Mulai 19 - 23hb ni , PWTC akan dipenuhi dengan ramai ahli ahli UMNO dan juga pemerhati politik.
Aku , antara mereka yang senantiasa berulang alik dari PWTC - Putrajaya , pasti akan tersenyum simpul .. Kenapa ? Macam macam gelagat yang akan dapat aku 'nikmati' .. Serius ..
Tersenyum sudah pasti .. Geleng kepala pon , dah mmg iyer .. Kesian pon ada .. Menangis ? Dalam hati jer la .. Nak sertai mereka ? Erk ... belum masanya dan tak tau bila nak sertai ..
Kenapa ? Entahlah.. aku boleh nampak muka muka hipokrit yang mengatakan mereka itu pejuang bangsa .. Yeker ????? Kalaulah kita boleh selami niat mereka semua itu sudah pastinya ada antara mereka-mereka yang hadir itu , ke wad ICU ..
Maaf .. aku bukan anti UMNO .. Aku bukan ahli pembangkang .. Cuma aku antara mereka yang berdiri di tengah tengah .. Nak terjun ke arah mana satu .. Yang di sana sama jer yang sebelah sini .. Kenapa aku kata begini , sebabnya aku tak nampak mereka ini benar benar berjuang untuk bangsa dan agama .. Beria bila ada media .. Terjerit jerit bila ada 'kamera' .. Belakang kalu ???
Kepada semua perwakilan UMNO yang akan hadir.. ikhlaskanlah ucapan anda itu .. Jangan sekadar mengharapkan sorakan ahli tapi kosong semata .. Cuba buka mata ... berapa ramaikah anak muda yang akan hadir kerana ingin hadir kerana INGIN HADIR dan bukan kerana sebaliknya..
Gerai gerai jualan di situ ... cubalah tanya berapa harga satu tapak ??? Heheh.. masuk akal ke harga itu ? Pelik .. sampai bila melayu nak maju gini kalau asyik melayu tipu melayu ?
Maaflah yer.. inilah hakikat sebenar mengapa ramai anak muda masih belum menurunkan tandatangan di atas borang keahlian UMNO .. Mereka masih belum nampak 'perjuangan' UMNO .. Dari puck pimpinan sehinggalah ke wakil bahagian .. Semua ada agenda tersendiri..
Salah siapakah ? Anak muda yang celik mata atau orang atasan ? Hurm.. Aku teringin nak berjuang ... tapi masih belum mampu kerana aku takut kecundang sebelum bertarung .. Terlalu kuat dugaan dan bisikan syaitan tika ini. Ikut atau sila undur ! Huh.. di manakah bangsa dan agama yang menjadi tonggak kekuatan semangat yang dilaungkan oleh kita ? Atau ... berkuasa demi untuk ?
Walaupun bukan semua tapi jumlah yang berkhidmat demi bangsa ini , boleh dibilang jari .. Dan jumlah yang kecil ini tidak mampu mengubah keadaan .. Tapi siapa tahu ? Allah Maha Berkuasa.. Apa saja boleh berlaku ..
UMNO perlu lakukan sesuatu untuk pilihanraya akan datang agar tidak tumbang terus ..
Wahai perwakilan , SENYUMLAH.. SENYUMLAH ... SENYUMLAH DARI HATI ! ANDA CUMA WAKIL BAHAGIAN .. Tanpa ahli , ANDA TIDAK BERMAKNA !
BA : UMNO .. perjuanganmu dulu , aku sanjungi .. tapi sekarang ? Umpama menonton drama di tv1 ..