Wife tak leh makan makanan yang dibeli. Kena masak sendiri tapi dia tak larat masak ..
“ Abang masak boleh ? “
Gulp .. last aku masak nun masa aku baru nak kacak .. Sekarang ni , bila dah kacak .. mmg aku tak pegang sudip dah. Kuali tu aku pegang la.. sbb nak basuh !
Adeh .. satu kerugian laaa aku malas masak ! Ceh , malas mengaku tak tau masak tuu ..
Wahai lelaki bujang , sila belajar memasak ! Jangan jadi cam aku .. Nanti wife suruh masak , tak reti .. nak suruh sapa ? Anak dara sebelah rumah ke ?