Aku gi Alamanda tadi untuk cari barang dapur dan nak belanja keluarga aku skit.. Seperti biasa , pasti akan pening untuk makan tengahari. Nak makan kat mana eh ? Pandang wife , wife pandang aku..
“ Cam biasa la bang.. Secret Recipe. “.
Hurmm.. belasah je la.. Aku tak kisah sebab Secret Recipe sememangnya pilihan aku dari dulu. Cepat , bersih dan sedap. Takda masalah untuk aku..
Aku pegang menu dan belek.. Tetiba aku terkedu.. Terbeliak jap bijik mata !
What da ???? Hapa ???? Makanan feveret aku dah bernilai RM21 ??? Sejak bila ni ??? Adoiyai.. Aku tanya adik yang serve kitorang tu..
“ Dik.. sejak bila harga makanan ni naik ? Harga ni dah ditambah GST ke ? “.
“ Aah.. Minggu lepas lagi… “.
Patut la minggu lepas makan pon harga dalam RM70++ walhal makan berdua jer.. Kalau tak , mesti dalam RM50++ jer.. Hurmmm.. Cepatnya diorang kenakan GST ? Takkan seawal ni ? Hurmm.. Tapi sememangnya aku dah diberitahu akan ada barangan ditambah GST pada awal lagi agar bila masuk APRIL , pelanggan tak terasa kenaikkan walhal dah naik pon sebelum tu !
Fuh.. Makanan sedap.. Takde pengurangan pada rasa tapi tetap akan berkira semula selepas ini kalau nak makan luar atau makan di restoran ! Hurmm ..
Selesai makan dan .. Mintak bil ..
Tiada lagi cukai jualan.. Sebab cukai dah dikenakan pada setiap item ! Setiap item yer ! Bukan jumlah yer.. Bukan jumlah seperti sebelum sebelum ni ! Ini bermaknaaa .. bermaknaaa korang pk la sendiri..
Hurm. Gov tax ? Tu korang fikir sendiri la yer.. Gi dapatkan jawapan sendiri .. Patutlah tak ramai orang tadi kat SR Alamanda. Ke sebab belum gaji atau ramai ke IOI Mall ? Aku rasa .. sebab makanan dah mahal ! Apakah kesan jangka panjang ? Apakah rakyat kena bijak berbelanja ? Camana nak menjana ekonomi negara kalau rakyat mula menyimpan duit di rumah memandangkan simpan di bank pon , pengeluarkan akan dikenakan charge juga ? Aiseman.. Lemau gini weh !
Abis tu iklan GST kata .. Hurmmm.. Entah laaa .. Aku malas nak kata lebih.. Korang gi la buat kajian sendiri.. Aku , nak makan budu ngan nasi kosong je kat rumah .. Jimat weh ! Simpan duit untuk masa depan.
Kononnya.. Huhuhu… Wallahualam ..
Sila baca komen komen di SINI