatuh bankrupt dalam sejarah ? Ingatlah... dunia ni berpusing. Kita tau tak bila kita berada di bawah dan siapa yang akan bantu kita bila kita di bawah nanti kalau kita dok amalkan sikap begini ?
Sebab tu masih ada orang tak berminat nak beli barang secara online.. bukan sebab melecehkan tapi sikap penjual tu sendiri.. Yer , anda tak rugi tapi bayangkan jika kita kehilangan pelanggan berkualiti? Tak ke merugikan ?
Ingat.. kita bukan nak meniaga satu produk jer. Meniaga bukan sekadar menjual barang tapi turut mempertaruhkan diri kita sendiri ! Ada orang membeli bukan sebab barang tu.. tapi sebab kita ! Kita jual la apa sekali pon , ada yang membeli sebab mereka support kita ! Support sebab kita seorang yang merendah diri !
Teringat baru baru ni , aku pergi ke satu tempat untuk deal satu projek. Katanya ketika awal nak deal , dia takut nak berurusan dengan aku. Risau aku sombong dan berlagak ! Tapi selepas perjumpaan pertama , dia dan staffnya suka sangat dan terus berminat untuk panjangkan lagi urusan malah beri apa saja yang aku mintak ! Anak buah aku turut dapat tempias juga.. Rezeki berkat kita rendahkan diri.
Dan yang paling penting.. di saat kita mati nanti , mereka inilah akan doakan yang baik baik buat kita. Bukankah itu satu keuntungan besar ? Jangan fikir dunia jer , kak long !