Baik nak tarik nafas lega. Hahahaha.. Seminggu lepas , kena dah. Rasanya dah 2 kali beturut ni ! Dan sememangnya ulser cukup aku takuti selepas melihat sendiri bagaimana arwah arwah mendapat kanser mulut bermula dengan ulser ! Hurmmm.. Semoga Allah jauhkan kita dari penyakit berbahaya gitu.
Ada baik dan buruknya bila kena ulser ni. Hahahaha.. Bukanlah buruk tapi agak menyeksakan. Huhuh.. Baru kena ulser dah terseksa kan ? Bayangkan di akhirat kelak.. Berapa punya seksaan menanti kita andai kita tergolong dalam manusia yang engkar. Huhuh... Semoga Allah ampuni kita semua.
Ok.. Awalnya aku cuma amik Bonjella. Tapi macam tak beberapa menjadi jer. Kepedihan disebabkan ulser membuatkan aku kurang selera nak makan walaupun nafsu nak makan tu ada. Tapi baguslah. Dapat leankan badan skit. Hehehehe.. Tu yang hari hari makan telur setengah masak , 6 bijik sehari. Walaupun telur mahal , bagi aku ianya sumber protein yang bagus.
Aku cerita pada rakan gym aku, Boboiboy ! Bukan kartun tuuu.. Katanya , dia senantiasa standby Oral Aid bersamanya. Jika kena , digunakan dengan segera dan kesannya dalam 3-4 jam jer ! Fuhhh.. aku punya dekat seminggu gak la nak baik sepenuhnya. Huhuhu..
Kali terakhir aku kena , minggu lepas. Hilang selepas aku gi makan besar di Utan Cafe. Fuh... berbaloi makan besar weh ! Situ kalau makan tengahari atau malam.. beramai ramai, perghhh.. Puashati kau nakkkk. Sampai ke rumah masih kenyang giler. Mahal ? Tak pun... Ha , terlupa lak nak story. Hahahah.. Aku makan budu ngan sambal belacan. Dia punya pedih.. perghh.. Tapi pastu elok terus. Alhamdulillah... lega sangat aku. Huhuhu..
Hari tu , wife ada beli satu lagi ubat ulser ni kat Alamanda. Tapi aku tak guna la lagi sebab ulser hilang dah. Takkan saja saja nak bubuh lak kan ? Ubat ulser ni ada banyak jual kat farmasi. Gi je tanya kalau tak tahan sakit.
Sebenarnya aku tahu kenapa aku kerap kena ulser ! Huhuhu.. Semalam , aku makan makanan panas. Dan selepas tu , terasa sakit di bibir atas. Lokasi lain lak. Pagi tadi aku bubuh dah Bonjella. Ha , kena kerap bubuh Bonjella ni untuk cepat baik.
Dan satu lagi faktor ialah.. hee... kurang air ? Hurmm.. Kalau aku tak gi gym , memang kurang air la. 2 hari ni memang tak gi gym sebab jadi suri rumah sepenuhnya. Wife outstation. Huhuhu..
Ok.. jom tengok punca punca kenapa ulser singgah di mulut kita. !
- Stress ! - aku rasa kebelakangan ni memang aku stress skit. Banyak masalah timbul serentak tapi aku dapat kawal dengan baik. Tak guna nak stress pasal orang. Bab duit , itu rezeki. Kena rajin mintak dariNya dan berusaha. Jangan pandai mengeluh jer.
- Jangkitan virus - Aku ? Hurmmm.. tak kot.
- Perubahan hormon dalam tubuh badan - Rasanya macam yer gak. Makin kacak je aku tengok diri aku sendiri , sekarang ni. Jatuh cinta lak. Ehhhh..
- Faktor genetik dan keluarga - Erk....
- Penjagaan mulut yang kurang baik - Huih... mana bisaaa !
- Luka akibat trauma daripada proses mengunyah atau ketika memberus gigi - Rasanya yer gak kelmarin. Maklumlah , dapat berus gigi baru yang aerodinamik gitu.. Hee..
- Kekurangan vitamin seperti vitamin B, C dan E - Hurmmmmmmmmmmmmmmm...
- Sesetengah jenis ubat - Ni sila rujuk doktor yer..
Kalau dalam masa 3 minggu tak sembuh gak.. Haa , korang kena rujuk doktor yer. Jangan main main. Mana la tau kot kot ... malas nak sambung. Pandai pandai la gi buat pemeriksaan tu yer. Dan untuk kes aku ni , aku nak cuba Bonjella dulu..
" Boboi , mana Oral Aid aku ???? "