17 ribu FOLLOWERS ? So what ?? Kira gempak la eh ? Semua tu masuk baca blog kita ke hari hari ??? Jadi untuk apa ? buang masa je la FOLLOWERS ni.. wat semak kat blog.. Baik letak widget orang atau salji tu ke.. Atau pasang lagu dangdut.. Lagi best !!
Hehe.. rileks.. jangan meletops ! Cuba tengok kat bawah ni.. Inilah punca trafik aku selama ini .. Datangnya dari FOLLOWERS dan mereka yang sudi letak blog aku ni di dalam blog list mereka !
Jadi berbaloi tak kumpul FOLLOWERS ni ? Lu pikir la sendiri ... hehehe ... TAPI !! Aku tak galakkan la sangat korang dok FOLLOW MEMFOLLOW tanpa hala tujuan .. Biarlah FOLLOW kerana blognya best.... Kalau tak best , tegurlah blogger tu.. bagitau apa kelemahan dan kekurangan blog tu.. Pastu FOLLOW ler.. tak susah kan ? Jangan terasa hati tapi inilah hakikat yang perlu kita sebagai blogger kena tahu.. Ini blog dan bukannya Facebook.. Blog ada isi kandungan dan boleh deco deco gitu.. okeh ?
Jadilah blogger yang berilmiah yang lebih memberi dari menerima .. Beri infomasi , maklumat atau apa saja ilmu yang kita tau dari menerima ganjaran seperti $$ .. Faham tak ni ? Kang ada gak yang hangin pastu wat entri ! " LU DAH OTAI BOLEH LAAAA CERITA GEMPAK !! " .. Sebelum nak wat entri tu , cuba fikir.. aku bagitau ni suka suka atau berdasarkan pengalaman aku yang mana aku terlebih dahulu berblog berbanding mereka yang baru buat blog sebulan dua yang lepas ...
Selamat berbuka.. eh. .awal lagi..