Yer ! Serius sedap !! Heeee.. Aku dah gi dahh ari tu.. Preview Buffet Ramadhan di Picc , Putrajaya . Macam macam makanan ada .. Itu baru preview jer .. Nanti masa Ramadhan nanti , lebih 200 hidangan akan disajikan buat pengunjung.
Antara hidangannya ? Antara hidangan utama adalah Gulai Tunjang , Briyani PICC , kambing panggang , Ayam Panggang Pedas Pucuk Paku , Rendang Paru , Sambal Goreng Jawa dan hidangan berkonsepkan tradisi dan warisan Melayu.
Bufet menampilkan hidangan mengikut tema seperti “ Pembuka Selera” , “ Sup Masyuk Berasap “ , Gerai Utama PICC , “ Mangkuk Panas “ , “ Kawah Berapi “ , “ Sejuk Badan “ , “ Kebun Buah Pak Rusmie “ dan “ Dahaga “ .
Hurmm .. Jom layan dulu ..
Selain dari apa yang korang nampak , nanti akan ada Bubur Lambuk PICC , Bubur Kacang Hijau Durian , Bubur Pulut Hitam , Pengat Labu , Pengat Pisang , Bubur Cha Cha dan Bubur Gandumm.
Tamo makan hidangan melayu ? Boring dah ? Ok .. Ada hidangan lain seperti pasta , spagetti , Fettucine , Penne , Linguine , Aglio Olio dan banyak lagi !!
Chef yang terlibat dalam pembikinan makanan yang sedap sedap belaka ini !!
Amacam ? Berapa harga ? Pakej berbuka ini bermula pada 30 Jun hingga 25 Julai 2014 dengan kadar bayaran sebanyak RM80 utk dewasa dan RM40 utk kanak kanak. Bagi kanak kanak yang berusia 5 tahun ke bawah , percuma jer ..
Bufet akan bermula dari jam 6.30 ptg hingga 10 malam. Pada minggu pertama pengenalan ( 30 Jun – 6 Julai 2014 ) , diskaun 10% diberikan. Bermakna , dewasa cuma RM72 dan kanak kanak RM36 saja.
Sambil makan , akan persembahan dari Rosma .. Heee.. Sambil layan persembahan , akan ada cabutan bertuah khas untuk pengunjung bertuah !! Heeee ..
Surau ? Jangan risauuu .. PICC menyediakan ruang untuk solat Maghrib dan solat Terawih.
Amacam ? Menarik ? Heee.. sila tempah sekarang ! Sila hubungi 03-8887 6000 atau email ke kumari.nahu@picc.com.my . Laman web rasmi , www.picc.com.my atau ke Facebook mereka iaitu di , www.facebook.com/piccmalaysia.
Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak !