Alhamdulillah.. selesai kerja aku ari ni seperti yang dirancang. Terima kasih pada si dia yang sanggup temankan aku dan bawak anak anak sekali. Sian diorang asyik kena tinggal.. hehe..
Di Times Square.. Aku bukanlah nak pergi sangat sini tapi terpaksa pergi.. Nak gi amik Sony Xperia Z3 aku yang dah siap repair tu.. Maka , pilihan untuk parking kereta ialah Times Square sebab banyak parking dan mudah nak keluar dari sini dan terus ke MEX.. hehe.. kena rancang betul betul.. elakkan jammed wooo !
Dari tingkat 3 , aku nak turun ke tingkat 1.. Qhaliff nak aiskrim Baskin Robbin. teringin sangat dah dia tadi.. Dia nampak sewaktu nak ke Plaza Berjaya.. Aku janji nak belikan dia selepas amik hp tu.. Dan dia menagih janji aku wooo ! Hahahah..
Ikut hati aku nak turun guna ekslator jer.. tapi memandangkan terlalu panjang jjarak ekslator tu , maka tak sesuai laa.. Nak tak nak , tunggu lif..
Hurm.. tunggu lif ni , memang satu penyiksaan.. Aku sekeluarga berdiri lama dah depan lif.. Bila sampai lif, tengok tengok , orang muda muda jer dalam tu.. Tunggu la lagi..
2,3,4 ,5 kali lif singgah semua penuh. Aku dah putus asa. Aku ajak wife tunggu lif di bahagian lain..Terus aku berlalu dari situ tapi wife masih berdiri depan lif.. Tiba-tiba ada lif berenti di tempat asal aku tunggu tu.. Dan terus diserbu dek anak anak perempuan muda muda belaka ni haaa… Masuk buat muka seposen. Takde rasa bersalah sungguh..
Dan aku geleng terus kepala depan diorang.. Menyedihkan ! Kat sekolah tak belajar kot adab ? Dahulukan orang yang lebih tua ! Ekslator berlambak !! Tapi nak jugak guna lif !! Aparaaaa…
Satu nasihat la untuk rakan rakan .. Kalau nampak orang yang lebih memerlukan , bagi laaa.. Jangan pentingkan diri sendiri.. Hari ni hari kita.. esok lusa ? Tak kena kat kita.. kena kat orang tua atau anak cucu kita.. Selagi terdaya , berikan pada yang dah tak berupaya..
Bayangkan aku dukung Qhaliff yang dah 14 kg tu ! Aku lepas , dia lari sana sini.. Bila berlaku kemalangan , tahu pulak keyboard warrior salahkan mak pak ! Walhallll .. haaa ! Ni aku malas ni .. Kang aku start berleter…
Kalau kita ada rasa tanggungjawab.. kita amik tahu hal orang lain , inshaAllah banyak kejadian buruk mampu dihindarkan ! Lantak pi la diorang nak marah ke apa asalkan ada nyawa yang terselamat !