Update setiap saat ? Setiap minit ? Setiap jam ? Setiap masa ? Tak kira dimana mana ?
Pastinya mereka kata aku giler ... Ada aku kisah ? Ya , aku kisah apa yang mereka kata pada aku sbbnya aku tak giler ! Tak per .. aku simpan kata kata mereka sbg pembakar semangat aku ..
Semalam , mereka tak kenal aku .. Mereka tak pernah dengar nama BEN ASHAARI .. Aku nekad.. aku nekad sebenar benarnya nekad .. Biar mereka kenal dan hafal dalam kepala mereka ... Sekali tengok je gambar dah tau itu BEN ASHAARI !
Kegilaan aku inilah menyebabkan mereka mengenali BEN ASHAARI BLOG ! Aku bukan nak diri aku ini dikenali tetapi aku nak blog aku dikenali.. Aku bukan kejar glamer atau populariti tapi aku mengejar cita cita aku .. Cita cita yang mana aku mampu berjaya dalam apa yang aku usahakan !
Dulu , aku seorang yang mudah patah semangat .. Aku selalu tengok abang aku .. Camana dia boleh dapat ramai awek cun cun .. Macamana ?? Aku selongkar meja dia .. Jumpa surat cinta .. ayatnya biasa .. tertawan si dara .. Huh.. Apakah keistimewaannya ? Akhirnya aku tau .. dia bergaya walaupun ke sekolah .. Sapa tak tertawan kan ?
Bila kita jumpa kunci ... gunakan kunci tu untuk membuka pintu .. Bila pintu tu dibuka , jangan langkah masuk terus .. fikirkan .. fikirkan apa yang kita nak buat bila melangkah masuk .. Apakah perlu patah kembali ? Atau bertarung sekiranya ada naga menunggu ? Bak kata pendekar , biar mati bermaruah ! jangan jadi pengecut .. haaaa... hehehe.. Pendekar mana ? Pendekar Mustar... heheh.. tak la.. aku pon tak ingat pendekar mana ..
Kesimpulan .. aku minat menulis .. walaupun bukan formal seperti nun bahasa bahasa novel tapi aku mmg suka menulis dari sekolah .. bila aku ada peluang begini dan ada yang membacanya malah boleh dapat lagi $$ , apa salahnya aku gunakan segalanya yang aku ada ini untuk memeriahkan lagi dunia aku ini ?
Masa bukanlah musuh utama aku .. Samada aku nak atau tidak jer .. Kalau mereka boleh curik masa untuk merokok , atau mengumpat atau bermain game sambil berdiri dalam lrt , mengapa aku tak boleh update blog untuk 5 minit ? Meluahkan apa yang terbuku di hati ? aku bukan nak buat tesis atau karangan surat rasmi tapi cuma taip apa yang aku nak taip .. tu je ? Susah ke ? hehehe.. senang jer .. mahu atau tidak jer ..