Haih... makin mengarut... Kita tengok je la apa tindakan kerajaan.. Rasanya gantung lesen.. Berapa lama ? Hehehe... Ke Ketua Pengarang kena pecat nanti ?
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memanggil Ketua Pengarang akhbar The Star kerana menyiarkan artikel mengenai berbuka puasa dengan memuatkan berita tentang restoran tidak halal dalam segmen sisipannya
Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata artikel itu dimuatkan dalam sisipan 'Dining Out' akhbar itu dengan 'Ramadan Delights' sebagai tajuk muka depan.
Beliau berkata kementerian ingin menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana menyiarkan artikel berkenaan.
"Kementerian memandang serius perkara ini, terutamanya kerana sisipan itu merupakan ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata akhbar tersebut telah mengakui kesilapan dan akan menyiarkan kenyataan memohon maaf di atas perkara itu.
-Bernama , MalaysiaKini
Baru balik dari Precint Diplomatik.. G beli nasi kukus ayam goreng.. Wife teringin nak makan .. sekali ngan ice blended.. Baik punya 'teringin' .. huhuh.
Parking je kereta , baru nak masuk rumah tetiba terdengar suara anak kucing ( gambar diatas ) .. Berjalan ke arah aku dengan sebelah dari kaki depannya seperti kesakitan ..
Alahai... kesiannyaa.. haih.. tak sampai hati betul tengok keadaan ni.. Terus aku mintak wife buatkan air susu untuk dia .. Kasi dia minum sampai kenyang.. Lepas dia minum , dia berjalan ke arah aku.. Hurm.. tak cukupkah ? Aku suruh wife buat lagi.. Bagi minum... dan dia minum ( bukan minum la.. jilat susu tu ..)
Hurm..kenapakah dengan kaki dia ? Nak bela , wife alergic dengan bulu binatang... Aku lak mmg suka kucing .. Tak pe la... Harap kaki dia cepat sembuh.. Mana g mak dia pon tak tau.. Haih....
Pergh.. macam macam hal... hahaha.. pening jap aku bila baca pelbagai komen dan pelbagai pendapat lebih lagi mengenai doktor lelaki yang menjadi pakar sakit puan .. Sian lelaki ... Kena cari kerja lain dah .. huhu..
Ok .. aku tak nak bicara soal itu .. Bukan pe , orang kita ni mmg 'prihatin' sangat sampaikan ada part yang paling penting namun dia terlupa .. Manusia bukan ? Tak pe , kita amik yang baik ..Alhamdulillah .. Tutup cerita ..
Sejak berpindah ke Putrajaya , aku dan wife selalu balik rumah pada waktu tengahari .. Balik , tidur atau makan pastu baru g kerja semula.. Dekat jer.. heheh..
Nak dijadikan cerita , sewaktu tunggu wife sampai , aku berdiri kat satu tempat ni .. Tiba tiba depan aku ada sebuah Merchedes putih yang mmg nampak mewah sangat.. Terkedu aku tengok .. Perghh.. mmg cantik gila kereta tu..
Kereta tu lalu depan aku lalu berhenti .. " Ben ! Nak pegi mana ? " . Pemilik kereta tu tegur aku setelah menurunkan tingkap keretanya .. Huhu..
" Tunggu wife .. Dah settle ke ? ".Rupanya aku kenal dia.. Dia selalu datang ke unit tempat aku bekerja atas urusan perniagaan .. Aku tak sangka lak dia akan memberhentikan kereta untuk menegur aku sedangkan kat atas tadi dah pon kitorang berborak..
" Nak pergi Precint 2 pulak.. Ke pejabat Imigresen " Balas lelaki berbangsa cina kelahiran Pulau Pinang itu ..
" Ooo... " . Aku senyum .. Kemudian dia mintak diri memandangkan ada kereta di belakang dia yang mana kebetulan adalah wife aku .. Tersenyum dan berlalu pergi..
Wife berenti depan aku dan aku dah tau apa soalan yang akan diajukan kepada aku.. Dia tanya aku , kenal ke pemilik kereta tu ? " Apa tak kenalnya .. Dah kenal 5 tahun .. Tapi tak tau lak dia sekaya tu.. huhu "
Best kan ? Kaya tapi tak sombong.. Malangnya bila bangsa aku yang datang berurusan di pejabat aku kerja tu , hanya bila ada 'hal' saja baru nak tersengih bertanya khabar.. Kalau tak ? Selisih pon wat tak tau .. Tu baru kaya 'sikit' .. Haih..
Ni satu cerita lagi .. Tengahari tadi.. Selepas selesai check up di klinik tadi , aku ngan wife pon ke tempat parking kereta .. Hidupkan kereta lalu ke tempat bayar parking ..
Seorang wanita India yang bertugas kat situ memberi senyuman yang amat manisssss sekali .. Dari rupa yang biasa terus nampak cantik sangat .. Walaupun dah berusia ok !!
" RM5 saja " . Senyum lagi.. Aku memberi duit yang diminta dengan senyuman .. Sejuk hati aku dengan cuaca yang di luar sana yang amat panas dicampur dengan pening kepala lagi ..
Aku pandang wife.. Walaupun hanya 'berpejabat' kecil tapi apa yang dia buat sangatlah besar.. Orang yang tengah 'hangin' satu badan pn boleh sejuk bila tengok dia senyum..
Mau je aku cadangkan pada kerajaan Malaysia dan juga bank bank di Malaysia untuk amik dia lalu dijadikan pengajar kepada mereka yang bekerja di kaunter kaunter perkhidmatan orang ramai .. Subjeknya , MARI BELAJAR SENYUM !
Alhamdulillah, Seri Najwa Ferda Binti Hassan yang hilang baru baru ini , akhirnya ditemui oleh pihak polis .. Korang leh baca selanjutnya mengenaiya di DEZAMAN COTTAGE ..
Klik > Aidilfitri Sale : RM28 only
Pelik menyelebungi isteri aku setelah melihat perubahan pada aku kebelakangan ini .. Huhu.. aku sendiri pon pelik .. Apakah kerana dek syaitan di dalam diri aku ini semua sudah dibelenggu maka , BEN sebenar dah wujud ?
Serius .. aku tak pernah jadi secool begini ..Suruh je la buat apa pon.. aku buat jer .. Kalau dulu , sambil buat tu mulut terkumat kamit la gak .. Apakah aku sedang mengalami perubahan hormon ?? Muhahaha..
Tak la.. aku kesiankan wife .. Bukan sebab dia mengandungkan anak aku je tapi dia sendiri pon penat .. Berusaha keras dia untuk mendapatkan zuriat.. Kalau ikutkan peratusan , usaha dia 90% berbanding aku cuma duk nganga je tau ! Itu semua dalam kepala aku ..
Ni baru 7 minggu .. Bayangkan saat saat dia bakal melahirkan anak .. Camana ? Bertarung nyawa tau.. Tuu.. tanya ibu ibu yang dah melahirkan anak tu.. Camana kepayahannya ? Mengandung.. Melahirkan .. Menjaga .. Perghh .. Serius , tabik hormat pada ibu ibu di dunia ini ..
Aku baru pikir je tau .. Dah pening .. Belum mengalaminya lagi.. Berdua ni skang ni pon tak cukup tidur , bayangkan nanti bertiga ! Dan mereka yang da ber ber tuuu.. Haa.. Bila dapat tidur pasti seolah olah dapat emas sekontena punya ! Kan kan ?
Buat mereka terutama lelaki yang bakal bergelar suami , bersedialah untuk menghadapi rumahtangga.. Jangan fikirkan saja malam pertamaa kedua ketiga dan malam malam berikutnya tetapi fikirkan pengorbanan mereka itu ..
Dan buan ayah ayah di dunia , aku tabik hormat atas kesabaran korang semua ! Buat yg kaki pukul anak dan isteri , janganlah lupa hukuman akhirat .. Ada bahagian korang gak ..
Terima kasih atas keprihatinan rakan blogger sekalian .. Pelbagai nasihat dan cadangan diberikan kepada aku .. Aku harap segala padangan ini dapat dikongsi bersama rakan yang lain seperti UJANG dan PEMBACA WACANA yang mana mereka sama bakal bergelar ayah (insyaAllah.. doakan kami ) dan juga ramai lagi rakan blogger yang sedang mengandung ( doakan kesejahteraan mereka yer ) ..
Mula mula aku nak bagitau , aku ceritakan segala di dalam blog ini adalah isihati aku dan bukannya sbb nak berlagak atau nak riak .. Mintak dijauhkan perasaan itu , Ya Allah .. Aku sedar risiko bila bercerita dalam blog ini .. Serius aku katakan ada yang tak suka .. Betul ! Jangan terkejut ..
Dulu masa mula mula aku berblog , ada sekumpulan geng geng yang bengang dengan entri aku dan wife ( ada isu blog masa tu dan dah disettlekan tapi tetap dipanjangkan oleh 'mereka' ) , siap tulis doa yang cukup menyayat hati seorang wanita jika membacanya dan ianya ditulis sendiri oleh seorang wanita yang cukup angkuh dengan kejayaanya sebagai seorang ibu ..Baru ada sorang anak tu.. Dah cukup riak .. Astagfirullah al a'zim.. Aku tak tau dah mana dia g.. tutup blog atau dah jadi blogger popular kot ?
Ok tinggalkan yang itu.. Berkenaan dengan isu aurat isteri ... Buat pengetahuan , aku seorang yang cukup cemburu .. Cemburu aku ni boleh menjadikan aku seperti HULK bila datang .. Haa.. jgn tak tau .. Bila bab aurat ni , kalau baju jarang pon aku dah hangin ni kan pulak bab nak kena bukak baju ??
Buat pengetahuan , Dr.Hamid Arshat sangat pentingkan semua ni.. Dari mula masuk ke kliniknya , hinggalah ke pembantunya , semuanya wanita kecuali yang melibatkan lelaki, dia ada seorang pakar lelaki ..
Dan wife aku juga seorang yang sangat pentingkan auratnya .. Kenapa kami ke sana ? Setelah bertanyakan rakan rakan yang pernah ke sana ( adik ipar aku sendiri ke sana ) ,mereka kata Dr.Hamid sangat peka dlm isu ini dan juga pakar dalam memberi khidmat nasihat ..
Kami sendiri pon dah berbincang , bersalin nanti akan ke hospital kerajaan atau ke klinik yang mana doktornya adalah wanita .. Kami fikir semua ..
Dan seperkara lagi ! Ini cumalah antara ikhtiar kami .. Ada juga rakan kami yang pergi berubat dengan Dr.Hamid tapi berjaya.. Jangan lupa , kita mampu berusaha.. segalanya adalah kuasa Allah.. Banyakkan berdoa dan jangan putus asa.. Aku sendiri pon tak tau untung nasib aku.. Apa yang boleh aku buat cumalah berkongsi segala cerita dengan rakan rakan .. Jangan lupa , ini blog.. Bukan sekadar menulis cerita gossip artis atau mengutip duit iklan saja ..
Sekali lagi kena scan .. Aku dijemput masuk .. Terkedu jap.. hahaha.. Malu aii.. haahha.. Maklumlah , kali pertama..tak tau apa apa..
Aku tengok mesin scan dia.. Perghh.. canggih dari klinik ari tu .. hehehe.. aku mmg gila tengok menda IT ni..
Pastu pembantu dia, tolong scankan .. dia tunjukkan 'si kecil' yg berada dlm rahim.. Syukur, alhamdulillah ..
7 minggu lebih kata doktor.. jadi jangka due hujung bulan 3 tahun depan ..
Doktor tanya, balik raya mana .. Penting sbb risiko keguguran lebih tinggi dari mereka yg lain sbb wife pernah jalani pembedahan tempoh hari . Tu nanti aku cerita lain ..
Bermakna raya ni samada balik naik kapal terbang atau ????
Ramai gila !! Buka kul 8.30 pagi.. tu pon dah siap beratur wooo.. tak la beratur tapi pakat kumpul depan pintu la..hehe.. Tutup kul 4 petang ..Sabtu Ahad , tutup. Haaa.. fikir la sendiri..
Bagi pasangan yg ingin mendapatkan zuriat , aku cadangkan jalani pemeriksaan kat sini.. Sekadar berusaha dan tawakal.. Selebihnya hak Allah ..
Harga ? Aku rasa mampu di bayar sekiranya benar benar berminat.. Takde la sampai muflis.. untuk peringkat pertama je mahal skit sbb ada bg ubat..
Alamat penuh klinik ni , leh dpt di blog Dr.Hamid Arshat.. Doakan kesejahteraan kami yer.. Terima kasih..
Ada yg bertanya pada aku di entri lepas berkenaan entri aku yg mana mempersoalkan fesyen penutup kepala wanita di Malaysia ..
Gadis melayu , fesyen melayu .. Modenkan tetapi tidak melampau .. Jangan terikut budaya Arab .. Kita masih ada budaya.. Kalau nak ikut , ikut sunnah nabi yang mana ianya melibatkan agama.. Adat tidak melibatkan agama walaupun ada hubungkait sedikit sebanyak ..
Setiap bangsa di dunia ini ada adat mereka dan kita , melayu sendiri punya adat yg cukup cantik.. Mereka di luar sana memuji kecantikkan gadis melayu tetapi gadis melayu sibuk nak ikut budaya lain .. Kalau gabungkan , boleh tetapi jgnlah keterlaluan... Ini sekadar pendapat ..
Persoalan.. iklan di blog aku ni... Tokey dia tak marah ker ? Atau tak takut dia nak tarik iklannya ? Kalaulah dia boleh berfikir dengan kematangan serta kewarasan fikiran, pasti dia tidak melatah .. Dan aku percaya , rezeki aku ,Allah yg tentukan .. Perlukah aku takut ?
Mereka ada hak mengiklankan di sini dan aku ada hak untuk mengeluarkan pendapat selagi tidak melanggar batasan kemanusiaan..
Makin lama makin pelik .. Aku seolah olah berada dalam dunia yang mana wanita semakin terkejar kejar kemodenan dalam berpakaian , gitu .. huhu..
Jangan marah yer .. Lelaki punya fesyen aku rasa lebih pada rambut .. Rambut yang kerap ditiru skang ni ialah fesyen dari negara Korea dan Jepun .. Diorg mungkin sesuai dengan ketinggian , mata sepet dan kulit putih .. Kira nampak sesuai la.. Kita ? Hang pikiaq la sendiri ! Elok elok dah nampak macho , bila tiru .. dah nampak cam pochong..
Bab wanita ni .. Fesyen ... aku tak nak bicara yang soal wanita tidak menutup aurat.. Sememangnya mereka tau akan isu mereka dengan Allah .. Ni haa.. wanita yang menutup kepala mereka ni dengan pelbagai jenis kain di atas kepala mereka ..
Memang benar Islam tidak melarang wanita bergaya .. tapi kot ya pon , jangan la sampai orang yang lalu sebelah tu terpusing kepala cam burung hantu tu haaaa... Bukan cantik tapi nampak cam badut sarkes !
Maaf.. betul .. aku cakap bukan nak malukan mereka tapi nak bagitau apa yang aku rasa bila nampak mereka tu haa... Aku rasa bukan aku sorang je gitu .. Ramai lagi berkata demikian dalam hati tu..
Cemburu ?? Haih.. serius tak.. Korang tu cantik dahhh.. Sumpah!!! Cantik dah dengan tudung biasa tu.. Dengan mekap biasa tu.. Tapi bila dah diserabutkan dengan pelbagai jenis kain tu , nampak macam makcik makcik zaman mak aku tu nak g mandi ke sungai.. Ala style sanggulkan kepala ngan kain basahan tu haa..
Gini la.. Aku tau hak korang nak bergaya .. Aku tak kisah.. Cuma aku nak bagitau apa perasaan aku dan bagaimana pandangan mereka yang bukan sebangsa dan seagama aku terhadap perempuan melayu Islam dalam mengayakan kain di kepala tu ..
Maaf.. mungkin aku ketinggalan zaman... tapi aku puas dah cerminkan diri.. Dan aku rasa , fesyen Wardina tu ayu dah .. Akak Heliza pon kadang kadang ok.. kadang kadang penuh kain gak.. hahahaha.. Sori yer Ija.. Fenin tengok wooo...
Sekali lagi .. ampun maaf.. jika terkasar bahasa , harap dimaafkan .. Jangan buat Fan Page Anti BEN ASHAARI lak .. aku cuma habaq je.. kalau aku tak habaq ,sapa lagi nak habaq ?? Yang lain pakat dok tepuk tangan , puji kata cantik tapi kutuk dalam hati.. wat pe kan ?
Kita bawak perlahan ... dia bawak laju , suka tekak mencelah tanpa tengok kereta .. Bayangkan kalau dia punya salah , kita yang bawak kereta ni terlanggar dia.. Gamaknya , sapa yang kena maki nanti ?
Susah wooo kalau ngan mat motor ni .. Maaf cakap la yer , ni gara gara nila setitik arrrr abis rosak satu kilang !! Letih la nak layan diorng punya cilok tanpa kira jawatan dan umur ... Haihh... Kena langgar , sure gaduh punya ..
Tapi bukan mat motor jer ,mat kereta pon satu hal gak.. Kalau spesis bawak laju tu , kalau boleh nak terbang terus.. Kalau kita dok bawak mengikut had laju , mai diorg tak belakang mesti nak follow rapat.. Ingat blog ke nak follow memfollow ??
Tak kira mat motor atau mat kereta , perbuatan tidak bertimbang rasa di jalan raya ni boleh mengakibatkan mereka yang tidak bersalah ini terkorban atau paling tidak pon cedera !
Tolonglah berhati hati ... Kita atau pon mereka .. bila memandu tu , ingat ingatlah orang yang tersayang ...
Kenapa dia terpilih ? Hehehe.. sbb berjaya meneka maksud gambar pada entri sebelum ini.. :) ... hehehe