Sambungan dari Ke UNIVERSAL STUDIO JAPAN.
Sebelum ke Minion Plaza , kitorang g layan PARADE DE CARNIVALE. Satu perarakan yang cukup menarik ! Cukup gah dan paling gah , selepas je abis perarakan tu , mereka terus bersihkan jalanan di situ hingga takde kesan seolah di situ baru je dibuat satu perarakan gilang gemilang !
“ Mana diorang beli Minion tu ? “.
“ Jangan risau. Sebentar nanti kita pergi ke sana juga.. “. Jawab pegawai USJ tu.. USJ merujuk kepada Universal Studio Japan.
Hurmm.. Ok.. Sabar Ben.. sabaar.
Selesai akhirnya dengan bab ‘ Hantu ‘ ! Dan… dannnnn !! Belum lagi ke Minion Plaza sebaliknyaaa…. Jom main roller coaster ! Yessss ! Yessss !! Yessss !! Lama dah aku tungguuuu !
Fuhh…. Ketika aku melangkah masuk dan duduk dalam roller coaster ni , aku teruja sungguh ! Nak mencabar diri .. lama dah tak rasa takut gini ! Dan tiba tiba rasa menyesal muncul !
“ Apasal laaaa aku gi cari masalah gini ?? Kan baik aku gi duduk lepak kat bawah sana dengan diorang. Yang saja cari pasal naik menda ni apahal ?? “.
Dah la aku duduk depan sekali ! Dah la depan , tepi sekali lak tuuuu… Arghhhhhh..
Dan loceng berbunyi.. Bergerak naik tinggiiiiiii… dan makin tinggiiii ! Arghhhh.. Oh noooo !! Aku kalau takut , mesti cakap omputeh. Sama gak bila marah ! Pelikkk.. automatik teror cakap omputeh.
Akhirnya dia menjunam ke bawah ! Fuhhhhhhhhhhhhhhh.. Diaorang punya jerit !! Tu diaaaa… Tapi aku cool jer ! Macam Mr.Bean naik roller coaster. Orang lain menjerit.. aku rileks..
Tau kenapa ? Sebab aku pandang dan ikut pergerakkan roller coaster tu .. jadi aku dah tau apa akan terjadi. Takde la nak takut pon kan ? Lain la aku duduk belakang ! Confirm aku menjerit punya.. hahahaha. Bukanlah roller coaster ni tak mengerunkan tetapi kalau dah tau dia punya tips dan tricks ni , maka boleh baca dah la .. Ececece…
Akhirnya… Kami di bawa ke Minion Plaza ! Dan jom beli Pop Corn ! Beli Pop Corn dan akan dapat patung minion tuuu !
2 ni dekat 6000 Yen ! 1000 Yen bersamaan RM37. Kira la sendiri ! Nak dapat beli ni , dia punya beratur.. perghhhhh !! Insaf insaf .. Selepas beli ni , aku upload gambar ni ke Facebook. Ramai mintak aku belikan.. Maaf la yer. Masa tak mengizinkan dan aku takde ruang nak bawak balik menda ni. Letak dalam luggage , tak muat dah ! Aku bawak beg kecik jer ke sana.. Hurmm.. Maaf yer..
Lepas tu , layan pertunjukkan Minion. Kalau Qhaliff ada ni , dia suka laa..
“ Ba naaa naaa.. “
Pertunjukkan ni dalam 15 minit. Pastu bergerak ke… HARRY PORTER lak !! Yesss ! Yessss !! Teruja aku nak tau apa yang menariknya HARRY PORTER yang dikatakan antara tarikan utama ke sini.. Dan ianya pertama di dunia !
Merasa gak la minum air yang popular dalam Harry Porter ni.. hehehe ..
Ok.. Part Harry Porter dalam entri lain lak eh.. hehehehe .. Tunggguu !