Oh ya.. beza aku dengan blogger yang dah beratus ribu ialah aku buat entri dimana mana aku berhenti... walaupun 5 minit , aku akan capai laptop dan update terus.. cerita aku ialah apa yang aku nampak dan rasa waktu itu .. maknanya , segar dari kepala otak ni ha.. Walaupun tak cecah beratus ribu , beribu dah cukup bermakna bagi aku .. kenapa ? Sbbnya mereka yang datang sendiri ... bukan aku masuk tv baru depa nak mai ... Guna akal bila nak komen ..
Aku bukan sakit hati atau nak melenting.. maaf .. aku malas nak layan ..tapi jenis gini , kena bagi kamus blogging skit .. Komen guna akal , mata dan ilmu ... Bukan guna tekak...
Aku sebenarnya terfikir .. mana yang lebih memuaskan hati korang .. Yang pertama .. kaya dengan hasil titik peluh atau kaya dengan harta keturunan ? Cam aku la kan .. aku tak tau la camana rasa dengan harta keturunan tapi bapak aku ajar dari kecik .. kalau nak apa apa , usaha sendiri ! Aku mula memandu kereta bila umur aku dah cecah 32 tahun ... baru 2 tahun lepas aku memandu iaitu bila aku dah kawin ... Kenapa ? Sbb sebelum tu aku tak de kereta .. duit aku hanya digunakan untuk membazir beli gadget , pakaian dan akhirnya menyesal takde simpanan.. Alhamdulillah , tersedar dari lamunan , akhirnya aku simpan dan kawin dengan duit sendiri... TUNAI ! Tak pinjam dari mana mana along mahupun bank .. Apakah aku berpuashati ?? Ya aku berpuashati sangat sangat ....
Gamaknya kalau guna harta keturunan tu camana la yer ? Ada sapa leh story skit ?