Langit membiru , awan berarak mendung.. sesuai untuk aktiviti bersantai di Universal Studio Japan ketika tu.. Alhamdulillah. Dah tak sabar rasanya nak lihat apa yang menarik sangat USJ ni .. Kalau orang kata USS ( Universal Studio Singapore ) tu best , pastinya USJ ni lebih menarik..
Dan tiba-tiba , si Hello Kitty ni keluar dan bersuara .. Hahahahaha… Aku gelak besar ! Suara dia cute gilerrrrr ! Cute okkkk ! Dan aku tak sabar nak bergambar dengan si kucing pink ni ! Hahaha.. Sabar menanti walaupun masa mencemburui.. Kena cepat cepat !
Olololoooo… Hahahaha… Dia termalu tengok aku.. Tergodakah ? Aku macam Garfields , kan ? Hahahaha .. Adehhh.. Teringat balik saat saat bersua muka dengan si kucing ni , memang buat aku tersenyum.. Wife pon cemburu tengok aku tersengih sengih sambil menaip entri ni.. huhu..
Selesai bermesra dengan Hello Kitty , masa untuk mencuba permainan baru di Elmo’s Go Go Skateboard. Huhu.. Semua kena naik ‘skateboard’ ni.. termasuk aku ! Hek elerrr..
Dan.. hahahaha .. Ok , agak mengerikan jugak la sebab tak leh baca pergerakkan papan gelongsor Elmo.. Dan ilang jap stress aku ! Hahaha.. Terus teruja nak mencuba yang lain pulak !
Destinasi seterusnya… SPIDERMAN-The Ride 4K3D ! Aku tak tau amenda ni tapi menurut orang USJ , SPIDERMAN ni adalah tarikan terbaru di sini dan ianya yang pertama di dunia.
Beratur dan masuk.. naik ‘kenderaan’ sambil mengikuti ‘SPIDERMAN’.. HAHAHAHA.. Adehh.. Ok , seriussss ! Aku tak nak ‘perjalanan’ bersama SPIDERMAN ni berakhir !
Bila keluar dari situ , aku memandang orang yang beratur panjang ! Nasib baik masa tak cukup.. Kalau tak , mesti aku beratur sekali lagi !
x