Tak leh la nak kembung pp .. pp tak tembam .. hahahaha.. aku dah kurus laa.. tamo laa.. tak best... ni nak kena naikkan semula .. uhuk... tak suka tak suka tak suka .. atau kena amik protein balik.. huhu.. Kalau nak tau , aku suka amik NITROTECH by MUCSLETECH .. Harga ? Dalam 200-300 .. tgk size ... hehehe..
Wah.. 2 jam berlalu ... hampir 170 blog diterima penyertaannya ... Ini bukan penyertaan pertandingan yer ... tapi bakal menjadi rujukkan mereka .. mereka yang bakal mengegarkan blog anda yang telah join segmen ini .. hehehe..
Ada mintak sehingga 200 .. ada mintak 300 .. tapi tak adil untuk geng geng malam dan geng geng cuti.. jadi... aku buka sehingga... hurm... esookkkk malam... jangan terkujat yer ..lagi banyak lagi pening .. lagi mencabarkan .. jgn risau.. tiada soalan gunakan formula matematik atau sains terlibat disini.. Formula 1 je digunakan.. PANTAS DAN TEPAT ..
Ok.. nak tau sapa yang tersenarai ? Sila tengok dan beliakkan mata anda .. okeh ? Jom g usha ... kat sini
Nak join ? Rujuk entri kat atas tuuuuu ... cepat cepat ..
Aku plan nak kembalikan segmen 500 blog .. Konsep sama .. Ops... yang ari tu dah ada pemenang .. dan aku telah contact pon mereka .. InsyaAllah , mereka akan umumkan sendiri hadiah setelah menerimanya .. Kenapa aku tak umumkan ? Saja ..
Ok .. untuk segmen ini , kalau ada yang berminat nak jadi penganjur , sila beritahu segera ... leh aku listkan dengan pantas.. huhu.. tak kira la hadiah apa pon.. prepaid ke ... cawan ke..shawl ke.. janji leh kasi pada pemenang .. Sila emailkan ke benashaari@yahoo.com ..
Bagaimana ? Setujukah ? Kalau setuju nak buat , aku akan gegarkan dalam masa terdekat .. 500 blog.. ke nak 1000 ??? hahahha.. aku la mati...
Terbuka untuk mana mana blog atau facebook? heheh.. boleh tu boleh untuk facebook cuma , nanti ramai sangat .. aku gak pengsan ..
Ke nak 200 jer ???
" Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah. " - Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari ( link )
Masih lagi dengan kata kata dia ... Apa kata mereka yang teringin mengkritik blog orang lain tu berfikir dahulu .. Tanya apakah niat sebenar... apa benar nak kritik untuk membantunya atau sekadar nak melepaskan geram .. Jika nak melepaskan geram , cuba tanya .. apakah ganjaran yang akan diterima ? Seronok sangatkah menyakiti hati mereka ? cuba tanya diri sendiri , apa hukum menyakiti hati orang ? Atau terasa angkuh sangatkah sehingga merasakan diri tu terlalu besar ?
Hurm.. Orang kita ni , seronok melagakan ..dilagakan .. bertepuk tangan.. tersenyum sinis .. ketawa riang .. menangis tu dah pasti .. Tapi kejayaan ?? Berapa ramai yang mengecapi kejayaan ? Jangan sangka bila dah memilik segulung ijazah atau belajar di luar negara dah kira berjaya ..
Lihat bagaimana Tan Sri Syed Mokhtar dulu ...
‘‘Saya bersekolah setakat tingkatan lima tapi tak sempat ambil peperiksaan kerana tidak mampu bayar yuran."
Apa yang dia lakukan ialah usaha .. kecekalan hatinya membuatkan dia dimana sekarang .. Bila dah berjaya .. bukannya merendahkan orang lain sebaliknya membantu mereka yang memerlukan bantuan ..
Apakah menjadi satu kesalahan atau menjijikkan jika membantu mereka yang memerlukan ?
Dunia blog adalah dunia ilmu .. Tergila gilakan trafik sebenarnya adalah satu cabaran seperti mana dalam bidang perniagaan .. Satu cabaran .. Bagaimana nak mendapatkan trafik yang tinggi.. Belajar dan mengkaji .. Trafik itu pembaca .. Pembaca yang singgah ke blog kita lalu membaca kemudian pergi dengan membawa intipati yang ada walaupun sebesar kuman..
Apakah keseronokkan yang dapat dengan mengkritik mereka dengan tiada sebarang info yang sepatutnya membantu mereka yang dikritik tu ? Kononnya kritikan pedas.. Cermin diri sebelum lemparkan kritikan pedas tu ...
Ok.. makan time.. Aku , malas nak amik tau mereka yang mengkritik aku dari jauh atau dekat .. Aku tau di mana aku... Bukan sombong tapi aku tau mereka tak senang dengan kehadiran aku.. apakah perlu aku pergi baru mereka puashati dan melenyap segala fitnah dan kekalutan ini ? Neh.. aku takkan mengundur diri ...
Setiap hari... setiap saat.. setiap minit..setiap jam... akan lahir seorang blogger .. tak tau dari mana ceruk rantau dia lahir .. tapi yang pastinya , membawa gelaran blogger .. apa yang dia blogkan , tu terpulang la kan ..
Kemudian , muncul persoalan persoalan baru tapi lama seperti , APA ITU NUFFNANG , CAMANA itu ini .. dan banyak lagi .. Paling tidak pun ramai akan buat tutorial ..baru tapi sama .. hurm.. tak kisah la.. janji bahagia ..
Maka akan timbul isu isu baru tapi lama seperti FOLLOW ME , PLAGIAT , LALAT ( ANONYMOUS ) , KLIK KLIK dan banyak lagi .. dan paling terbaru tapi lama ialah auto BW ..
Ginilah , senang cerita .. seperti mana pagi tadi aku ada kuarkan satu entri berkenaan TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY , kalau baca kisahnya ... takat auto BW tu takde makna ..
Aku petik beberapa kata kata dia yang boleh kita jadikan motivasi :
- "Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha. "
- "Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu."
- " Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa diatas, ada masa di bawah."
- "Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain. "
- "Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah."
- "Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang."
- "Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama."
- "Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai."
Dan banyak lagi ( sini ) .. Jadi aku terfikir .. blogger yang buat auto BW ni jenis amik jalan singkat tapi perlu ke kita nak marah ? Jangan dilayan.. delete.. abis cerita .. kalau bengang sangat sbb banyak , buang je shoutbox .. abis cerita ..
Jadilah blogger yang bijak ..Cetuskan kontroversi bukanlah cara terbaik untuk naik... kita takkan dihormati dengan menjatuhkan orang lain.. Ingat , hari ni hari kita.. esok hari dia ..
Kan lagi bagus buat isu atau info yang memberi faedah pada semua pembaca ( termasuk blogger ) ..
Pendapat aku , jangan dilayan .. tu jer la..
Tanpa lelaki , wanita sepi .. Tanpa wanita , lelaki seksi.. eh.. sunyi... kan ? Kadang kadang lelaki fikir , mereka tak perlukan wanita.. sebab tulah ramai lelaki jadi gay.. Dah ilang kewarasan fikiran .. Wanita tanpa lelaki , jadi anak dara tua ? Tak gak kan ? Si pengkid kebas la kan ? Menambahkan lagi dosa dosa besar kan ? Terlupa eh hukum Allah ?
Lelaki perlukan wanita .. dan wanita perlukan lelaki.. jangan nafikan.. inilah lumrah kehidupan ini.. Separah mana putus cinta.. seteruk mana dikecewakan ... jgn biarkan misteri menyelubungi anda.. Teruskan perjuangan .. Cinta anda ada di depan mata ..cari .. cari .. cari.. hidup hanya sekali.. nikmati !
Ok.. senarai yang belum habis.. dan aku nak abiskan.. Nanti nak buat segmen baru .. okeh ? :
Wan Ahmad Izudean , nazrul ashraff , Lelaki Ini , SyedMuzzamir , Mr.IX , hamihemo ...TOTOP !!!
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary : Pesanan ibu bawa berkat
Antara yang patut kita renungkan bersama ...
" Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana? "
" Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat. "
" Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain. "
" Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah. "
Nak baca lagi ? Mmg best !!!!!!!!! > Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
Hurm.. aku rasa hari ni aku bz .. Tak tau sempat update blog cam biasa ... Kena sediakan segala peralatan untuk ke kursus bahagian aku di Genting pada hari Jumaat ni .. Yelah , khamis ni dah cuti kan .. Aku pulak kena gerak awal awal dulu ke sana .. Mau tak mau , aku kena sediakan .. Harapnya aku demam jumaat tu.. hehee.. lesen besar tak payah ikut .. Boleh ? Tak baik tau !!! Hehe..
Bosan dalam LRT .. Malas nak tengok muka orang .. orang pun malas nak tengok muka aku.. kang tak pasal pasal diorng kata aku ni giler seks lak.. hahaha .. Nak beli suratkhabar untuk baca dalam LRT , aku sedang dalam proses penjimatan neh.. Bukan aku je la , wife aku pon sama .. Ada target pada penghujung tahun ni .. Menurut pemaju rumah yang aku beli tu , dia kata rumah akan siap dalam awal tahun depan ... Hurm.. banyak duit nak guna tu kan ..
Ops ..haahha.. ramai orang dalam LRT dan kali ni aku dapat duduk.. train yang ni , mmg kosong.. yang 2 minit sebelum tu mmg penuh .. jadi aku lepaskan untuk naik yang ini..
Bila dah dapat duduk , maka laptop aku dikeluarkan .. gatal jari ni nak menaip.. Dari buat dosa dengan mengutuk orang yang ada dikiri kanan aku ni baik aku cerita dalam blog aku ni .. hehe ..
Esok cuti .. program ? Hurm .. tak tau lagi .. nganga kat rumah ? Rasa cam rugi lak ... Keluar .. Pon rasa rugi gak .. nak guna duit .. Minyak kereta lagi .. bukannya murah skang ni minyak kan .. sedangkan mmg pon murah .. pelik kan ? ari tu tak nak naik.. masuk je awal tahun terus je naik .. Dengarnya akan naik lagi.. hurmm.... Naik basikal je la ke sekolah ..eh.. pejabat ..
Argh.... slow pulak lrt neh.. dok berenti berenti ..Boss !! bukan salah saya yer ... lrt ni yang dok berenti berenti.. haaaa... Entah kul berapa lak sampai kat stsn .. hurm... sahih kena jalan ala ala charlie chaplin kang .. huhu.. hilang segala kemachoan ... huk huk.. okla.. nak tutup.. kang lelebih lak , orang ingat aku duk taip tesis lak.. heheh.. auwww.. malu ii tau... hahahahaha.. rileks laaa.. ingat aku BEN NYAHH ker ! i tulen tauuu ...
Terjaga awal.. tengok jam.. 530.... awalnya .. tidur rasanya dalam 12 lebih .. Takpela.. kang lepas subuh tidur balik... Segar udara kat luar ... nyaman .. Kejap jer dah hari sabtu kan ?
Bangun.. g tandas .. Tertiba ... hurm... takkan hari ni hari sabtu ??? Kejap benar ... Pelik .. Ya Allah.. Baru Rabu laaa.... haih.. nak cuti saja aku neh... Potong stim terus.. ilang ngantuk !!! hahaha.. teruk tul ..
Keluar jap... panaskan badan .. buat apa yang patut.. ringan ringan dah la .. semalam dah berat kat gym... Ok la dari takde langsung kan ?
Biasanya rutin gini , bila aku outstation pon aku akan buat kecuali kalau sebelah petangnya sibuk atau hotel tu tak menyediakan gym .. Kalau sediakan pon tapi terlalu protokol , jadi boring gak .. sbb aku g gym bersantai jer .. takde la nak beria sampai pakai kasut .. hehe..
Ada sesuatu yang membuat aku tersenyum kadang kadang bila kita bercerita bab disiplin.. Dalam apa jua yang kita buat , disiplin memainkan peranan yang utama .. Dalam soal agama , budaya , adat , kegiatan harian .. semuanya memerlukan disiplin .. Cuma kadang kadang mereka yang 'tak boleh tengok orang senang , pastikan senantiasa mencari lubang untuk menyindir atau mengenakan kita semula .. Sebagai contoh , kalau disiplin dalam bidang sukan gini digunakan untuk ke masjid kan bagus .. Apakah orang yang memberi komen itu , melakukan sedemikan rupa ? Bersukan secara serius serta ke masjid dengan disiplin yang tinggi ? Belum tentu kan ..
Sebab kebiasaan yang kita tau , orang kita ni pandai cakap .. Bila bab cakap , pastinya menunjukkan dia saja yang bagus .. Double standard gitu .. tak elok la.. kalau niat nak menyindir kawan tapi sendiri tak betul , toksah la .. Bila kita bercakap bab sukan , jangan dikaitkan dengan bidang lain .. Biarlah sukan tu sukan .. Kecuali kita bicara bab agama .. Agama menyeluruh ..Pastinya menyentuh bab sukan .. Jangan tinggal solat jika bersukan .. Jangan dedahkan aurat bab sukan .. Puasa tetap puasa .. Jaga batasan .. Dan banyak lagi ..
Tapi bila kata sukan , contoh .. " kau g gym 5x seminggu .. kau solat maghrib tak ? " Takkan nak cerita gak kot ? Bila bercerita dalam blog terutamanya , kadang kadang jangan tunjuk bagus... sesekali boleh.. Ni sampai tunjuk macam kita ni perfect padahal tidak , pon tak bagus.. Berpura pura namanya..
Itulah sikap orang kita .. Cakap pandai tapi kosong .. Pantang nampak ada yang maju sedikit , maka berusahalah untuk menjatuhkan semangat kawan tu ..
Ambil yang baik untuk diri sendiri ... Yang tidak tu , pandai pandai la menapisnya .. Susah ke ?