Jika ada blog mengutuk /mengeji / mencaci maki dengan terang .. menyebut nama atau meletakkan gambar blogger yang dikutuk , maka tindakkan undang undang boleh diambil ... Samada menyaman , melaporkan pada polis dan ke SKMM ( Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia ) .. Kemana dia nak lari ? IP sebagai pengenalan diri ada.. Walaupun dia boleh guna IP yang bukan miliknya , ianya tetap boleh dikesan.. tiada yang mustahil dalam dunia nyata ini ..
Yang kedua ... jika tidak menyebut nama mangsa , tetapi anda mengetahuinya maka gunakan kebijaksaan anda sebagai rakan.. Buat tak tau .. Tak perlu laporkan pada rakan anda itu kerana itu akan mengeruhkan lagi keadaan .. bak kata orang dulu dulu " biarkan anjing kecil itu terus menyalak bukit .. takkan runtuh bukit tu .. "
Yang ketiga.. bila masuk ke blog blog berunsur negatif begini .. cepat cepat keluar kerana unsur negatif yang penuh dalam blog tersebut boleh merosakkan hati anda itu .
Yang keempat .. geleng kepala.. sebab dia takde isu .. Sifat begini mmg suka makan daging saudara dia nanti diakhirat.. Dan jangan bazirkan amalan kita selama ini dengan menyedekahkan kepada mereka yang kita kutuk / umpat / keji itu..
Mudah je kan ? aku sendiri pon tak nak mana mana blogger bagitau aku tentang blog blog yang mengutuk aku.. Aku tak nak tau dan aku tak kisah .. Apa yang boleh aku sampaikan ialah , KASIHAN...tu jer..