“ Julie Woon dirompak! “
Itulah yang aku baca di artikal Yahoo Malaysia tadi .. Menurut artikal tu pengacara dan juga personaliti TV, Julie Woon telah dirompak ketika sedang berhenti di lampu isyarat selepas keluar dari pusat membeli-belah, One Utama. Kejadian yang berlaku dalam sekelip mata itu telah menyebabkan Julie Woon panik dan tidak sempat berbuat apa-apa tindakan.
Dalam kejadian itu, seorang penunggang motorsikal dan pembonceng telah memecahkan cermin tingkap sebelah penumpang hadapan Julie Woon dan mengambil beg tangan yang mengandungi sebuah Ipad didalamnya. Mujur bagi Julie, telefon bimbit dan dompetnya tidak diletakkan didalam beg tangannya ketika itu.
Haa .. tu dari Yahoo laa.. Ayat tu pon dari mereka . Malas nak olah .. Takut gak kot salah cerita , masalah gak kan ? Hehehe .. Ok ok.. tu bukan isunya .. Isunya , kes begini banyak dah .. Abang aku pun pernah cerita gak .. Satu kejadian yang terjadi di depan mata dia .. Tapi dia tak boleh buat apa apa sebab dia dalam kereta waktu tu dan kejadian tu terlalu pantas berlaku ..
Jadi apa kita yang patut kita buat ? Haaa .. Mangsa kebanyakkannya adalah perempuan kerana mereka gemar meletakkan beg tangan atas kerusi di sebelah tingkap .. Lelaki tak ke ? Kebanyakkan lelaki lak , kesnya lain .. Kang aku tulis , ada yang tanya fakta dari mana lak .. haha ..
Tak kira lelaki atau perempuan , kita amik pengajaran dari segala kejadian yang kita tau , dengar dan baca .. Jangan sekadar ‘ OOOOOOO , KESIANNN .. ‘ atau ‘ PADAN LA MUKA DIA .. SAPA SURUH .. “ .. haaaa .. tamo tamooo ..