Hurm… teruk ! Walaupun berjaya menghabiskan puasa tapi sangat tidak memuaskan hati .. Hurm .. InsyaAllah nak perbaiki esok !
Hurm… teruk ! Walaupun berjaya menghabiskan puasa tapi sangat tidak memuaskan hati .. Hurm .. InsyaAllah nak perbaiki esok !
Dugaan aku dari Allah .. Sampai sampai kat Low Yatt , jurujual suruh aku ke pusat servis dia nun kat Berjaya Kompleks tu.. Tak jauh tapi dah tutup pon ! Sampai kul 2 petang je dia bukak .. Aku smpai situ , jam 2.09 petang .. Sabor je aa.. Isnin ni kena repeat .. Hurmm ..
Sebelum tu , di tempat parking Low Yatt .. depan tempat aku parking kereta tu , ada sebuah Myvi color gold ni haa ..Pintu penumpang belah kanan dia terbukak . Tuuu , gambar tuuu ..
Aku g belek la .. kot kot ada orang dok tidur dalam tu .. Tapi takde orang la pulak .. Hurmm .. Tengok dalam kereta tu , ada la gak barang dalam tu .. Haih , aku nak tolong tutupkan tapi risau lak nanti aku yang kena ..
Jadi , biarkan je laa kereta tu dalam keadaan begitu .. Kalau benarlah kereta dia dipecah masuk dan ada barang berharga hilang , bermakna dia lagi malang dari aku ..
Insaf sekejap bila mengenangkan ada orang lebih bernasib malang dari kita tapi kita hanya memikirkan nasib kita saja .. Hurmm.. Jauh sekali nak bersyukur ..
Hurm… dari apa yang aku ngan perasan , kalau orang lain dukung atau nak main ngan Qhaliff , dia mmg wat dek .. Muka ala ala sombong dan hilang terus kekacakkan dia .. Hahahah .. Tu belum nak gomol pp dia tu .. Marah giler diaaa .. hahaha ..
Tapi bila aku atau wife yang pegang dan main ngan dia , ketawa macam tak cukup hari .. Gomol dia ? Wat bodoh jer .. biar jer dia dicium .. hahaha ..
3 bulan entah berapa hari dah dia .. Apakah dia dah kenal mak ayah dia ? Rasanya dah pon kan ? Panggil dia pon , dh boleh memaling kat kita sedangkan dok asyik layan perasaan .. hehe ..
Sombongkah ? Huhuh .. tak la .. cuma orang tak biasa main dengan dia .. tu pasal nampak gitu .. hahaha ..
Qhaliff , qhaliff ..
HTC ONE X aku ,retak seribu .. kena g antar tukar skrin . Entah berapa lama pulak kat kedai tu nanti .. Hurm ..
Tensen ? Entah laa .. bab gadget ni , mmg selalu benar tensen .. Tapi semua ni dunia jer .. Biarlah .. Dapat rehat jap dari mengadap hp ni .. Hehe ..
Apa ? Tak nampak ? Tak pe laa.. nampak pon wat sakit hati jer .. hehehe ..
Nak g Low Yatt jap lagi .. haihh .. dalam nak berjimat , makin keluar .. Apa nak buat , salah sendiri ..
Semalam aku ke KLCC dengan Que untuk hadiri satu event tetapi event tu dah cancel terlebih dahulu tapi aku tak tau .. hehe .. Tak pe la , salah aku ..
Sewaktu kat Pejabat Pos KLCC tu , ada sorang makcik ni hampiri aku .. Aku dah tau niat dia .. Eceh.. cam bomoh lak .. Tapi aku biarkan dulu dia menerangkan kehadiran dia tu ..
“ Dik , akak tak cukup duit nak pos barang ni ke anak akak . Duit yang ada ni , cukup cukup untuk tambang balik .. Tadi ada la baki tapi anak akak nak air .. Akak belikan .. Tau tau duit tak cukup untuk pos .. “
Aku malas nak bersoal jawab kat situ . Aku tanya dia ..
“ Jadi , akak nak duit la ni ? “ .
Saja aku cakap gitu untuk kenalpasti apakah dia benar benar nak duit tu hingga sanggup tebalkan muka mintak kat aku .. Hurm..
“ Aah .. “ . Dia jawab . Aku pandang anak lelakinya yang ada dalam pejabat pos ..Kesian hadir lalu ingatkan pada mak ayah aku yang membesarkan aku selama ini ..
Aku bagi sejumlah wang yang dia perlukan dan dia terus masuk ke dalam pejabat pos .. Insaf terbit di hati aku .. Hurm ..
Sebagai anak , kita tau meminta saja tanpa amik kisah mampu atau tidak ayah atau ibu kita tunaikan . Kalau tak bagi , kita akan memberontak , menangis atau buat sesuatu hingga mereka kasi ..
Bayangkan jika mereka terpaksa call kawan kawan atau sedara mara untuk meminjam duit semata mata memenuhi kehendak kita .. Hurm .. Kita tak sedar pon semua ni sehinggalah ianya berlaku depan mata kita sendiri ..
Haihhh …
Dalam entri entri aku yang lepas , betapa egonya aku mengatakan aku boleh melakukannya sendiri demi untuk menjimatkan sekurang-kurangnya , RM10-15 ! Baca kat Ambik kesempatan nampak Mat Bangla ni !! dan Jangan bagi isteri membebel !!
Tapi hari ni , setelah sakit mata aku melihatnya disertakan dengan kemalasan tahap maksimum serta datangnya bulan Ramadhan , aku mengalah juaa .. TERPAKSA !
Lagi pun lalang dah naik serupa macam padi dah bunting .. Tunggu masa untuk menuai jer .. Hahaha .. Tu pasal aku kasi je kerja ni kat abang la ni .. Lagi pon kasi la duit poket untuk Ramadhan ni ..
Bukan takat potong je , rumput rumput tu pon diorang sapu kasi clear .. Ok la kan ? Lagi pon bukan depan jer , belakang pon sekali .. Haa ..
Sebelum dan selepas .. hahahaha .. Kalau aku ? Nak cabut satu satu ? Gamaknya Qhalif kena urut pinggang aku malam ni .. Dengan serai serai tu aku suruh dia sapu bersih !
Abang La tu kata RM10 je tapi memandangkan dia tak berkira untuk tebas pokok serai tu , aku uupppp lagi RM5 .. hehe .. Ok la .. dia buat kerja pon kemas .. bersih .. Janji cun sampai hujung tahun .. Hahahah .. Setahun sekali je.. Lagi pon tak lama lagi nak pindah daah ..
Ada rakan tanya aku camana aku boleh buat link blog berada di blog blog lain ? Jangan kan dia , aku sendiri pon tertanya gak memula camana nak buat gitu ? Setiap saat aku dok pk camana nak buat ..
Tapi tu dulu laa .. sewaktu aku mula nak mula blogging .. Terfikir gak camana nak buat ? Aku nak mintak kat orang suruh letak , aku ni jenis berat mulut .. Kalau ada yang sudi tegur aku terutama di Facebook ajak tukar link , aku ok je ..
Tapi aku memilih gak masa tu .. Hehe .. Bukan pilih blog tu popular ke tak tapi memilih blogger tu rajin ke tak update blog .. Wat pe nak tukar dengan blog yang hari ni update pastu lusa dah buat blog lain .. Haaa..
Kemudian aku fikirkan cara terbaik buat aku masa tu .. Dengan kekerapan aku buat segmen waktu itu , aku jadikannya antara segmen yang berjaya menarik ramai blogger bertukar link antara satu sama lain .. Kesannya, ada yang berjaya dapat pembaca blog yang baru dan ada yang kurang .. Yang kurang tu , mintak maaf la yer .. mesti ada yang tak kena kat mana mana tu ..
Bagaimana nak tukar link ni ? Ok , hari ni aku ada buat satu segmen untuk blogger bertukar tukar link url sesama mereka . Korang boleh cuba laa .. Sekurang-kurangnya mencuba kan ? Bukan kena bayar pon untuk mencuba dari tak cuba apa apa …
Kalau nak try join , klik SEGMEN BEN ASHAARI : BLOGLIST RAMADHAN 2012 /1433H ni dan ikut je arahan .. Pastikan kita sendiri aktif update .. Baru adil , kan ?
“ Daddy , jangan ganggu Qhaliff okeh ! Apa apa , juz Whatsapp je .. Nanti bangun Qhaliff balas .. Tak sure lagi .. Pastikan susu siap dipanaskan , okeh ? Kalau takkk ?? Haaa .. “
Cuba laaa dia cakap cam tu !! Aku sunat jugak dia nanti !! Haaa .. Cuba cakap camni ..
“ Alhamdulillah .. Biarlah Qhaliff tidur dengan lena sekarang ni .. Nanti dah baligh , Qhaliff pening dengan masalah dunia .. ok daddy ? Mana HTC daddy ? Nak layan game sat … “
Cari pasal namanya ni !
Pernah dengan GUSHCLOUD? Hehe .. aku rasa pasti ramai belum pernah kan ? Ok .. sedikit pengenalan mengenainya ..
GUSHCLOUD.COM adalah social discovery network yang menghubungkan pengguna internet ke kandungan Gushworthy content dan jenama dlm cara yang tersendiri .. Menghiburkan dan mudah untuk mereka yang memiliki akaun mengakses cerita cerita terkini yang mereka minat dan juga mengetahui cerita cerita terbaru dunia masakini .
Apa itu GUSH 2O12 ?
GUSHCLOUD akan melancarkan GUSH 2012 yang dimulakan dengan siri konsert di San Francisco, Singapore dan Malaysia. Dengan ini satu pertandingan GUSH CHASE diadakan ..
Apa itu GUSH CHASE ?
Pertandingan yang diadakan khas untuk mereka yang berada di Singapore , Malaysia dan Australia ini adalah untuk mencari seorang yang cukup berpengaruh dalam laman media sosial untuk cover The Gush 2012 San Francisco pada 25 Aug 2012 nanti .
Dijangka 4000 orang hadir di konsert yang akan diadakan di Fort Mason, San Francisco ..
Manakala 2 pemenang akan dijemput untuk cover the Gush 2012 Malaysia konsert.
Percarian ini bermula pada 4 July dan berakhir pada 6 August
Hadiah :
1.Segala perbelajaan 4D3N untuk pemenang utama termasuk seorarang rakannya ke San Francisco, termasuk tiket penerbangan , penginapan dan juga pengangkutan . Elaun sebanyak $120USD setiap seorang .
2. Akan cover event dan juga temuramah The Cab, Hellogoodbye & Mayday Parade.
3. Be featured on 9X – a hip and alternative TV slot on TV9.
Kelayakkan :
1. Mesti berumur melebihi 14 tahun pada 25 August 2012.
2. Mesti memiliki 3 akaun social media platforms seperti :
- Instagram
- Youtube
- A blog
- Facebook
- Twitter
Untuk keterangan lanjut , sila ke http://gush2012.com/.
Bagaimana nak menyertainya ?
Mula-mula ke http://www.gushcloud.com/ . Kalau belum ada akaun GUSHCLOUD klik SIGN UP HERE dan lengkap segala butiran yang diperlukan .. Kejap je tu ...
Kalau dah ada akaun GUSHCLOUD , boleh je terus SIGN IN .
Pastu , lengkapkan segala butiran peribadi dlm ni haa ..
Pastu klik JOIN AS INFLUENCER ..
Tu jeeee .. Abiss dah .. Senang je kan ? Haaa … Hanya beberapa langkah jer .. Tapi camana nak menang ?
Kongsikan event ni dlm mana mana platform laman sosial yang korang ada .. Lagi ramai yang join , lagi tinggi peluang nak menang ! Contoh cam aku punya link yang mereka dah sediakan ialah ,
“ http://www.gushcloud.com/user/ben_ashaari “
Jadi , mana mana yang join bawah link ni , aku kira dpt point la.. Lagi ramai , lagi bagus la kan ? Bukan sekadar pertandingan tapi macam macam boleh dikongsikan bersama dalam laman sosial yang baru ni ..
Untuk keterangan lebih lanjut , korang leh g baca di http://www.gushcloud.com
Semoga berjaya !
Sempena bulan Ramadhan ni , apa kata kita bertukar tukar link blog untuk tempoh sebulan ? Yelah , dalam pada masa sama , kita boleh dapat pembaca baru dan juga menambahkan lagi kenalan . Paling penting , kita boleh tau entri entri yang bermanfaat dari rakan rakan yang lain ..
Bagi aku , pertukaran bloglist ni mmg berbaloi la .. Terbukti memberi kesan pada blog blog yang baru nak mencari tapak untuk mengembangkan lagi sayap mereka .. Eceh ..
Caranya ? Ikut je arahan kat bawah ni . Wajib ke buat entri ? Yup , sebagai tanda persetujuan untuk menyertai pertukaran link ni .. Kira cam ada kontrak laa .. ok ? Jom … Mula- mula ..
Letak header BENASHAARI.COM
Sediakan satu entri khas yang bertajuk : BEN ASHAARI : RAMADHAN 2012 /1433H dan linkkan ke entri ini
Jelaskan kenapa mereka patut pilih blog anda ?
Tinggalkan link url korang di ruangan komen ini .
Bahagian penting !
Sediakan satu bloglist yg baru bertajuk RAKAN BLOGGER RAMADHAN 2012
Sila pilih blog-blog yang korang minat untuk bertukar tukar link.. Masuk ke blog mereka , kemudian tinggalkan pertanyaan di ruang komen tersebut , dengan ayat yang bertulis begini ..
“ANDA BERMINAT UTK MENUKAR LINK BERSAMA SAYA ? “
Dan jika blogger tersebut bersetuju , maka sila balas kembali lawatan ke blog mereka dan tinggalkan komen di entri segmen ini dengan ayat ..
“ YA . SAYA BERMINAT DENGAN TAWARAN ANDA “
Selesai perjanjian , maka masukkan link blog masing masing ke dalam bloglist tersebut dalam tempoh 24 jam. Selepas 24 jam , kembali pastikan link anda dah dimasukkan . Jika tiada , sila kembali tanya pada blogger tersebut. Jika tiada respon, remove link dia ! Senang citer .. Tak yah gaduh gaduh .. ok ?
Setiap bloglist boleh memuatkan lebih 200 blog. Maka pandai pandai la pilih yer ..
Bloglist yg dah diwujudkan itu akan kekal sehingga hujung RAMADHAN 2012 dan selepas tamat tempoh perjanjian , secara automatik blogger ada hak untuk hapuskan bloglist tersebut berdasarkan persetujuan di segmen ini . Cam lawyer lak aku… hehe..
Pertukaran link blog ini adalah salah satu usaha untuk menambahkan dan menukar pembaca di kalangan blogger sendiri. Ini bukanlah satu segmen utk tarik trafik atau untuk jadi popular .
Dengan cara ini juga diharap dapat meningkatkan lagi semangat blogging .. InsyaAllah ..
Aku sekadar membantu .. Bloglist aku ? Padat dah.. ni pon berat dah pon masa loading..
Tamat segmen ini , jam 11.59 malam , 20/7/2012 . Tiada penyenaraian list dibuat . Geledah je kat ruangan komen ni yer ..
Terima kasih .. A
Ahaaa .. Abiss laaa .. pasni Qhaliff kena jaga dah adik dia … Tak leh dah nak bermanjaan dengan daddy dahh .. Tak leh dah nak melekap kat dada daddy cam spiderman tu haaa . Kasi can kat adik lak .. eh ?
Tapi , bila mak pregnant ?? Berapa bulan dah ? Qhaliff mesti confius punya .
Jangan risau la Qhaliff .. Yang pregnant ni , daddy je .. Tak tau bila nak due .. Ikut kiraan , sejak Qhaliff balik ni , daddy dah disahkan mengandungi lemak lemak yang semakin menebal tanpa kira ruang ! Semua penuhhh .. penuhhhh ..
Nasib baik laaa Ramadhan menjelmaa .. InsyaAllah , segala lemak akan dibasmi dan dibendung kenaikkannya .. Apakah baju raya aka baju nikah muat untuk dipakai lagi ? Sama sama kita tunggu 1 Syawal nanti .. hehe ..
Sian tak beli baju raya ? Hehe.. tak pe.. Utamakan yang penting terlebih dahulu .. Apa kehe sangat la baju raya tu kan ? Yang penting , hensem tetap ada ..
Alhamdulillah ..sedar tak sedar walaupun ada yang menghitung hari , kita dah masuk ke bulan Ramadhan . Peliknya , ramai yg kenal bulan Ramadhan dan Syawal dari bulan bulan yang lain . Tapi tak kisah la, janji kena dua bulan ni dari tak kenal langsung , kan .. ehe …
Dan , pertukaran header blog aku ni seiring dengan kehadiran si kecil dalam hidup aku dan juga wife yang telah menyerikan lagi kehidupan seharian kami .. Alhamdulillah , syukur pada Allah ..
Buat yang tak tau , ini adalah header yang ke entah berapa kali aku tukar dah .. hehe .. Tapi tak la sekerap dulu.. Tahun ni baru 2 kali kot ? Nak tukar selalu sangat , nanti pembaca keliru lak .. hehe ..
Mari kita imbas kembali header header yg pernah aku guna di blog ni dulu ..
Sungguh pon buruk , ianya tetap sejarah .. hehe ..
Ni header sbb pertama kali masuk dalam majalah RAPI .. hehe
Antara header yang sering mendapat kontroversi. Konon pacak muka.. Hahaha ..
Hehehe .. Ada lagi , tapi tak tau la mana aku letak dah ..
Apa pun jutaan terima kasih buat Que Achmad kerana telah sudi membuatkan header ni walaupun dia amat bz giler .. Sempat gak siap eh .. hehe .. Thanks bro dan juga rakan rakan yang sering membaca entri di blog ini .. Terima kasih dan selamat menyambut Ramadhan
Jom Beli Barang Raya@Putrajaya 2012
Tarikh : 25 hingga 29 Julai 2012
Masa : 10.00 pagi - 10.00 malam
Tempat : Presint 2, Putrajaya (Berhadapan Bazaar Ramadhan)
Gaji dah keluar kan masa ni ? Silalah pergi berbelanja dengan berhemah . Beli apa yang patut saja .. Ingat susah di kala senang dan ingatlah senang di kala susah .. Eh , camana tu ? Fikirlah sendiri yer ..
Ada ke ilmu pasal blog ni ? Hahaha .. entah laa .. Aku tak ‘sepower’ otai otai blog di dunia maya ni .. Apa yang aku tau , aku taip jer dalam blog aku .. Takde sebarang tips tips menarik untuk dikongsi bersama Qhaliff ..
Qhaliff kena belajar merangkak dulu baru boleh bercakap mengenai bertatih .. Kalau awal awal dah pasang nak jadi pelari pecut dunia , maka kena cermin semula muka tu .. Bukan tak boleh , tapi ukur la kemampuan tu dulu .. Bak kata orang tua tua , ‘ Sedar la diri hang tu skit ‘ ..
Bila sampai masa untuk berlari , baru boleh pasang cita-cita .. Yelah , apa apa pon belajar dari bawah .. kan ? Kalau tak , takkan tau susah senangnya dunia ni haa ..
Faham Qhaliff ?
“ Belasah je la daddy .. Janji 1Malaysia ! “
Sebelah pagi , Qhaliff mmg akan bangun sama ngan mak dia .. Pastu nak tidurkan dia , kena amik masa 2 jam .. baru dapat nak lena ..
Bagi susu kat dia .. susu ibu yer .. Kang ada dok tanya lagi , aku bagi susu formula ke .. Hehe .. Jadi , aku jawab awal awal la yer .. Haa ,bagi susu kat dia .. 4oz ..
Pastu ajak main jap .. dan layan youtube .. cerita budak budak .. Seronok diaa.. Kaki tangan semua bergerak cam dapat ipad lak gayanyaa .. Bila dah start .. dia diam .. tengok jer .. Macam faham !! Huh .. Bila dah abis , dia mengeluh .. Huhu ..
Pastu dodoikan dia dengan cara baik punyaaa .. Aku duduk atas tu , pastu buaikan.. Dalam 10 minit , mmg selamat punyaa .. Confirm mata tertutup , dan baru leh letak dalam rocker dia ..
Bila dia dah tidur , barulah aku dapat buat kerja aku .. hehee .. Sebelah siang , dak kecik ni , mmg akan lena.. Tambah pulak cuaca sejuk je ni .. Tapi tengahari kang , mmg liat dah nak tidur .. Jadi , sebelum dia bangun , aku nak tidur jap .. hehe .. Jeles ? Hehehe ..