Yup .. satu segmen yang bakal mencuit perasaan kita sebelum tidur .. Sekurang-kurangnya sebelum kita tidur , kita ingat jasa dan pengorbanan mereka seketika dan buat yg telah pergi meninggalkan kita , sedekahkan al-fatihah buat rohnya.
Ok .. Segmen ni lebih pada konsep baru yang aku buat yang mana kalau dulu blogger akan tinggalkan link di ruang komen dan tunggu aku listkan , baru nak blogwalking ( bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan rakan baru ).
Kali ni , aku nak cuba cara baru . Mereka boleh terus blogwalking tanpa tunggu disenaraikan di blog.
PERINGATAN : INI BUKAN SEGMEN MENCARI TRAFIK ATAU I FOLLOW U , U FOLLOW ME ! MEREKA YANG JOIN SEGMEN INI ADALAH KERANA BERMINAT UTK MENYERTAI ATAS DASAR IKHLAS !
Ok , untuk join segmen ni , korang perlu buat satu entri khas ..
- Letak header BENASHAARI.COM
- Tajuk , BEN ASHAARI : PESAN DIA , IBUKU .. dan linkkan ke entri ini .
- Korang perlu ingat kembali apakah pesanan terakhir ibu korang samada tadi ( sebelum tidur ) atau sebelum korang balik ke kolej/asrama mahupun sebelum dia pergi selama-lamanya .. Ceritakan kembali dalam bentuk kreativiti korang dan kalau perlu letak gambar , letak .. Pesanan ini akan kita kongsi bersama rakan-rakan pembaca kita dan mengambil ikhtibar dengannya.
- Siap ? Korang perlu tinggalkan link lengkap ( url entri ) di SANTAI BEN ASHAARI
Mesti akan ada yang tertanya kat situ ? Disitu , rakan rakan yang berada di FB pon boleh masuk dan baca entri korang.. Kira 2 dalam 1 gak la kan ?
Dan tolong jangan spam berkali kali ! Cukup sekali je korang paste entri kat situ yer .. Andai ada entri yang menarik , akan aku jadikan entri pilihan kelak.. Terima kasih .
Tutup , 6 pagi pada 10/1/2012.