Gi lawat pakcik aku semalam di HKL. Akhirnya , aku tengok dia tersenyum riang setelah berminggu dalam keadaan kesakitan selepas operation yang pertama .. Sebenarnya , dah banyak kali kakinya dibedah namun punca kepada segala kesakitan tu tak dapat dikesan. Rasanya segalanya bermula dari luka kecil jer.. lalu merebak dan terpaksa dibedah. Takde kaitan dengan kencing manis atau darah tinggi. Menurut doktor , sakit saraf.. Berubat kampung pon dah.. Cara alternatif pon dah.. Jap ok pastu sakit balik.. Hurmm..
Bila kita tengok orang sakit begini , baru kita tau betapa nikmatnya anggota badan serta panca indera kita yang dianugerahkan dariNya. Bila ditariik balik , waktu baru terasa betapa ruginya kita tak pergunakan dengan sebaiknya.
Dan malam tu, secara kebetulan .. aku terlayan satu video di Facebook .. Allahu Akhbar.. betapa benarnya video ini ! Dan betapa malunya aku pada Allah..
Hurm…