Tak tau mana nak pergi ?? Tak kira la ada anak atau takda anak.. bujang atau dah berkawin.. Aku rasa Zoo In The City di Menara Kuala Lumpur adalah tempat yang cukup best dan rileks untuk mereka abiskan masa lapang mereka. Serius ! Cuba laa..
Hari ni.. team KBBA9 bersama ahli keluarga masing masing , berpeluang berkumpul bersama dan bersantai dengan haiwan haiwan yang manja dan comel ! Heeee.. Lama dah menanti saat ni !
Nasihat aku.. datang awal awal kalau ke sini. Jangan risau bab sarapan pagi sebab ada cafe dan murah je makan kat sini.. heee..
Tiket masuk ke KL Tower Mini Zoo berapa eh ? Meh aku kasi jawapannya.. heee…
Ada apa dalam KL Tower Mini Zoo ? Haaa.. Ada anak wallaby berkeliaran wooo tapi aku tak sempat amik gambar sebab teruja sangat berada dalam ni.. Hahaahha..
Ada macam macam lagi dalam ni dan aku confirm . anak anak korang akan berpuashati punya ! Mesti diorang akan ajak datang lagi dan lagi dan lagi ! Hahaha.. Bagi aku , KL Tower Mini Zoo ni bukan sekadar bermain dengan haiwan comel tetapi juga dapat belajar mengenali haiwan haiwan jinak dengan lebih dekat.
Abis bermain ngan si arnab.. jom gi makan pizza Domino’s di The Weld. Dekat jer pon ! Sedap dan murah.. huhuhu..
Terima kasih KL Tower Mini Zoo kerana menyediakan tempat riadah berkeluarga seperti ini. Sekurang-kurangnya anak kecil kita tak pegang gadget 24 jam… kan kan ?