Kalau korang antara insan yang rajin 'melepak' sambil menelaah dunia media sosial terutamanya Facebook , pasti korang akan jumpa insan insan yang sebegini... " Pm harga " atau paling tidak pun , " Harga berapa yer ? ".
Aku tau... korang pun pernah gitu gak kan ? Aku pun gitu gak... Biasa jadi begitu bila iklan mereka sekadar ada caption dan gambar. Kemudian mintak 'pm' andai berminat. Ok , ini takda isu ! Normal dah bagi aku. Mereka ada strategi masing masing.. Dunia bisnes dalam media sosial sangat mencabar. Kawan boleh jadi lawan.. lawan boleh jadi kawan !
Bawa Aariz berjalan di pagi hari.
Yang menjadi isu ialah... Bila ada ayat begini di dalam caption iklan tersebut... ' Untuk keterangan lebih lanjut , sila ke ... '. Paham tak maksud aku ? Kalau orang tu nak tau harga , camana nak beli , barang buatan mana atau jenis jenis serta gambar.. maka segalanya ada di dalam web , FB Page, Instagram atau sebagainya laa.. sebab tu dia suruh gi tengok kat sana ! Macam macam ada ! Tapi mereka tak berminat nak baca.. lebih gemar berttanya dan bertanya.. pastu senyap ! Bayangkan jika ada ramai bertanya pada masa yang sama atau si peniaga tu cam aku.. ada 3 orang anak nak uruskan walhal dia dah permudahkan hidup orang lain dengan menyediakan web dan sebagainya.. kenapa masih nak bertanya ??? Lain la info yang dia nak tau tu , takda dalam web tu seperti , jiran saya dah beli ke belum ? Haaaa..
Rajin rajin la membaca. Walaupun takda masa , apa kata save link tu dulu.. baca kemudian. Kalau anda tergolong dalam insan buta huruf dan hanya pandai menulis , saya memahami. Tau sangat perasaan orang gini. Pandai menulis tapi tak reti membaca.. Jangan risau , anda bukan keseorangan. Boleh tubuh Persatuan sebenarnya... cuma tak tau sapa presiden je nanti.
Nasihat aku.. sebelum komen di mana mana iklan online , rajin rajin baca komen orang dulu. InshaAllah jawapan dah memang ada di situ.. dan yang penting , baca keterangan iklan tu sampai noktah terakhir.
Salam Maal Hijrah.