Bila sebut makanan laut terutamanya ketam dan udang , aku teringat akan Crab Factory Brolly yang terletak di Menara Felda berhampiran dengan Menara Kuala Lumpur. Kenapa ? Hehehehe... Kenangan melantak beramai ramai pastinya akan dikenang sampai bila bila !
Ini adalah pertama kali kami menjamu selera di sini. Terus terang , tempat ini memang unik. Nampak rileks dan cool jer.. Bagi mereka yang nak makan beramai ramai ,di sini memang pilihan yg tepat sekali !
Macam mana pulak dengan makanan ? Tempat dah nampak best kan ? Hehehe.. Aku tau.. Kami di sini ari tu... Menariknya , di tempat yang boleh dikatakan gempak ni , parking keretanya adalah percuma ! Boleh parking di bangunan Naza yang terletak di sebelah bangunan Menara Felda. Dekat giler !
Ok.. antara hidangan yang kami makan ari tu ialah..... jeng jeng jeng.. Ready ?? Cencaluk Fried Chicken Wings , Ayam Percik Lunch Tray , Seafood Fried Chicken Lunch Tray , Beef Yakiniku Omelette Curry Don , Beef Burger , Chicken Burger , Lambogarlic Burger , Variety Skewers ( Lamb ,Chicken , Striploin , Tiger Prawns & Baby Optocus. )
Dan hidangan terbaik buat kami malam itu ialah... Beef Sirloin with Black Pepper Sauce & Fries , Beef Ribeye with Mushroom Sauce & Mash , Flower Crab Set ( STB Mild ) , Flower Crab Set ( Spicy Plum Sauce ), Meat Crab Set ( Garlic Butter )
Dan penutupnya ialah.. Chunky Peanut Butter , Waffle dan Tiramisu !
Heehe.. macam macam makan dan minum.. Ada dalam 13 blogger dan jumlah harga yang perlu di bayar cumalah RM2, 450.95 termasuk GST . Seorang perlu bayar cuma RM188 untuk kenyang sepanjang minggu ! Hahahahah.. Ok la kan ?
Amacam ? Berminat ? Hehehe.. Aku pahamm... Ok , Kalau berminat tapi nak ada dapat diskaun dan juga tak tau nak order , meh aku bagi tau.. Di bulan March 2016 akan ada promosi ..
Promosi Monthly Crazy Bag March " Spanner Crab RM12/100gram" . Biasanya RM17 untuk 100 gram.
Promosi Monthly For Two Lovers March adalah " 500 gram Yabbies-M dan 300 gram New Zealand Mussels untuk RM88 sahaja. Biasanya RM115. Percuma Corn , Button Mushroom dan Coleslaw.
Dan cara nak order , mudah saja ! Meh aku ajar..
Langkah 1 : Pilih makanan laut ( minimun satu jenis dan maksimum 3 jenis ) dalam timbangan 300 gram atau 500 gram. Untuk ketam , boleh pilih beberapa ekor.
Langkah 2 : Pilih sos & tahap kepedasan untuk Signature Southern Bang Sauce atau Jamba Jamba.
Langkah 3 : Pilih satu atau dua Bag Buddies.
Maklumat Lanjut:
Brolly: Crab Factory
Menara FELDA, Platinum Park, No 11,
Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-2181 4122
Facebook : https://www.facebook.com/brollymalaysia