“ Takat berpuluh ribu tapi yang masuk kembali baca blog dia tu , berapa kerat je ?”
Atau ..
“ Blog tah hapa hapa pon boleh ramai followers ! Tu mesti I follow u , u follow me punya ! Sesuai beli shampoo Follow Me ! “
Atau korang mungkin pernah baca atau terfikir mengenai FOLLOWERS ni .. Haa.. Penting ke ? Buat apa semua ni ??? Kalau nak harap trafik dari mereka ni , berapa la sangat kan ?
Entri macam ni , dah berkali kali aku buat .. Tiap-tiap tahun mesti ada pasal ni .. Tapi kali ni berbeza sedikit kerana aku dah lebih 2 tahun berblogging dan jumpa macam macam orang terutama berkaitan pengiklanan di blog ..
Kalau nak kata takat company kecik je yang tanya tu , mungkin la kot .. Tapi kalau company besar ?? Haa.. Ok , aku tak nak gebang lebih..
Tapi inilah pengalaman aku bila berbual dengan mereka ..
“ Berapa ramai followers u di blog ? FB ? Twitter ? “
Ramai suka kaitkan Followers dengan trafik ! Sebenarnya semua ada kepentingan .. Trafik , followers , entri dan apa saja yang berkaitan dengan blog dan juga penulisnya !
Mereka bukan nak cari blogger yang punya trafik berpuluh ribu sehari atau beribu-ribu followers tapi blog yang punya pengaruh tersendiri ! Setiap blog ada auranya sendiri ..
Sebab itulah manusia ini unik .. Sungguh indah ciptaan Allah ni kan ? Tapi kita je tak sedar.. Yang kita sedar , sikit sikit cemburu ! Bila cemburu , mula nak jatuhkan orang ! Padahal bila cemburu , cari la cara untuk berjaya ! Bukannya cari jalan nak lingkupkan diri sendiri ..
Usaha tangga kejayaan .. Korang nak keje dalam pejabat pon kena usaha ! Kena ada kertas sekeping untuk buktikan korang layak ! Ni pulak kalau dengan blog ..
Fikirkan .. Tanah yang gersang , kalau usahakan pon leh beri rezeki !