Perasan atau tidak , drama melayu semakin ada peningkatan.. Alhamdulillah.. para penulis skrip cuba bersaing dengan mutu drama dari negara negara jiran dan ianya menjadi...
Cuma .. drama tu boleh menjadi spoil jika pengarah dan pelakon tidak benar benar prihatin mengenai MEKAP di setiap babak .. Bayangkan la, dalam babak nazak kat hospital pon , pelakon yang terbaring atas katil .. BERMEKAP walaupun nipis !
Bandingkan dengan drama drama dari luar negara ... mungkin mereka juga mekap tapi tak nampak langsung ! Haaaa.. aku bukan nak kritik .. tapi cuma nak bagitau je la..
PENONTON skang ni bukan tergedik nak tengok pelakon yang cun atau hensem je ! Kitorang dah lama pandai menilai drama atau filem .. Dan jangan lupa , PENONTON skang boleh mengkritik atau memuji secara terbuka di dunia maya yang mana penggunanya hariannya mencecah jutaan ...
Sila prihatin dengan pelakon anda , wahai pengarah .. takat pacak muka cun atau hensem , kitorang rela tengok CSI ulang tayang minggu lepas punya !!