Ini surat balasan secara terbuka buat Puan Aishah binti Ibrahim yang mana telah sudi mendermakan duitnya sebanyak 2 juta pounds itu kepada aku. Sehingga sekarang aku masih dalam keadaan terpinga-pinga. Rujuk entri INI .
Kehadapan Puan Aisyah binti Ibrahim ,
Terlebih dahulu saya memperkenalkan diri saya . Saya , BEN ASHAARI from Malaysia. Untuk makluman puan , saya dah baca email puan yang mana puan berminat nak mendermakan sejumlah wang kepada saya dan saya amatlah terharu diatas tindakan berperikemanusian puan itu.
Berkenaan dengan penyakit puan yang mengidap kanser tahap kronik tu yang mana doktor pun dah sahkan yang puan tak boleh hidup lama , saya amat amat mengasihani puan. Kesian kat puan kan ? Tapi kenapa puan pilih saya ? Ke puan dah bagi lebih beribu orang tapi semua tak nak duit tu ?? Hah ?? Habaq mai sat puan ? Eh , terover lak ..
Begini sajalah puan .. Puan pun dah berbincang dengan peguam puan untuk memindahkan duit duit tu ke dalam akaun saya tu kan ? Terima kasih banyak banyak la puan. Ini bermakna saya tak perlu bagi sebarang duit untuk buat sebarang transaksi tu kan ? Ke perlu gak ? Kalau perlu , nak saya tranfer berapa ribu ? Nak no akaun saya ? No pin nak gak ke ? Ke nak mintak no akaun jiran saya gak ?
Puan , saya harap segala permindahan wang puan ke akaun saya itu berjalan dengan lancar. Tak sabar saya nak buat give away kat blog saya . Saya plan nak bagi key chain je nanti .. ok tak ?
Ok la puan .. Saya minta diri dulu la yer .. Oh ya , nanti mintak peguam puan hubungi saya bila puan dah tiada lagi yer. Nak buat tahlil untuk puan .
Puan takda anak perempuan ke ? Leh wasiatkan kat saya sekali .. Leh saya wat jadi maid kat rumah saya ni ha ..
Terima kasih.
BEN ASHAARI
Yes .. tak sabar nak kaya ..