Adoi.. aku nak diet dah ni ! Letih tengok perut memboroi sebab banyak makan di bulan Ramadan ni. Er, tak banyak sebenarnya pon tapi entah kenapa melampau pulak kenaikan kali ni. Semalam timbang , berat badan dah 93kg ! Hehehehe.. berat ke ??? Tak la.. maintain dari dulu. Sungguh pun nampak kurus tapi ada 'keberatan' di satu bahagian agaknya.. hahaha.
Ada sorang kawan whatsapp aku. Katanya ada satu restoran , sh3ll out dia memang berbaloi kalau gi sana makan ! Hurmm.. yeke ? Biasanya sh3ll out ni , orang serik nak makan sebab harga dia tapi rasa dia , lebih kurang jer.. Nak jumpa yang sedap , memang payah !
Ok... Petang semalam, aku ke sana berbuka. Perjalanan dari Sepang ke Seksyen U3, Shah Alam di waktu kemuncak yakni jam 5 petang mengambil masa sejam saja. Fuh.. nasib baik takda kereta kemalangan. Kalau ada , memang aku makan kurma dalam kereta je la berbuka.
Jam 6 petang aku sampai. Aku lepak jap.. amik gambar sementara tunggu kawan aku sampai. Ok , sedikit maklumat mengenai lokasi Rahsia Selera Timur Nasi Hungga ' Sh3ll Out Kapal Pecah '.
Kalau guna Waze , sila Waze je Super Seven Pasaraya Borong & Pasar Segar , Seksyen U3 , Shah Alam. Berdekatan dengan Super Seven Pasaraya Borong & Borong je ni. Paking ada banyak. Takda masalah sebab belum ramai yang menyewa disini. Maka , sila parking dengan cermat yer. Jangan suka suka amik 2-3 lot sekali gus !
Dimiliki oleh seorang wanita berasal dari Terengganu dan bercita cita besar dalam bidang yang baru dia ceburi. Ahaaa.. Nasi Hungga tu apa ? Haaa... Rahsia ! Hahahaha.. Kalau nak tau , sila datang sebelah siang selepas bulan Ramadan. Hehehe..
Lagi 10 minit azan Maghriba akan berkumandang. Makanan mula tiba. Aku terus terliur. Pada awalnya , aku plan nak makan roti jer. Yang ni , aku cuma amik gambar je.. Hehehehhe.. Kononnya laaa.. tapi bila di sana , segalanya berubah !
Dengan serendah RM29.90 , korang akan menikmati 'sh3ll out" yang aku jamin akan puashati punyalahh !
Dibuka setiap hari , dan dibuka pada jam 10 dan tutup jam 12 malam , menu masakan sh3ll out Rahsia Selera Timur Nasi tu , memang lain dari yang lain. Ketam masak telur asin tu pon giler sedap ! Aku tak pernah makan cam tu. Terus aku order makanan segera. Huhuh..
Aku bukan pengemar masakan laut ! Tapi tak semestinya aku tak reti 'belasah' ketam , kan ? Haaaa.. Baru seronok buat kerja.. bila perut kenyang kan ? Heheheh.. Alhamdulillah.. kenyang sangat ! Dengan harga yang sebegitu , aku tak sangka dapat makanan sesedap ini.
Jam 11 malam , baru balik. Hahahaha.. Cuaca sedap jer. Sejuk gituu.. Aku balik lewat sebab meeting kat situ. Hahahaha.. Dan tapau ketam masak telur asin untuk dia ! Huuhuhuh..
Nak gi sini ? Ok.. ni nasihat aku... sila buat tempahan terlebih dahulu yer ! Nak menempah , sila ke Facebook , Restoran Rahsia Selera Timur Nasi Hungga. Dan jangan lupa ke Instagram , @restorannasihungga
InshaAllah , banyak projek selepas ni.