Semalam aku paparkan satu blog wanita yang aku rasa bakal meletops , jika dia mahu ! Kenapa jika dia mahu ? Bagi aku dia ada pakej.. jadi terpulang pada dia jika dia mahukan letopan tu atau sekadar berblog seperti biasa .. :)
Dan malam ni ada sorang lagi aku nak tampilkan .. Blogger ni baru lagi tapi punya pakej juga bagi aku .. Jangan salah faham.. kang korang ingat aku dok pilih blogger cun jer.. Salah tu.. dia ada pakej.. Dari segi penampilan , gaya bahasa , idea dan kreativiti..
Aku rasa jika dia buat vlog sendiri , dia pasti boleh setanding dengan Maria Elena .. tapi kena cari identiti sendiri dan aku rasa dia boleh.. Yang menariknya , blogger ni aku perasan sangat merendah diri .. Dalam facebooknya , dia layan baik semua orang .. tu yang bagus tu ..
OK... benar atau tidak , korang nilai sendiri.. Jom g tengok blognya .. SINI