Sokongan tak berbelah bagi dari mula aku kenal dunia blog ni sememangnya membuatkan aku terharu sangat... Ada yang terus menyokong aku dari mula hingga sekarang .. Ada yang menyokong mula mula dan sekarang membenci .. Macam macam gaya la ada .. Apa apa pon toksah taksub sangat yer ..
Kalah tak bererti sila bungkus .. Menang tak bererti terbaik .. Seperti niat aku memula masuk pertandingan tu adalah untuk memberi pendedahan pada dunia maya tentang kewujudan blog aku pada mereka yang lain dan syukur Alhamdulillah , ramai dah kenal blog aku ..
Amik yang positif.. Kita tengok contoh bintang bintang hiburang realiti tv , Akademi Fantasia .. Aizat dan ramai lagi artis AF .. mereka bukan juara kan ? Tapi mereka lebih 'letops' dari yang juara ! Kenapa ?
Pendedahan membuatkan mereka matang .. mencari sesuatu yang lebih bernilai dalam hidup.. memandang ke depan dengan penuh keyakinan .. Itulah sepatutnya kita pegang ..
Jangan risau kawan kawan .. sungguhpon ramai tersenyum sinis aku tak menang , tapi aku berada di situ .. Berada di satu tempat yang mmg aku nak buktikan sejak mula aku kenal dunia blog.. Tempat yang mana sukar sama sekali nak berada ..
Tempat apakah itu ? :) Tempat tu , dipanggil ... HATI .. Korang pon begitu jugak la yer.. Jangan anggap kegagalan dalam pelajaran menandakan tamat sudah riwayat korang... Ilmu tak semestinya berada di dalam sekolah atau universiti..
Selagi bernafas , selagi itu wajib mencari ilmu.. tak kira ilmu dunia mahupun akhirat .. Doakan aku terus kekal dalam dunia blog ini .. :)