Haih .. awal pagi , baca akhbar mmg pasti aku akan mengeluh.. Oh , bukan aku saja .. ramai lagi .. Hehe.. Apasal ayat blog aku kebelakangan ni macam nak antar paper kat parlimen je eh ? Koman sangat .. hahaha …
“Remaja ugut sebar gambar bogel pasangan kekasih “
Di SinarHarian , ada berita pasal ni .. Mak aihh .. Camana laa diorang boleh fikir singkat lagu ni ? Tak ke badigol soot buat keje keje gini ? Apa yang diorang buat ? Haaa.. meh aku bg dalam bentuk peringkat demi peringkat.
- Ada sepasang kekasih dok dalam sebuah kereta ni.. Kat Pantai Sura Hujung , Dungun . Apa diorang buat ? Samada main chess atau congkak la kot memalam gini kan ? Pikir positif.
- Datang 3 orang nyamar sebagai penguat kuasa agama. Si mangsa membiarkan mereka masuk ke dalam kereta. Suspek memukul mangsa dan mengarahkan mereka menanggalkan pakaian.
- Selepas tu , suspek mengambil gambar bogel kedua dua mangsa dan mengugut mangsa . Masukkan RM2 ribu ke dalam akaun suspek atau gambar mereka tersebar di internet. ( Lahanat betul manusia gini ) .
- Mangsa takde duit masa tu dan berjanji akan masukkan keesokkan harinya. Nasib baik suspek ni cuma perangai macam syaitan tapi otak lembu .. Diorang pon ok je dan lepaskan mangsa dengan harapan dapat la duit tu . Nampak sangat sekolah tak abis .
- Mangsa buat laporan polis selepas kejadian itu. Esoknya , perangkap dipasang .. dan tertangkaplah suspek. Boleh diorang ( suspek ) datang balik untuk pungut duit tu ? Adoii .. Tapi sorang je yang dapat tangkap . Lagi dua terus ilang. Turut dirampas sebilah parang panjang daripada suspek dan gerakan memburu dua lagi suspek sedang giat dijalankan.
Pihak polis ( polisss jugakkkk .. baik buruk , polisss gak kan ? ) menasihati orang awam agar tidak mudah terpedaya dengan segelintir mereka yang cuba menyamar sebagai penjawat awam . Paham dak ni ?? Walaupun dia kata dia penyapu sampah , jgn percaya !!
Sumber ini dipetik dari SINARHARIAN. Sekian.
Moral .. Baik jadi lembu dari jadi kawan syaitan !