Hurm… Bersedekah dapat bersihkan hati. Yelah , bukan mudah nak bersedekah terutama di kala banyak duit dan di kala duit tengah kering.. kan ?
Ada orang cukup berat nak bersedekah. Katanya dia cari susah susah duit tu pastu nak bagi kat orang ! Eh , gi la cari sendiri. Aku boleh , kau lagi la boleh .. katanya ! Hurmm..
Kalau begitu la perangainya , tak tau la hatinya camana kan ? Sebab tu bersedekah boleh bersihkan hati. Bukan mudah nak bersedekah dengan ikhlas.
Terjadi pada aku baru baru ni.. Rezeki dari Allah , bukan untuk aku saja. Aku perlu berkongsi dengan mereka yang selayaknya.. Kelmarin , hari jadi anak buah aku. Aku tanya adik aku , apa yang diorang nak ? Dia kata anaknya nak beg yang boleh tarik tu.. Sekarang ni pakai beg sandang. Hurm.. Sian , kecik kecik lagi dah bawak bebanan.. Aku tau sebab aku dulu pon bawak semua buku gi sekolah. Nak tinggalkan di rumah takut rosak atau hilang. Maka bawak je semua dalam beg.. hehee.. ( Malas ikut jadual sebenarnya).
Aku pon beli la dua beg.. Setiap satu tu , melebihi RM100.. Kalau beli satu bagi kat adik , kang si abang merajuk lak.. Kasi je la kat dua dua.. Lagi pun diorang nak usung buku gi sekolah. Pahala untuk aku jugak kan ? Diorang nak gi tuntut ilmu tuuu.. Rugilah kalau aku tak amik peluang untuk 'menjana saham’ akhirat..
Esoknya , aku gi umah mak aku.. Aku pas beg tu kat diorang.. Allahuakbar.. Suka diorang .. Bukannya mak pak diorang tak leh beli tapi diorang kena potong kos sana sini sebab byk menda nak kena bayar.Aku tak kisah pon.. Hari ni aku ada duit, boleh la bagi. Esok lusa mana tau aku tak mampu.. aku tak leh nak bagi dah..
Dan petang tu.. Allah bayar tunai pada aku.. Aku dapat job untuk blog.. SubhanaAllah.. Sesungguhnya janji Allah tu benar.. Tak semestinya rezeki tu dalam bentuk duit .. Macam macam bentuk ada .. Contohnya , aku memandu pulang ke Kelantan semalam.. Nyaris terbabas masuk lorong bertentangan gara gara terlelap tapi nasib baik takde kenderaan ! Bukankah itu tanda aku sekeluarga panjang umur ! Panjang umur juga salah satu rezeki dari Allah.. kan ?
Aku nak balik Kelantan ni sebab nak ziarah keluarga mertua. Wife pun lama dah tak balik sebab kekangan masa. Banyak kali plan tapi terpaksa batal antara sebab banjir ari tu dan kena buat kertas kerja berkaitan GST. Sian dia.. Aku ok jer.. hehehe..
Balik ni , guna duit aku. Keluar la beberapa ratus dari bank. Ikutkan , duit aku memang dah plan untuk bayar hutang hutang bulan ni.. cam duit kereta , servis kereta ..nak tukar tayar kereta dan bateri kereta ! Haaaa.. Beribu tu weh ! Tapi kereta tu , kereta isteri aku punya ! Jangan kedekut kan ? Tak kisah sapa punya tapi yang duduk dalam kereta tu , aku dan anak bini aku sendiri ! Keselamatan adalah keutamaan .. Tu cara aku berfikir.
Selepas aku kuarkan beberapa ratus dari mesin ATM utk bekalan di Kelantan termasuk dia nak beli pakaian di Wakaf Che Yeh , aku terima email dan pesanan ringkas ( SMS ).. Aku tersenyum.. Alhamdulillah.. Murah rezeki keluarga aku. Aku lega.. Hehehe.. Lega la kan ?
Dan tadi.. Tengah sedap sedap tidur , wife kejut ..
" Bang..amik duit 100 yer..Nak gi umah xx jap.. Bg anak dia yang baru lahir tu.. ".
" Owh.. Ok.. ".
Aku pun pernah dpt anak.. Bila org dtg ziarah n bg hadiah, rasa terharu.. Kan ? Maka bila dah tau camana rasa tu , kita buatlah pada orang lain lak kan ?
10 minit kemudian.. Ada satu mesej masuk di phone aku..
"Ben , bayaran utk job anda yang ari tu.".
Allahuakbar..
Teringin nak bersedekah tapi tak tau kat sapa ? Ok.. Cuba baca entri “ Jom murahkan rezeki anda !” ni dan ikhlaskanlah hati tu.. InshaAllah..