Jangan dilayan yang tak patut dilayan ..
Dari dulu sampai skang , isu bas mmg tak abis abis.. dari bas ekpress , bas awam ( bas henti henti orang kata ) dan bas sekolah ..
Aku pasti ramai pernah ada pengalaman dengan bas awam ni .. Kalau diorg diatas jalanraya , pemandu tu bawak seolah olah jalan tu diorng yang punya ..
Banyak kali berlaku pada aku , bila bas awam ni bagi signal nak masuk laluan kita , diorg terus masuk jer .. tak de makna nak tunggu tunggu.. Kalau kita ? Haram diorg nak lepas .. Boleh kira berapa kali je diorg bagi kita lalu.. Ini pengalaman aku yer..
Tadi .. ada sebijk bas awam di Putrajaya .. marah kat aku.. hehe.. nape dia marah ? Sbbnya aku tak bagi dia lalu .. camana aku nak bagi dia lalu sedangkan tu laluan laju .. kalau aku berenti , mahu mahu ada kereta belakang bantai aku .. Dan kenapa dia sabar je tunggu ? tunggu je la kan ... sampai clear , masuk la... haih..
Berlalu dari situ , 300 meter dihadapan ada lampu merah .. Aku berenti , dan dia pun berenti sebelah aku.. Dia jengah kat tingkap tengok aku .. Aku tengok dia balik .. Apahal ?? dia ingat dia besar pastu semua kereta kecik kena tunduk ? Heloo... ikut la peraturan ...
Aku tau.. dia nak balas dendam .. Lampu hijau dinyalakan.. Seperti yang aku jangkakan .. dari lane kiri aku terus dia pancung aku untuk masuk ke selekoh .. Heh..Dia ingat aku hairan ?? Aku pecut dari arah kiri ... pancung dia belah kanan dan berada di depan dia balik..
Kemudian aku pandu pelan pelan .. kasi bakar dia .. hahahha.. padan muka dia ... Apa dia ingat aku takut sangat ?? Sikap pemandu bas ni mmg aku tau lama dah.. Keluarga aku sendiri terdiri dari pemandu bas.. maka aku tau dah.. Dan aku membesar dengan menggunakan pengangkutan awam ! Dari kecik sehingga ke besar aku guna bas... skang ni je baru guna ERL dan LRT.. hehe..
Yer..aku tau.. bukan semua pemandu bas gitu... ada yang bagus tu bagus.. kan kan ?