Hurm ..terima kasih atas segala komen korang tu.. terharu aku baca.. celik mata tadi terus tengok blog.. hahaha... nak wat camana kan .. kang biar berkarat kat situ , tak best lak ..
Ops.. Salam dan selamat pagi.. hehe..sementara aku masih ingat nak taip apa ni , baik aku taip dulu.. Ada pertanyaan dalam entri lepas , justify , bahasa alien , cik adik dan cik akak tu .. Penggunaan bahasa penting untuk mendidik pembaca kita terutama buat yang masih belajar .. Kita tak tau sapa yang blog kita ni ..Jadi penggunaan bahasa standard 'menyelamatkan keadaan' ..
Penggunaan bahasa standard mmg tidak akan membuatkan blog kita tu popular tetapi ianya juga mampu menjadi SEO yang baik dalam blog kita .. Mampu menjana trafik disebabkan beberapa keywords yang kita 'tak perasan' ..
Jangan lupa , bila menjadi blogger , kita sendiri secara automatik menjadi 'pendakwah kepada pembaca .. Segala tulisan kita , yang baik akan mereka 'dengar dan ikut' dan yang buruk mereka jadikan sempadan ..
Ok ? Terpulang pada citarasa blogger masing masing .. Aku bukan nak mengajar atau nak menegur .. Aku sekadar memberitahu apa yang aku tahu .. Nak ikut atau tidak .. blog masing masing ..
Penggunaan widget ni .. Mmg cantik blog .. serius , aku pon suka tengok .. cuma kita kena 'bertimbangrasa' kepada pembaca sbb masalah loading .. Ada pembaca (ramai woo ) mempunyai masalah internet yang lembab .. Bayangkanlah jika ada 'suara suara kecil ' yang memberitahu blog kita tu best dan 'yang mendengar' tu tertarik kemudian masuk laaaa ke blog korang tuu.. Tapi bila masuk , macam macam 'souvenir' ada dalam blog tu .. Nak amik tak boleh.. tengok je la.. tapi sebelum tu , agak terseksa nak tunggu abis loading..Korang rasa kalau gitu keadaannya , apakah akan mereka kembali lagi ?
Cik adik dan cik akak tu maksud aku ialah widget awek awek yang berdiri kat kiri kanan blog tu .. Dan banyak lagi la... Serius , ramai akan menekan butang pangkah kalau jumpa blog blog yang banyak widget ni .. Aku tau ada amalkan konsep ' pedulik apa aku.. blog aku ' ... tak kisah .. blog masing masing .. tapi janganlah dok garu kepala ' kenapa blog aku tak ramai orang baca ek ? " .. Ok ?
Tu je la.. untuk blogger blogger baru .. jap lagi ada satu segmen khas buat korang .. tunggu nanti yer .. Terima kasih kerana sudi singgah sini .. Harap maaf atas 'kekasaran' bahasa aku yg mana mungkin ada yang terasa dengan entri ini atau yang lepas ..
Bukan nak mengajar , bukan nak menegur tapi sekadar berkongsi pengalaman ..