Dulu aku tak endah atau amik kisah sangat semua ni ! Bukan urusan aku ! Mereka yang 'digajikan' , akan uruskan semua ni. Termasuklah pejuang pejuang alam semulajadi ! Ah, lantak laaa.. Aku bukan hidup lama pun. Esok lusa mati !
Tapi kejahilan aku tu terlerai bila aku melihat sendiri lautan di negara kita ini , penuh dengan sampah sarap.. penuh dengan botol botol plastik ! Paya bakau , hutan hutan malah di sekeliling aku penuh dengan sampah sarap ! Negara yang bersih kononnya.. eksport sampah sarap mereka ke negara tercinta aku ni ! Sampah tul !
Wife aku yang dah lama sedar akan masalah ni , membuat inisiatifnya sendiri. Dia mengumpulkan segala sampah sampah yang boleh dikitar semula dan menjualnya di Pusat Kitar Semula Presint 9 di Putrajaya.
Malah ketika aku sampai di pusat tu dalam jam 4 petang , banyak kenderaan kenderaan diletakkan di situ. Rupanya ramai rakyat Malaysia yang peka akan masalah ni dan membantu membersihkan bumi dengan cara yang sebetulnya. Tahniah !
Nahhh.. sekarang aku ajak korang lak ! Jangan tunggu sampah sarap melepasi KLCC seperti mana di India yang mana sampah sarap di negara tu dah melebihi Taj Mahal tingginya ! Gulp..
Berikut adalah senarai barangan yang boleh korang jual dan dapat duit ! Haaa, kiranya untuk dikitar semula la.
Jom Rakyat Malaysia, Kitar Semula!
♻ Bersempena Bulan Kemerdekaan tahun ini, Yayasan Inovasi Malaysia bersama- sama iCYCLE (M) Sdn Bhd dan Pan Pacific South East Asia Women Association (PPSEAWA) akan menjalankan pelbagai aktiviti menarik antaranya;
🏃 Plogathon (Plog, Run, Win) #Clean Up Fun Run
🎤 ChitChat:Inovasi
🤹♂ Zon Interaktif
🔍 Pencarian Perintis iCYCLE
Jadi RAMAI-RAMAI kita bersama mengindahkan Malaysia yang tercinta❤ dengan menyertai program seperti tentatif berikut :
🗓 Tarikh : 17 Ogos 2019 (Sabtu)
🕖 Masa : 7.30 pagi
📌 Tempat : Pusat Komuniti, KRT Taman Seri Rembau Fasa 2
Ahahaa ! 50 YANG TERAWAL MENDAFTAR AKAN MEMILIKI T-SHIRT DAN KIT PROGRAM YANG MENARIK !!!