Maaf yer.. aku pasti ramai yg meluat dgn entri Nuffnang td.. Aku bukan nak tunjuk trafik yg mencanak mengarut tu.. serius..tk menarik langsung sbbnya aku pernah dpt lg menarik dari tu..
Tujuan aku hanya untuk memberitahu ttg masalah teknikal (mungkin) yg berlaku pada Nuffnang memandangkan ramai yg letak Nuff di blognya..
Tak perlu korang nak terasa hati atau nak rasa bengang dengan aku sbb korang boleh dapat semua bila bila masa jer kalau korang nak ! Masalahnya ada yg tak mahu mencuba sehabis mungkin..
Jangan terlalu bergantung dgn cara klasik...korang kena fikirkan cara lain ..Gunakan kreativiti serta kelebihan korang tu..Aku yakin korang boleh jadi lebih bagus dr mereka yg korang anggap otai..
Aku sendiri masih merangkak..SeTahun jagung lagi aku ni.. Oleh itu, buang perasaan negatif terhadap blogger lain sekiranya ingin maju dgn penuh bergaya ! Tak berbaloi ada 'hitam' dalam hati hanya kerana dunia maya ini. Sepatutnya kita merapatkan lagi persahabatan dan bukannya mencipta musuh ..
Ingat, walaupun 1UV trafik korang tu, korang patut berbangga kerana korang mencarinya dengan usaha sendiri !!! Dengan hasil penulisan yg korang sendiri .. Maka berbanggalah wahai sahabatku ... berbangga kerana dulu cikgu korang je yang baca karangan korang tu .. skang ?? Ramai woooo ... Tak kira apa pangkat dan jantina , mereka membacanya .. Jadi , perlukah nak ada rasa iri pada mereka yang sememangnya terlebih dahulu bernasib baik ?? Hari ini hari mereka... sapa tau esok lusa korang pulak ? Dan waktu tu kalau ada yang hasad pada korang lak , sapa nak tolong ??
Fikir fikirkan bersama .. hehe.. aku pon kena pk gak .. ;)