Wife bagitau aku , dia dah jadi agen untuk satu produk yang cukup bagus.. dan digunakan seharian ! Aku tanya la produk apa ? Dia jawab sabun basuhan.. memang bagus selepas dia mencubanya buat pertama kali. tu pun aku dapat free je.. Heee..
Kemudian dia pun mula promote di kalangan keluarga dan kawan kawan...
Kemudian dia pun mula promote di kalangan keluarga dan kawan kawan...
Sebelum dan selepas guna.
Setelah kawan kawan mencubanya , mereka pon berkenan. Pastu tanya la camana nak jadi agen ! Dah kalau semua orang jadi agen, sapa yang membelinya ??? Aku tanya la wife aku.. berapa untung sekali pembelian. Dia pun jawab la. Aku tergaru garu kepala ! Hurmm... Malas nak kata apa.. dah dia minat. Yang pastinya , stokis dan tokey besar untung gini ! Patut la ramai je founder produk kaya raya pastu menunjuk nunjukkan la pulak... Tapi agen bawah dia , apa cite ? Hurmm.. Malas nak komen apa apa! Bukan apa.. kang nak backup sangat , ada kes stokis pon makan tuan gak ! Haaa.. tu bagi aku , mandai mandai la big boss tu nanti !
Teringat satu produk ketika aku berusia 20an.. Konsep sama.. cari agen dan dapatkan komisien. Dan pada masa sama jual produk yang sama. Persoalan , sapa yang beli ? Yela, pasaran Malaysia luas tapi ko yang kena rajin dan kreatif untuk pastikan produk senantiasa panas !
Aku jual.. ko pun jual .. dah tu dalam opis ni sapa je yang beli ? Adeh..