Tak terlintas pencapaian sebegini rupa bila aku sertai dunia blog dan media sosial ni. Masih ingat lagi aku ditertawakan oleh rakan rakan dek kerana taksub dengan internet ni. Cari makan dengan internet ni hanya ada dalam filem je atau di luar negara.. Aku ? Jangan mimpi sama sekali. Nak hidup , ko kena kerja dengan orang ! Tu je dalam kepala 'mereka' .
Aku mula serius berblog , ketika mula aku bina WWW.BENASHAARI.COM ! Aku nekad takkan undur kerana aku dah nampak apa yang mampu aku lakukan cuma apa yang perlu aku lakukan ialah PENGORBANAN ! Bukan mudah tapi itu saja caranya.
Alhamdulillah.. 9 tahun aku dalam dunia blog ni , aku dah tengok macam macam dah.. dan terkini impian seorang rakan blogger tercapai tanpa perlu keluar sesen pon untuk berada di sana !
Sapa sangka, kan ? Rezeki. Dia sendiri pon tak sangka dia akan jejakkan kakinya di sana , hanya kerana dia seorang blogger. Selama ini , orang pandang sebelah mata je insan bergelar BLOGGER ni terutama ahli keluarga terdekat mahupun sahabat handai. Seperti aku ini.. yang beri semangat , boleh dikira jari. Kena kerja dengan kerajaan baru boleh hidup ! Kena kerja dengan bank atau syarikat besar baru boleh ada duit ! Hurmm...
Persoalannya.. segalanya bukan kerana duit ! Tapi kepuasan ! Duit tu boleh dicari dengan pelbagai cara.. tapi kepuasan ? Kita puas dengan cara kita.. disamping dapat membantu insan lain ! Fuh... tak tercapai dek akal sebenarnya rezeki Allah ni melalui blogging , jika kena caranya.
Aku.. Alhamdulillah.. Rezeki aku ada dah. Dan semakin bertambah dan begitu juga rakan rakan blogger yang juga lain dah mula 'dipandang' dan mereka juga semakin bersemangat dalam mengejar cita cita untuk menjadi blogger yang disegani.
Seronok jadi blogger ni terutama jika kita bergerak secara berkumpulan. Keseronokkan tu , dikongsi bersama ! InshaAllah..