Ada 5 .. masih ada baki .. bz giler neh .. layan dulu yang ni eh.. mana best bagi korang ?
Ada 5 .. masih ada baki .. bz giler neh .. layan dulu yang ni eh.. mana best bagi korang ?
Hahahhaa.. macam macam ... Ni mesti penangan , " sayang , abang dah sampai ni " ... hahahha ..
BERLIN: Bosan kerana sering diminta memuaskan nafsu isteri, seorang lelaki terdesak meminta tolong kepada polis supaya melindunginya daripada wanita terbabit, kata pegawai keselamatan semalam.
Jurucakap polis berkata, lelaki keturunan Turki - tetapi bermastautin di Jerman - itu pergi ke sebuah balai polis di barat daya Jerman pada Selasa untuk mengadu masalahnya.
Kata jurucakap itu, lelaki terbabit bosan kerana terpaksa tidur di sofa rumah mereka sejak empat tahun lalu bagi menghindari isterinya.
“Semuanya gara-gara si isteri yang selalu menuntut mengadakan hubungan seks,” katanya.
Hasil perkahwinan mereka sejak 18 tahun lalu, pasangan itu dikurniakan dua anak.
Kata jurucakap polis, lelaki itu nekad mahu bercerai dan keluar dari rumahnya dengan harapan dapat hidup lebih aman.
“Lelaki terbabit meminta polis melindunginya untuk sementara kerana dia perlukan tidur yang cukup,” katanya. - AFP
Seroja - Search
Terpancar sejalur cahaya
Di kelopak nya seroja
Bak gemilang samarenda
Memukau mata hati ini seketika
Lamunanku tersentak
Lalu ku mendongak
Gemuruh rasa
Terpaku sukma
Terkena lontaran senyuman misteri
Siapa gerangan sang puteri
Mengalung cinta dileherku
Dan terus berlari
Aku cuba menangkap bayang bayangnya
Di antara kembang seroja tasik cinta
Tapi malangnya jatuh ke lembah
Berduri dan sepi
Jom layan !!
Hurm... aku minat menulis .. bukan membebel .. aku gemar menulis apa saja yang lahir dari hati aku .. kemudian aku cuba menzahirkannya .. aku suka macam tu ..
Kalau dulu , aku berblog sebab nak $$ , tapi sekarang aku dah tau apa yang aku nak ... Mungkin dengan cara ini , aku lebih gembira .. Kalau tanya aku , apakah aku sanggup berhenti kerja semata mata untuk menulis .. yup .. aku sanggup ..
Dulu , sewaktu aku remaja ... sering ulang alik Pasar Seni ( Central Market ) di KL untuk ke pusat tuisyen atau mencuci mata .. Pastnya aku akan terjumpa lelaki ini ( gambar bawah ) ...
Sekarang baru aku sedar .. untuk mendapatkan idea , kita kena 'keluar' ... kalau terperuk saja dan mencari info dalam internet , maka hasilnya agak terbatas.. mmg meluas tapi bukanlah orignal dari kita.. Kita hanya mengolah dan memberi pendapat .. atau menambahkan lagi agar bagi sedap dibaca ..
Kalau dapat melepakkan diri sambil melihat gelagat manusia lain , pastinya idea lebih 'canggih' dan menarik ... Hurm.. Tapi tu la , pasti akan ada yang kata .. boleh ke hidup gitu ?? Satu perjudian yang perlu kita ambil untuk mengejar erti kehidupan ini .. Bukan mudah tapi jika berjaya , satu kepuasan yang tak terhingga ..
Seperti sekarang , aku tak sangka muka aku terpacak dalam majalah yang sering aku baca .. Sapa tau , tetiba muncul lak dalam filem David Teo walaupun jadi 'hantu' .. kan kan .. Hanis Zalikha leh jadi 'puteri bunian' takkan aku tak leh jadi 'hantu' kan ? hahhaha..
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com)
Al-Quran tidak pernah meletakkan kesalahan Adam yang melanggar perintah Allah dalam syurga atas bahu isterinya Hawa. Sekalipun Bible dan riwayat-riwayat Israiliyyat dalam sesetengah buku tafsir menyatakan Hawa adalah punca yang menyebabkan Adam memakan buah larangan dalam syurga, namun al-Quran tidak pernah menyatakan demikian.
Menurut al-Quran, kesalahan tersebut ditanggung oleh kedua belah pihak. Sementara Bible (Genesis 3:6-17) menceritakan Hawa (Eve) telah mempengaruhi Adam, dengan itu Tuhan telah menghukum Hawa dengan diberikan kesakitan ketika melahirkan anak. Hal ini juga disebut oleh riwayat-riwayat Israiliyyat yang sering dibaca oleh sesetengah penceramah di masjid dan surau. Namun, para pengkaji hadis mendapati riwayat-riwayat itu tidak boleh dijadikan pegangan dan bercanggahan dengan apa yang disebut dalam a-Quran.
Al-Quran menyebut:
“dan Kami berfirman: “Wahai Adam! Menetaplah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua suka, dan janganlah kamu berdua hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim. Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada dalamnya dan Kami berfirman: “Turunlah kamu! sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)”. (Surah al-Baqarah: 35-36).
Dalam Surah Taha pula Allah berfirman:
“dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”, lalu mereka pun sujud, kecuali Iblis, dia enggan sujud. Maka, Kami berfirman: “Wahai Adam! Sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dari syurga, kerana dengan itu nanti kamu akan menderita. Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa kamu tidak akan lapar dalam syurga dan tidak akan bertelanjang. Dan sesungguhnya kamu juga tidak akan dahaga dalamnya, dan tidak akan merasa panas matahari”. Kemudian, syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya (Adam), dengan berkata: “Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan kekal hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?”. Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mula menutupnya dengan daun-daun dari syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya). (Surah Taha: 116-121).
Ayat-ayat ini jelas bahawa kesalahan Adam yang membuatkan manusia tercampak ke bumi, bukanlah berpunca daripada isterinya Hawa, sebaliknya berpunca dari kelemahan Adam sendiri yang ditipu oleh Iblis, yang akhirnya dia dan isterinya terlibat bersama dalam kesalahan tersebut. Ini berbeza dengan Bible. Berbeza juga dengan cerita-cerita sesetengah penceramah agama yang mengutip kisah Adam dan Hawa dari riwayat Israiliyyat, ataupun Bible atau diwarisi cerita dari satu ustaz ke satu ustaz tanpa dibandingkan dengan apa yang terkandung dalam al-Quran.
Lebih buruk lagi, kononnya Iblis masuk ke syurga melalui perut ular dan pelbagai lagi episod ‘kartun’ yang dimuatkan. Cerita Hawa yang dipergunakan oleh Iblis sehingga mengeluarkan manusia dari syurga adalah unsur luaran yang dimasukkan ke dalam pemikiran umat Islam. Kata Dr Abu Syahbah:
“Semuanya ini dari sumber Bani Israil yang mereka tokok tambah dan mencampurkan antara yang benar dan yang batil”.(Dr. Muhammad Abu Syahbah, al-Israiliyyat wa al-Maudu’at fi Kutub al-Tafasir, 179. Kaherah: Maktabah al-Sunnah).
Maka, umat Islam atau lelaki muslim tidak akan menganggap bahawa punca kejatuhan lelaki kesemuanya bermula dari wanita. Walaupun wanita itu memang mempunyai pengaruh yang kuat ke atas lelaki, seperti mana pengaruh lelaki terhadap wanita, namun kejatuhan lelaki atau wanita dari kelemahan diri sendiri yang kadang-kala dieksploitasi oleh pasangannya.
selanjutnya > DRMAZA.COM
SUCI
Alangkah indah kehidupan ini
Jika saling menyayangi
Kita hulurkan persahabatan
Dengan niat suci
Alangkah indah oh jiwa nurani
Jika saling mengasihi
Tuhan tidak memandang wajahmu
Tapi di hatimu
Bersihkanlah jiwa dengan amalan
Yang mendekatkan kita kepada yang Esa
Aku redha apa yang ditakdirkan-Nya
Cinta suci yang telah engkau lafazkan
Jangan lah kau persiakan
Aku mengharapkan kedamaian hati
Bahgia bersama denganmu
( korus )
Bersamalah kita berdoa
Semoga cinta kau dan aku
Bisa tembus ke pintu syurga
Berkat rahmat-Nya
Cinta yang berlandaskan suci
Tidak pernah mungkiri janji
Sama-sama menanggung rindu
Dan jujur selalu
Hingga ke akhirnya
Suci dan setia
( ulang korus )
Nyanyian - MAY .. download ( link )
Lagu ni aku dok dengar pagi pagi .. hehe.. mengimbas kenangan remaja dulu .. hehe ..
Ahhh.. 3 jam je tidur ... pasti ngantuk kat opis nanti .. Tak pe.. ari ni lunch panjang.. Sebelum g solat jumaat , kasi tidur dulu ... Minggu depan pon dah cuti panjang ... hehehe.... lepak rumah atau jalan jalan ? Nak jimat ... duduk rumah ... Mau kasi abis duit , jalan jalan .. mana satu ?
Manakala projek hujung minggu , gathering SAHABAT BLOGGER di BERJAYA TIMES SQUARE ... G ke tak ? macam malas je nak g ni.. hurm... camana tu ? Haha.. ye laaa.. dah janji ngan budak budak tu .. Tapi kalau aku sampai pon aku sampai lewat tau ! Ni aku habaq awai awai .. jangan memandai tunggu lak.. hehe..
Minggu yang sukar.. sukar buat aku dan juga kehidupan aku .. Entahlah .. nak kata apa kan .. kadang kadang kita ketawa , kadang kadang kita menangis ... itulah kehidupan ..
Hurm... bersinarkah pagi ini ? Hanya masa yang bisa menentukan ... Apa pun selamat pagi buat anda semua , semoga hari ini membawa sejuta makna buat kita semua .. Hargai setiap saat yang tiba ..
Sendiri .. sendiri lagi aku malam ini ..
Sepi ... sepi tanpa bayu ... berlalu pergi ..
Sayu .. merenung ke bulan .. bintang menenami ..
Aku ? Kaku berdiri .. Layu ... semangat ini ..
Entah .. sampai bila ... aku sendiri tidak pasti ..
Inikah dugaan ? Inikah kemanisan ?
Tak ingin begini ... tak mahu begitu ...
Biarlah .. biarlah aku sendiri jika inilah hakikatnya ..
Pelik ? aku pon ... aku buka bloglist ni agar dapat mengumpulkan lagi geng geng blogger terutama yang baru baru .. Untuk join bloglist ni , diorg kena jawab soalan ... Haa.. bukan mudah ..
Dan sekarang aku nak g baca satu satu blog diorg..tengah malam gini , line baru cantik .. erm.. nka baca sambil makan buah epal hijau pon sedap .. kan ?
Erm.. mcm mcm ... hehe.. kalau nak tau , g la tengok kenapa diorng nak join blog list yang aku sedang buat ni ... Jom baca sini ..
Kau orang mana ? Sapa sini orang Kedah ? Habaq mai sat ? Secara automatik tukar loratnya .. Kalau Kelantan lak , haaa.. aku tak teror lagi .. Kalau KL lak .. kalau dulu main lu gua .. skang omputih jer... Melayu ngan melayu pon omputih .. tersasul gak cakap melayu.. time " LAAAAA" ..
Bila bercakap tentang kenegerian ni , ramai yang bersemangat kenegerian .. Aku pelik sebenarnya .. nak utamakan kenegerian atau bangsa agama dan juga negara ?
Ada orang anti orang negeri sekian sekian .. Oh.. katanya tak boleh masuk .. Bukan apa.. bila jumpa geng dia , mesti cakap bahasa negeri dia .. Tapi aku perhatikan orang tu kalau jumpa geng dia pon cakap negeri dia gak .. peliknya dia leh bencikan orang lain lak bila buat gitu ?
Semangat 1MALAYSIA ? .. tolak tepi kenegerian .. utamakan agama , bangsa dan negara .. Jika ke tiga tiga ni tak dapat nak hayati , jgn mimpi nak 1MALAYSIA ..
Aku .. melayu beragama Islam berwarganegara MALAYSIA .. aku cintakan agama aku , bangsa aku dan negara aku .. Mereka yang berwarganegara Malaysia juga adalah saudara saudara aku .. Perlukah aku mengkelaskan mereka ? Tidak perlu sama sekali .. Jika kita buat demikan , negara kita bakal hancur .. Sana sini huru hara.. pergaduhan... Semangat kenegaraan patut menebal dalam negara kita .. Cintakan negara .. cintakan tanah air sendiri.. Bukan sebilangan tanah di dalam negara kita ini saja patut kita amik tahu ..
Tolak tepi kenegerian .. kita serupa .. darah sama merah .. tiada lebih tiada kurang ... sama sama bakal berdiri di padang masyar nanti ..