NEW DELHI: Penangkap ular di New Delhi mengalih seekor tedung dewasa dari pusat tenis yang baru dibina untuk Sukan Komanwel minggu depan.
“Kami diminta penganjur kejohanan untuk membantu menyelamatkan ular yang dikesan di Stadium Tenis RK Khanna," kata Kartick Satyanarayan, ketua kumpulan pwerlindungan haiwan Wildlife SOS India.
Semalam, Pesuruhjaya Tinggi Afrika Selatan, Harris Mbulelo Mejeke, mengadu bahawa seekor ular ditemui dalam bilik atlet negaranya di perkampungan sukan itu.
“Jika ular ditemui maka kami tidak boleh meminta pasukan kami tinggal di sana. Ia adalah satu ancaman kepada nyawa atlet kami," Mejeke memberitahu pemberita sebelum memasuki perkampungan sukan itu.
Temasya sukan itu diselubungi pelbagai masalah, iaitu dari penginapan atlet yang tidak sempurna hingga ke aspek keselamatan, termasuk penularan wabak denggi serta insiden jejantas runtuh minggu lalu. - AFP