Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 12 Oktober 2015

Ke UNIVERSAL STUDIO JAPAN

 

Baca Perjalanan ke Osaka , Jepun.

Hari ke 2 di Osaka , Jepun. Sebenarnya , aku masih tak percaya aku berada di bumi Jepun ni kerana ianya adalah impian aku untuk berada di sini. Yelah , sapa tak nak datang sini kan ? Cam aku ni , nak datang sendiri ..belum tentu lagi ! Nak tunggu anak anak besar , baru leh datang dan segalanya berubah baru baru ni bila aku terima email pelawaan dari Air Asia X .

Ok..sambung cerita.. Selepas sarapan pagi di Hotel New Hankyu , Umeda , Osaka ni .. kami beramai ramai check out dan bergerak ke Universal Studio Osaka dengan menggunakan teksi lama tapi bersih dan kelihatan ranggi !

Ok.. sedikit mengenai Hotel ni.. Terletak di pusat perkhimatan awam yakni bas dan teksi .. hotel ni memang jadi pilihan mereka yang nak travel ke sana sini dengan menggunakan perkhidmatan awam.. Bilik yang aku tidur malam tu , hanya muat untuk aku seorang jer.. Memang khas untuk seorang jer bilik tu.. hehehe .. Backpacker suka la gini…

DSC01547

Teksi.. cute gituuu ! Hahahahha.. Yang pandu lak , semua otai otai jer.. Siap bersarung tangan lagi.. Huhuhu..

imageimage

Dan bergeraklah ke Universal Studio Japan. Sepanjang perjalanan , aku cuci mata betul betul !Bukak mata luas luas dan tepuk pipi berkali kali… Apakah aku bermimipi ??? Huhuh..  Bukan mudah nak tengok ‘ Jepun’ di depan mata !

imageDSC01551

Langit membiru , awan berarak mendung.. sesuai untuk aktiviti bersantai di Universal Studio Japan ketika tu.. Alhamdulillah. Dah tak sabar rasanya nak lihat apa yang menarik sangat USJ ni .. Kalau orang kata USS ( Universal Studio Singapore ) tu best , pastinya USJ ni lebih menarik..

Dan akhirnya sampai !! Kami disambut mesra oleh pegawai perhubungan USJ. Namun begitu , jangan main main mengenai masa dengan mereka. Mereka amat patuh pada masa. Kena betul betul ikut masa woooo !

imageimage

Sesi suai kenal dan bergambar sepantas yang boleh.. Kemudian masuk terus ke dalam USJ. Dan wow ! Wowwww ! Hahahaha.. Gelak besar aku.. Meriah dan terasa ‘ kekanak-kanakan’ di situ ! Bukan keanak anakan yer.. terus jadi cam budak budak ! Hahaha.. Hilang terus uban uban di janggut aku !

image

“ Lihatlah duniaaa ! Aku di sini hanya disebabkan sebuah blog ! Dan blog aku telah membawa aku ke serata tempat yang aku tak terjangka sama sekali ! “

Dan aku bergambar dengan rakan rakan sepejuangan .. yakni rakan rakan blogger yang lain.. Rebecca Saw ,  Nisa Kay , Melastik Bintang , Kelly ,Pojie Photography dan Mr.Jocko. Sapa sangka kan ?

DSC01567

Okehh.. Jom masuk ke dalam.. Huhuhuh.. Tak sabar .. Suhu ketika ni agak dingin tapi tak la sejuk mana pon lagi. Lom mampu membuatkan aku mengigil kesejukan ditambah lagi sedang membara keseronokkan untuk mencuba segala permainan yang ada di dalam ni.

Tu diaa… meriah giler ! Lebih meriah dari Legoland yang aku dah pergi 2 kali tu ! Dan cuaca dingin begini memang menyelamatkan aku dari berpeluh peluh.. huhu…

DSC01576DSC01579DSC01589DSC01591DSC01594

Destinasi pertama , HELLO KITTY’S RIBBON COLLECTION ! Hehehe.. Hekler , apa kes ?? HELLO KITTY’S ??? Helllooo ???? Aku lelaki ok !! Apahal lak aku nak tengok kucing pink ni ??? Adoiyaii..

Ok.. aku pon masuk ke dalam bersama rakan rakan lain.. Masuk sekadar untuk menuruti jadual.. Huhuhuh..

DSC01595DSC01602DSC01607DSC01608DSC01609

Dan tiba-tiba , si Hello Kitty ni keluar dan bersuara .. Hahahahaha… Aku gelak besar ! Suara dia cute gilerrrrr ! Cute okkkk ! Dan aku tak sabar nak bergambar dengan si kucing pink ni ! Hahaha.. Sabar menanti walaupun masa mencemburui.. Kena cepat cepat !

DSC01616DSC01617DSC01618

Olololoooo… Hahahaha… Dia termalu tengok aku.. Tergodakah ? Aku macam Garfields , kan ? Hahahaha .. Adehhh.. Teringat balik saat saat bersua muka dengan si kucing ni , memang buat aku tersenyum.. Wife pon cemburu tengok aku tersengih sengih sambil menaip entri ni.. huhu..

Selesai bermesra dengan Hello Kitty , masa untuk mencuba permainan baru di Elmo’s Go Go Skateboard. Huhu.. Semua kena naik ‘skateboard’ ni.. termasuk aku ! Hek elerrr..

DSC01623

Dan.. hahahaha .. Ok , agak mengerikan jugak la sebab tak leh baca pergerakkan papan gelongsor Elmo.. Dan ilang jap stress aku ! Hahaha.. Terus teruja nak mencuba yang lain pulak !

Destinasi seterusnya… SPIDERMAN-The Ride 4K3D ! Aku tak tau amenda ni tapi menurut orang USJ , SPIDERMAN ni adalah tarikan terbaru di sini dan ianya yang pertama di dunia.

DSC01631

Ramainya orang beratur nak masuk. Nasib baiklah kitorang ada ‘pas besar’ maka boleh la ‘disegerakan’.. heheheh .. Segala kamera , telefon pintar dan beg kena simpan di loker. Tak leh rekod yer ! Kalau boleh , mesti best punya !

Beratur dan masuk.. naik ‘kenderaan’ sambil mengikuti ‘SPIDERMAN’.. HAHAHAHA.. Adehh.. Ok , seriussss ! Aku tak nak ‘perjalanan’ bersama SPIDERMAN ni berakhir ! 

Bila keluar dari situ , aku memandang orang yang beratur panjang ! Nasib baik  masa tak cukup.. Kalau tak , mesti aku beratur sekali lagi !

DSC01635

Ah… terasa aku seperti budak budak kecik dapat lollipop ! Hahaha.. Seronok rupanyaa ! Lama dah tak rasa perasaan gini. Taman Tema di Malaysia rasanya perlu dipertingkatkan lagi supaya setanding dengan Taman Tema di negara lain untuk menarik pelancong asing ke negara kita.

Ok.. selesai SPIDERMAN.. Nak layan Custome Party lak.. Sempena bulan hantu.. hehehe .. HELLOWEEN !

Respek la diorang punya SPORTING ! Huhuhu.. Diorang semua selamba jer berpakaian watak watak kegemaran mereka.. dan memang ramai join party ni ..

DSC01650DSC01652DSC01657DSC01645image

Ahhh.. memang best ! Jam baru menunjukkan pukul 12 tengahari ! Dan masih banyak lagi aku nak cerita kat korang .. nanti ! Ni pon panjang dah ! Kang macam baca novel lak nanti.. hehehe.. Tunggu pasni aku sambung cerita eh ! Pasal Minion , Harry Potter dan ZOMBIE ! Huhhhh…

17 komen :

sohoque Ismail berkata... [Reply to comment]

Perghhh.. Antara tpt2 yang aku nak pergi. Lg best kalau pergi dgn tiket explorasa. Masa dah semakin suntuk. Harap2 impian mnjadi kenyataan

firzz duka berkata... [Reply to comment]

Bestnya..tapi paling menarik teksi tu...canggih...

fakarudinft.blogspot.my berkata... [Reply to comment]

Bestla.... memang nak pegi kat sini nanti....

Hanim Hashim berkata... [Reply to comment]

Hahaha lawak ben posing ngan kucing tu. Bertuah badak dapat tengok tempat dan kenali budaya orang sana :)

Dkna Abza berkata... [Reply to comment]

Ya Alllah... terdetik rasa cemburu baca kisah beben kat jepun..tak nak baca..tak nak baca..tak nak baca.. tapi abis gak sampai perenggan akhir.. tahniah beben..

YB Shehan berkata... [Reply to comment]

Aaaaa.. hello kitty

irra yyan berkata... [Reply to comment]

Seronoknya... Semua nya kerana sebuah blog... Tahniah ben!

Mama Kembar 3 berkata... [Reply to comment]

Amboi ngorat hello kitty ye aben haha. Cepat cepat nak baca pasal minion ngan harry potter plak

Kak Sue berkata... [Reply to comment]

Harap satu hari dapat jejak kaki ke Jepun jugak..menanti sambungan entri seterusnya...ehehe..

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Abg ben mesti lagi seronok kalau zahra dengan qhaliff ikut..

Siti Yang Menaip berkata... [Reply to comment]

bestnyaaa.. =D wajib tu bergambar kat globe..

Afidah Azmi berkata... [Reply to comment]

best yer...Helo kitty yg super qute tu...serius Jepun adalah tempat yg pertama nak pergi...tapi kena himpun duit lagi 2 tahun..kot

anez zamri berkata... [Reply to comment]

alahai bestnyaaa!

Haffizul Iskandar berkata... [Reply to comment]

wow! hebat! Bestkan. Dengan hanya blog, boleh bawa kita ke serata dunia. Rezeki. Rezeki. hehehehe

yanie yusuf berkata... [Reply to comment]

wahh sangat seronok.. rasa cam nak pergi je... ohh Jepun...

maryam assiddeeqah berkata... [Reply to comment]

alahai bestnya!

Bella Idura berkata... [Reply to comment]

Kumpul duit nak pergi lah..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI