Aku terima satu komen dari seorang rakan blogger.. Rasanya dia kecil hati dengan group blogger ,SAHABAT BLOGGER .. katanya ..
"meh nak mengadu sikit.. jenuh gak la promot kat SB tu haa.. tapi blog 'kita' orang jarang masuk gak.. maklumla.. akak dah tua.. (sedor diri), takut depa ni nak cari blog yg tuannya tu muda2 kot.. kalau dah tak masuk macam mana nak tau tentang entri kita tu ok ke tak.. ? apa-apapun terima kasih Mr Ben.. tu ha.. blog saya ada no 16. sorry la adik2 sekalian, akak ter'emo' skit.."
Jangan g marah akak tu pulak .. Dia cuma meluahkan perasaan dia jer .. Itu yang dia rasa ... OKeh ? Kalau boleh , pembaca pembaca muda ni , bagi support skit .. komen kat blog dia.. mungkin ada sesuatu yang boleh korang kongsikan dengan akak tu.. Atau bagi pendapat bagaimana dia boleh majukan lagi blog dia ..
Pendapat aku mudah jer ... Aku dah berusia 35 tahun ( tak cukup lagi sebenarnya ) tapi blog aku dibaca oleh pelbagai golongan ( aku rasa la ) .. Bagaimana aku tackle pembaca aku ? Cerita kita mestilah sesuai dengan semua golongan .. Jangan terlalu kedewasaan sangat.. dan jangan terlalu kebudakkan sangat .. Kita cerita ' tengah tengah ' ... Semua boleh masuk .. Okeh ?
Bab INNITY tu aku sebenarnya bukan nak kasi korang kelabu mata tapi sekadar nak buka mata sebenarnya terlalu banyak sumber kewangan tambahan yang boleh korang buat dengan blog ini .. Bukan sekadar pacak iklan jer .. Aku sendiri ni , baru je deal satu projek ngan satu ..erk.. nak kata apa eh .. haaa.. kira akademi kecantikan ni.. Haa.. dipilih sebab blog aku di baca oleh pelbagai jenis umur .. perempuan la maksud aku ni .. Sbb tu , kita jangan fikir trafik kita adalah untuk hari ini .. Kita kena fikir untuk jangka masa panjang .. Kalau tamak , maka hari ini je kita kaya .. Esok ??