"Sian .. tau la awak tu dah top .. Dah ramai pembaca .. Tak perlu nak jatuhkan semangat blogger blogger yang baru buat blog 'semalam' ni .. Mereka tak tau langsung protokol berblogging ni .. "
Ada blogger yang kurang senang dengan aktiviti blogger blogger baru ni dalam group PING .. Sebelum nak sound diorang , cuba ingat kembali saat saat korang buat blog .. Toksah tipu laa.. Sedikit sebanyak terjebak gak ngan aktviti promosi link ( yg dikatakan spam ) dan juga follow memfollow..
Aku ? Seingat aku masa mula dulu ada kot.. Tapi tak la sampai tahan I UNFOLLOW U kalau tak FOLLOW I ! .. Tu dah tahap kronik tu .. Aku cuma masuk dan follow .. Best tak best , tu belakang kira .. Mungkin hari ni tak best , esok lusa , sapa tau kan ?
Aku bukanlah nak backing blogger blogger baru ni .. Aku yakin , aktiviti diorng ni akan terhenti dengan sendirinya satu hari nanti bila dah tau maksud sebenar blogging ni.. Dan mereka nak kasi 'hidup' je widget FOLLOWER tu ..
Baca atau tidak , itu lain kes.. Korang yang banyak cakap ni pon macam la g blogwalking selalu.. Yang pasti korang masuk blog rakan rakan rapat je kan atau blog blog popular jer kan ? Haa..toksah la dok perlecehkan blogger baru .. Biarlah mereka 'bermain' sesama mereka .. Selagi tak sentuh isu sensitif , biar je la..
Aku pernah kena gak.. " Do follow me yer " . Geram ? Hahaha.. biar je la.. bila masuk blog dia , baru 4-5 orang je FOLLOWER .. FOLLOW je la kan ? Alang alang dah masuk .
Tips buat blogger baru .. Kalau nak ramaikan FOLLOWER tu , g cari geng geng yang baru buat blog .. Confirm diorng follow semula .. Dan yang dah lama tu , tak payah la berlagak .. Tak setara mana pon blog korang tu .. Sama gak ngan aku .. Tak perlu nak riak macam dah 10 tahun blogging dengan entri yang mantops !