Aku pakai baju .. Keluar dan hidupkan enjin kereta .. Tak tau nak kata apa .. Benda jadi sepantas kilat. Qhaliff dah tak menangis .. Lebam di dahi dah surut sedikit tapi tetap perlu ke hospital sbb perlukan rawatan dengan lebih rapi terutamanya part retak atau kecederaan dalaman ..
Nak bebel ? Hurm .. ada gak la sedikit sbb aku seringkali bagitau wife sila gunakan KALAU bila nak lakukan sesuatu. Walaupun tak bagus tapi sekurangnya ia membuatkan kita waspada ..
Perjalanan ke hospital ditemani airmata kekesalan dari seorang ibu ..Dan Qhaliff , asyik merenung aku .. Seolah dia tau aku sedang bercampur baur perasaan ..
Sesampainya di hopital bahagian kecemasan , wife terus g ke bahagian pendaftaran. Qhaliff , ceria aja ! Lega sedikit hati aku . Sekurangnya dia tak menangis lagi atau muntah .. Nak gak dia senyum senyum dan main ..
Lama gak nak tunggu giliran Qhaliff sampai walaupun sekadar 2-3 orang . Maklumlah , kecemasan. Ramai lagi teruk waktu tu .. Aku tunggu kat luar sambil dukung Qhaliff.. Gurau ngan dia .. Takut dia fobia.. Alhamdulillah , ok dia .. Sengih sengih tapi tak beria sangat bermain. Mungkin sbb menangis tadi kot ..
Wife , kat dalam lemah. Dia ada tekanan darah rendah .. Dia kata dia nak pitam tadi sbb takut sangat . Aku suruh dia duduk rehat ..
0042 dipanggil.. Doktor bertugas sangat baik sekali .. Dia tanya itu ini, Dia cek Qhaliff .. Pastu arahkan kami ke bilik X Ray untuk scan kepala dia .. Dan kemungkinan Qhaliff akan di tahan di wad untuk pemerhatian.
Keluar dari bilik doktor , terus ke bilik X-Ray. Takde pulak staff bertugas.. Lama gak duduk situ.. Hingga jam 730. Aku bagtau wife , aku g solat Maghrib dulu dan dia jaga Qhaliff ..
Selesai solat .. Qhaliff belum masuk lagi .. Hurm.. Aku suruh wife g solat dulu .. Sewaktu aku dukung Qhaliff, ada pengawal keselamatan datang menegur Qhaliff .. Dia tanya demam ke ? Aku jawab jatuh katil . Cool dia je tgk. Mungkin dia pernah tengok lagi teruk kot .. huhu ..
Aku tanya dia.. Takde staff ke ? Ke g solat ? Dia tunjuk kat aku .. Lampu tu , kalau warna kuning , tandanya ada patient dalam tu.. Dan aku ..
“ Ooooooooo .. “
Maknanya ada orang la dalam tu .. Tak lama kemudian , wife balik dari solat .. Dia tanya dah dipanggil ke ? Aku jawab , ada staff tadi amik no giliran Qhaliff ..
Dan aku cerita kat wife tadi ada satu babak menarik sewaktu staff X-Ray tu mintak nombor giliran. Ada satu pakcik tu bersungguh nak dahului aku dengan mengatakan dia sampai dulu dan tunggu lagi lama ..
“ Yer , pakcik ni datang dulu dari saya. Bagi dia dulu la .. “
Aku tercari gak kat mana sakitnya ? Rupanya ibu jarinya kakinya .. Hehe .. Tak pe la.. sakit tenat la kot ibu jari kaki dia berbanding lebam di kepala bayi .. ehehe ..
Dan giliran aku sampai .. Aku masuk dengan Qhaliff .. Wife tunggu kat luar ..
Staff tu bagi tunjuk ajar camana nak pegang Qhaliff untuk dia scan kepala Qhaliff .. Hahah .. Budak ni ! ! Mana dia nak kasi aku pegang tangan kaki dia .. Mula la nak pusing sana sini .. Aku kena agah dia baru dia sengih dan diamm ..
Selesai bab X Ray .. Kembali ke bilik doktor .. Dan tunggu sekali lagi giliran untuk dipanggil masuk bagi mengetahui keputusan X-Ray ..
“ Betul dia tak muntah ? “ . Doktor tanya sekali lagi..
Wife yakinkan dia yg Qhaliff tak muntah . Dia kata kepala Qhaliff takde retak atau cedera di bahagian dalam. Cuma lebam tu jer .. Takde ubat sapu utk itu .Cuma dia suruh kitorang perhatikan dia selama 24 jam.. Takut dia muntah. Kalau muntah , g hospital dengan pantas ..
Keluar dari bilik doktor , aku cium pipi Qhaliff dengan penuh kesyukuran.. Dan dia , seperti biasa .. tersenyum menampakkan lesung pipitnya tu ..
Alhamdulillah .. aku kena waspada dengan budak sorang ni . nampaknya dia tak reti takut. Aku try bawak masuk bilik tu , dan saja saja wat jatuh , dia gelak ! Alahaiiii .. Mak dia dah fobia masuk bilik tu .. huhu ..