Lagi beberapa hari , Aidilfitri akan menjelma. Umat Islam di Malaysia terutamanya akan lebih sibuk mencari barang barang keperluan untuk kelihatan bergaya dan segak di hari raya itu nanti… termasuk aku ! Heeee..
Maka…. kat sini aku nak kongsikan pengalaman aku bersama CROCODILE… Satu jenama yang cukup gah di negara kita ni sejak tahun 1947 lagi ! Buat pengetahuan korang , CROCODILE bermula di Singapura kemudian berkembang ke Malaysia seterunya Brunei , Thailand dan Indonesia. Sekarang sudah memasuki pasaran di negara negara Asia yang lain..
Bapak aku cukup suka dengan jenama ni.. Macam pakai BMW katanya. Selesa dan segak ! Kemas hasil buatannya.. Antaranya…
Beg travel : Ringan , mudah digerakkan dan boleh berputar segala sudut tanpa ada masalah ! Ruangan dalam yang luas dan punya ciri-ciri keselamatan yang baik. Warna yang menarik serta reka bentuk yang menawan.. Kiranya , nak balik kampung nanti naik kapal terbang atau bas , cofirm nampak segak la dengan beg ni.. heee.. Maklumat lanjut mengenai beg ni boleh ke http://bit.ly/ciluggage
Kasut : Walaupun nampak formal tapi jika digayakan dengan betul , pastinya si pemakai akan kelihatan kacak dan gah ! Kasut tu sendiri dah nampak cam gempak dengan rekabentuknya ditambah lagi dengan keempukan cushion di dalamnya membuatkan si pemakai rasa cukup selesa bila bergerak. Maklumat lanjut mengenai kasut , sila ke http://bit.ly/cishoes
Jam Tangan : Dua masa ! Waktu tempatan dan waktu antarabangsa ! Ini yang selalu jadi masalah bila travel ke luar negara. Tapi kalau guna jam tangan dua masa seperti di dalam gambar di bawah ni , masalah aku dan korang akan selesai ! Heehehehe..
Selain rekabentuk yang sangat elegan , penggunaan kulit pada tali jam tu memang membuatkan aku nampak begitu macho ! Smart kan ? Haaa..
Maklumat lanjut mengenai jam , sila ke http://bit.ly/citimepiece
Pakaian formal : Bila ada open house di pejabat pejabat terutamanya pejabat kerajaan , takkan nak pakai macam nak masuk gym kan ? Kena la kemas ala ala profesional gituuu ! Dulu , memang aku akan beli baju dan seluar kerja jenama CROCODILE ni. Selesa dan kemas . Ada macam-macam lagi warna dan design.
Boleh ke http://bit.ly/ciapparel jika nak cuci mata lagi.. hehehe..
Amacam ? Korang nak kelihatan camana nanti ? Hehehe.. Segalanya ada di CROCODILE ! Pastinya , raya kali ni akan lebih terselah bila bergaya dengan CROCODILE..
Selamat bershopping !