Aku terima satu email dari seorang rakan pembaca yang inginkan kisahnya disiarkan di blog. Semoga beliau tabah meneruskan kehidupan ini. Dan kisahnya memberikan kita pengajaran yang amat berguna. Menurutnya isterinya suka baca blog benashaari.com ini. Terima kasih saya ucapkan. Moga bekas isterinya dapat menyelami luahan hatinya.
“Assalamualaikum,
Tujuan saya menceritakan tentang diri saya ini tidak lain tidak bukan hanya kerana ingin berkongsi cerita dengan pembaca semua agar ianya diambil dijadikan ikhtibar dan pengajaran.
Nama saya Hadi, usia saya kini 33 tahun, saya merupakan duda beranak dua, setelah menduda 2 tahun baru saya sedar saya telah melakukan banyak kesilapan di dalam rumahtangga kami dahulu sehinggakan ianya musnah sebaik sahaja menjangkau 5 tahun perkongsian hidup kami. Selama ini saya betul2 tidak kisahkannya, bagi saya apa yg berakhir itu sudah berlalu, saya bebas tanpa komitmen. Kisahnya begini...
9 tahun yang lepas saya telah mengahwini seorang gadis yg bernama Rina, dikenali melalui myspace, ketika itu myspace sgt popular, pertemuan pertama kami telah menimbulkan bibit2 cinta, 3bulan saya mengenali Rina tanpa membuang masa saya terus mengajaknya berkahwin, dia bersetuju dgn lamaran saya, oh ya .. saya merupakan seorang pegawai dlm badan beruniform begitu juga dgn Rina. Saya sgt mencintai gadis yg saya kahwini itu dan sy juga beranggapan dia miliki perasaan yg sama. Rina seorang yg sgt baik, lembut, cantik, manis, penyayang dan paling penting pandai menjaga maruah diri.
Bagi saya hidup sudah lengkap sesudah berkahhwin, namun sy ni jenis bersosial, saya suka berkawan, saya mempunyai ramai kenalan dan saya mempunyai satu hobi yg saya minati sejak kecil, sy seorang bikers. Memandangkan kewangan saya agak stabil ketika di awal perkahwinan, saya telah membeli sebuah motosikal berkuasa tinggi secara ansuran bulanan, ketika itu usia anak pertama kami baru 6 bulan, isteri saya ada menghalangnya katanya kewangan keluarga masih belum kukuh tetapi biasalah, saya mengherdiknya, saya katakan bahawa saya mampu.. selama ini saya menyediakan keperluan dlm keluarga dgn baik tanpa kurang walau sedikitpun.
Masuk tahun ke dua perkahwinan saya mula mempunyai masalah kewangan, saya ada banyak tanggungan.. ekonomi semakin meningkat, gaji tetap sama, banyak potongan yg saya perlu buat, hutang kereta, hutang motosikal berkuasa tinggi, hutang peribadi dan macam2 lagi, saya mula tidak senang duduk akhirnya saya membuat pinjaman peribadi lagi, isteri saya seperti biasa .. dia tidak bersetuju dgn apa yg sy buat, tidak pernah! Masa saya banyak dihabiskan dgn kerja dan hobi.. isteri saya pula langsung tidak menyokong hobi saya itu, saya tidak menghiraukannya.. isteri saya sudah berkali2 memberi nasihat namun saya memarahinya, bagi saya masanya hanyalah dirumah bersama anak2 setelah habis waktu kerjanya.
Setelah berkahwin, Rina tidak seperti dulu, dari seorang yg periang menjadi murung, bukan lagi seorang yg penyayang, bukan lagi seorang yg lemah lembut, dia sering melawan saya, dia tidak pernah hormatkan saya, balik je rumah dia menyambut saya dgn bebelan, mukanya tiada senyuman, tak pandai berhias bukan setakat kt rumah malah bila keluar, dia sgt selekeh, tidak mcm saya yg sentiasa bergaya, sejujurnya sy pernah curang dgnnya, bagi say pula itu sekadar asam garam dlm berumahtangga, biasalah.. sebelum kawin manja2, dah kawin semua tu hilang. Sy lupa yg isteri sy ini seorang yg bekerjaya .. dia juga punyai rupa yg menarik walaupun selekeh, sebelum berkahwin pun dia ramai peminat. Masuk tahun ke empat perkahwinan, masalah kewangan sy semakin kronik hinggakan sy tidak mampu menyara diri sy sendiri, semuanya isteri yg uruskan. Sy pula terlalu sibuk dgn kerja, kami memang tinggal sebumbung tapi jarang bertemu, anak2 sentiasa mencari sy tapi apakan daya, sy perlu bekerja.. kesibukan kerja menjadi alasan untuk kami keluar bersama2, sesungguhnya sy tdk seperti org lain, sy tdk pernah membawa anak dan isteri sy bercuti utk kami sahaja, sepanjang 5 tahun itu boleh dikira berapa kali kami keluar makan bersama, kalau keluar pun sekejap sgt. Sy lebih suka habiskan masa bersama kawan2 di luar dan pergi ride bersama kawan2. Tiap2 minggu sy wajib hadir TTS, sedangkan sy biarkan isteri sibuk menguruskan anak2 seorang diri di rumah.. YaAllah, malu sy pda diri sendiri kalau dikenang kembali.
Hinggalah masuk tahun ke lima perkahwinan, Rina sudah kurang membebel, dia hanya diam sekiranya sy buat apa2 kesilapan, sy jadi lega.. syukur Alhamdulillah, namun.. Rina telah menfailkan cerai di Mahkamah, sy tak sangka.. betul2 tak menyangka Rina mampu kotakan apa yg dia pernah cakap dulu.. "jangan sampai sy tak rasa apa2, masa tu.. apa yg dibuat hanya utk anak2 je.." sy bersetuju ceraikannya, kami telah berpisah.. ketika itu usia anak kami yg sulung ialah 4 tahun dan anak ke dua kami 1 tahun 6 bulan.
Selepas saya berpisah saya rasa sgt bebas. Tapi jiwa sy kosong, saya mulai merindui bekas isteri saya, selepas bercerai Rina mendapat posting kebajikan, dia dpt bertugas di kampung dan tinggal bersama orang tuanya, kira-kira setahun penceraian dia telah berkahwin dgn seseorang yg sgt sy kenali, mcm mana perkenalannya saya tak pasti, orang itu merupakan rakan sekelas saya sewaktu di sekolah menengah, saya tak sangka, dunia ini sgt kecil.. selepas mereka berkahwin saya semakin terasa kosong.. banyak2 wanita yg saya kenal, ada yg jauh lagi cantik dari Rina namun semuanya tak kekal, mereka tidak bersabar dgn sikap saya, tidak seperti Rina.. walaupun banyak membebel tapi dia sentiasa menyokong saya, dia sentiasa menolong saya, dan dia sentiasa menjaga zuriat saya dgn baik.
Suatu hari saya menghadiri reunion sekolah saya, saya berjumpa Haziq, suami baru kepada Rina.. kami bersembang panjang, dan kami berbicara tentang anak2 dan juga Rina. Mereka nampak gembira dan ceria, saya tidak pernah melihat Rina seceria itu.. dia nampak semakin cantik, mmg jauh bezanya sewaktu menjadi isteri sy, dia sgt lemah lembut, saya lihat dia bergurau dgn Haziq.. sedangkan sepanjang 5 tahun perkahwinan dia tidak pernah begitu dgn saya. Lalu saya tanya Haziq.. mcm mana dgn Rina sekarang?? Katanya Rina seorang isteri yg sgt bagus.. isteri yg taat, penyayang, dia sgt bahagia dgn perkahwinan yg baru mencecah setahun itu. Saya bertanya lagi mcm mana dia membahagikan masa dgn kerjayanya sebagai seorang doktor dan keluarga.. katanya cukup mudah, dia seorang yg sgt sibuk, masa selain kerja hanyalah untuk kekuarga.. kemana2 dia akan bawa keluarga, dia akan mendengar pendapat isterinya walau pendidikan isterinya itu tidak setaraf dengannya. Di rumah dia akan buat kerja bersama sama dgn Rina, bukan mengharapkan rina semata mata, walaupun anak2 itu hanyalah anak tiri namun dia akan menguruskan anak2 itu sekiranya Rina sibuk. Rina kelihatan sgt2 bahagia kini, cantik sgt2... mukanya bersih, mukanya tenang, malah saya lihat Haziq yg banyak melayan kerenah anak2.
Kini, 4 tahun sudah penceraian kami.. sehingga kini saya masih kesal dgn sikap saya.. saya lah punca Rina bersikap begitu dgn saya dulu.. saya baru menyedarinya selepas melihat sendiri layanan Rina kepada Haziq di majlis reunion kami, hari pertama perkahwinan lagi saya sudah mula menengking dia, saya bercakap kasar dgnnya, saya tidak romantik, saya tdk bercakap dgn lemah lembut dgnnya, rupanya dia sudah lama makan hati dgn sikap sambil lewa saya sebab itu sikapnya berubah begitu. Saya lihat ayah saya begitu.. saya lupa yg isteri saya kini berada di zaman moden, dia juga ada rupa dan kerjaya masakan dia mahu menunggu saya ni, ini bukan drama TV3.. selama ini saya menyerahkan 100% tugas pda dia, saya betul2 bodoh kerana melepaskan seorang isteri yg sgt baik dan mampu bertahan 5tahun dengan perangai ini.. kini, saya tiada apa2.. 10 tahun saya bekerja namun saya tidak mampu membeli rumah sendiri, sedangkan pendapatan bulanan sy agak besar, ini semua kerana perasaan tamak saya 9 tahun yg lalu, kalau lah saya mendengar nasihat bekas isteri saya dulu pasti kini kami senang dan bahagia.
Rina, abg minta maaf dgn sikap abg sepanjang perkahwinan kita dulu, baru kini abg faham tentang luahan luahan isi hati Rina dulu, abg dah terlewat... semoga Rina bahagia dgn kelurga baru Rina.
Untuk semua pembaca, wanita itu lembut dan rapuh hatinya, kalau kita berkeras dgn dia.. dia akan semakin keras, jika kita berlembut dgnnya, itulah yg sebaik baiknya.. sekiranya isteri dari seorang yg suka membebel tiba2 menjadi diam, berhati hati lah... ketika itu hati dia dh tawar, tak rasa apa2 dah... bentuk lah isteri dari awal perkahwinan lagi, jgn sekali kali meninggikan suara pda isteri, dlm rumah tangga kalau apa2 yg berlaku suami lah yg patut bertanggungjawab, teraplah didikan agama dlm keluarga. Sebab dlm agama sendiri ada sebutkan bagaimana cara utk bersama keluarga. Jangan sesekali tinggalkan keluarga.”
Moga bermanfaat buat kita semua.