Drama melayu .. Sapa yang tak peka sebenarnya ??

by - Ahad, Jun 05, 2011

Perasan atau tidak , drama melayu semakin ada peningkatan.. Alhamdulillah.. para penulis skrip cuba bersaing dengan mutu drama dari negara negara jiran dan ianya menjadi...

Cuma .. drama tu boleh menjadi spoil jika pengarah dan pelakon tidak benar benar prihatin mengenai MEKAP di setiap babak .. Bayangkan la, dalam babak nazak kat hospital pon , pelakon yang terbaring atas katil .. BERMEKAP walaupun nipis !

Bandingkan dengan drama drama dari luar negara ... mungkin mereka juga mekap tapi tak nampak langsung ! Haaaa.. aku bukan nak kritik .. tapi cuma nak bagitau je la..

PENONTON skang ni bukan tergedik nak tengok pelakon yang cun atau hensem je ! Kitorang dah lama pandai menilai drama atau filem .. Dan jangan lupa , PENONTON skang boleh mengkritik atau memuji secara terbuka di dunia maya yang mana penggunanya hariannya mencecah jutaan ...

Sila prihatin dengan pelakon anda , wahai pengarah .. takat pacak muka cun atau hensem , kitorang rela tengok CSI ulang tayang minggu lepas punya !!

You May Also Like

22 comments

  1. memang perasan...
    tue belom lagi masa nak tedo pon muka penuh ngan make-up...

    BalasPadam
  2. babak pelakon bersolat pun mekap tebal...tapi ok la kan dari drama negara seberang..haha

    BalasPadam
  3. Ha'ah, at least dalam CSI nampak real. Kalau dalam Nur Kasih, tengah berdoa lepas sembahyang pun pakai mekap. Errr.

    BalasPadam
  4. oh macamana pulak dengan lakonan yang baru habis solat tapi muka bertempek mekap . bulu mata palsu melentik tak hengat?

    BalasPadam
  5. harus di CC ke semua pengarah drama melayu skang nih..heheheh

    BalasPadam
  6. sokong en beng.. tak larat nak kondem cerita melayu sebab mek ap ni...

    BalasPadam
  7. Yang bestnya masa solat dengan tidur pun mekap! Tak paham, tak paham..

    BalasPadam
  8. saya layan semua drama. kalau taknak sakit kepala sangat suka tengok drama melayu, kalau nak migraine sikit boleh tengok sinetron. kalau nak berbulu biji mata tengok awek seksi dan pakwe sasa boleh tengok telenovela filipina. ngeee. kalau slot samarinda, akasia & lestary biasanya akan hidangkan drama yang agak berkualiti dan boleh menarik perhatian penonton. slot aksi skrg ni juvana pun syiok gak. err...over plak komen panjang-panjang...

    BalasPadam
  9. tu la pasal..bila orang kritik pasal babak2 yg x relevan dalam sesuatu scene tu,haa mula la nak saman menyaman.....tapi drama indon lagi dahsyat,nenek yang tengah terlantar sakit kat hospital pun masih lagi mampu bermekap 20 inci..ekekeke

    BalasPadam
  10. betul3x....csi jugak terbaek..!!

    BalasPadam
  11. Ben..
    betul tu..
    tu tak termasuk lagi masa nak tidur mekap tebal seinci..

    Anyway tahniah followers dah limebelasribusatu..
    http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/06/15-001-dan-mengira.html

    BalasPadam
  12. paling tak boleh blah kalau filem melayu ,

    pakai telekung nak sembahyang pn make up! haishhhhhh....

    nampak sgt fake.

    BalasPadam
  13. tak tengok pun citer melayu,.. citer sinetron lagi la aku tak tengok,.

    BalasPadam
  14. Betol ! kadang kadang nk tido siap ada maskara lagi..HEHE :D

    BalasPadam
  15. betul..betull.. tu la psl ,yg nazak pun dia gi mekap lgii... eh.. follower da cukup 15000 la heehe

    BalasPadam
  16. betul 2 abg ben..x bleh blah bile time solat dah la pakai make up tebal..pastu bulu mata palsu duk melentik elok je..mmg x relevan lgsg..

    BalasPadam
  17. myb kadang2 pelakon tu muka tak bermaya, jd terpaksa la touch up terlebih sikit..
    hohoho

    peace

    BalasPadam
  18. hahaha..itu standard la dlm cite melayu. tidur pon tetap pakai mascara,eye liner bagai...huhu==

    BalasPadam
  19. jangan macam tu abang ben!!!...pengkeritik bebas perfileman mat salleh pernah mengkritik filem ke2 paling berjaya sepanjang zaman titanic kerana make-up dorang x luntur dalam cter uh walaupun da basah kuyup muka tetap macam kat grammy award...tu orang malaysia punya filem jugak kew?....orang putih make-up ke tak ke?..penyunting mereka da atas kelemahan uh...melayu nya layar kaca kalau tak makeup artis uh..sume kerak nampak lar...haha

    BalasPadam
  20. tdo pon ada make up...pastu, ada lak cte yg pas mandi pon make up ada..xnatural la...

    p/s: plz help me..i really need a help..visit my page, u will know my problem =(

    BalasPadam
  21. dah lama tak tgk drama melayu sebab boring dengan pelakon yg tak sudah2 nak jaga muka cantik palsu diorg tu..

    n yes, rela tgk CSI berkali2...

    BalasPadam