Aku ada terima satu message di Inbox FB .. Kawan kita tu mintak tolong sedikit la . Sedang siapkan satu mini projeknya yang bertajuk ‘apakah faktor yg menyebabkan org ramai sekarang lebih suka pilih theme park berbanding nature waterfalls’.
Ok , kita tau theme park semakin banyak di Malaysia. Dan kita tau juga tempat tempat riadah seperti air terjun ni mmg bersepah dalam negara kita tapi kebelakangan ini , theme park atau taman tema lebih mendapat sambutan .. Kenapakah ?
Gambar bawah ni sekadar hiasan saja yer ..
Hurm.. dulu aku suka lagi g waterfall atau air terjun berbanding taman tema ni . Tapi sekarang ni , aku suka g taman tema lagi .. Kenapa ? Faktor utamanya ialah keselamatan . Aku kan ada anak kecil .Yang kedua , kemudahan awam seperti tandas , surau yang bersih .. Yang ketiganya , taman tema ni ceria .. Ramai orang. Kalau tak ramai , boring gak .. hehe ..
Tapi , bila Qhaliff dah besar .. waterfall adalah destinasi riadah kami di hujung minggu ..
Korang lak camana ? Cer bagi pendapat skit ..